Aero India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aero India
Aero India

Sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKI milik Tentera Udara India semasa edisi ke-6, Aero India.

Tuan rumah: Stesen Tentera Udara Yelahanka
Lokasi: Bangalore
Negara: India
Diwujudkan pada: 1996

Aero India merupakan satu pameran penerbangan dan pertunjukan udara dwi-tahunan yang diadakan di Stesen Tentera Udara Yelahanka, Bangalore, India. Ia dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidikan Pertahanan (DRDO), Tentera Udara India (IAF), Jabatan Angkasa dan Kementerian Kesatuan untuk Penerbangan Awam.

Edisi pertama bagi pertunjukan udara ini telah diadakan pada tahun 1996. Manakal edisi ke-7 telah diadakan pada 11-15 Februari, 2009, yang mana telah berjaya menarik 592 pempamer daripada lebih dari 25 buah negara[1] menjadikan ia sebagai pertunjukan udara terbesar di Asia.[2] Dalam beberapa tahun ini, Aero India telah muncul sebagai salah satu pameran penerbangan tentera yang paling penting dan besar. Pesawat Mikoyan MiG-35 dan F-16IN Super Viper masing-masing telah dipamerkan buat pertama kali pada edisi ke-6 dan ke-7 Aero India.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]