Pertunjukan udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pasukan pertunjukan Utterly Butterly dari UK menerbangkan pesawat Boeing Stearman PT-17 di pertunjukan udara England.

Pertunjukan udara merupakan satu acara di mana para juruterbang mempamerkan kemahiran terbang dan keupayaan pesawat mereka kepada para penonton dalam aerobatik. Sesebuah pertunjukan udara tanpa pertunjukan aerobatik dengan hanya mempamerkan pesawat di darat dikenali sebagai "pertunjukan udara statik".

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Pertunjukan udara diadakan atas pelbagai sebab. Beberapa darinya diadakan bagi mencari peluang perniagaan atau sebagai acara perdagangan di mana pesawat, avionik dan perkhidmatan lain dipromosikan kepada pelanggan berpotensi. Kebanyakan pertunjukan udara diadakan bagi menyokong sumbangan amal kepada penduduk tempatan, negara dan tentera. Firma-firma udara tentera sering kali mengadakan pertunjukan udara di lapangan terbang tentera sebagai satu latihan hubungan awam bagi menyatakan terima kasih kepada komuniti tempatan, mempromosi karier ketenteraan dan meningkatkan profil ketenteraan.

"Musim" pertunjukan udara berbeza di seluruh dunia. Sementara Amerika Syarikat sedang menikmati musim yang panjang bermula dari bulan Mac sehingga November, kawasan-kawasan lain memiliki musim yang lebih pendek. Musim di Eropah biasanya bermula pada akhir bulan April atau awal bulan Mei dan biasanya berakhir pada pertengahan bulan Oktober. Timur Tengah, Australia dan New Zealand mengadakan acara mereka di antara bulan Januari sehingga Mac. Walaubagaimanapun, bagi acara-acara di "luar musim" tidak bermakna satu tempoh tiada aktiviti. Biasanya pada tempoh ini, masa akan dihabiskan bagi kerja-kerja penyelenggaraan penting dan membuat latihan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]