Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi
| Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi | |
|---|---|
| Tuan rumah: | Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri |
| Lokasi: | Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Langkawi, Kedah |
| Negara: | Malaysia |
| Diwujudkan pada: | 1991 |
| Jenis: | Komersial |
| Diadakan pada | Setiap bulan Disember, tahun ganjil |
| Penganjur: | HW LIMA Sdn Bhd |
| Acara | Pertunjukan aerobatik udara dan pameran statik maritim |
| Tapak web: | http://www.lima2009.com.my/ |
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Bahasa Inggeris: Langkawi International Maritime and Aerospace) atau lebih dikenali sebagai LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. LIMA merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan pada bulan Disember, setiap tahun ganjil di pulau Langkawi, Kedah. Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah.
[sunting] Sejarah
LIMA merupakan ilham dari bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pameran LIMA yang pertama telah diadakan pada tahun 1991. Pada mulanya, pameran ini bertujuan untuk menjadi platfom bagi pesawat-pesawat ringan dan eksperimen untuk diterbangkan bagi mengelakkan kesesakan trafik udara berdasarkan model EAA AirVenture Oshkosh di Amerika Syarikat. Kini, LIMA telah berubah dan menjadi satu tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan negara-negara di Asia Pasifik.