Pilihan raya Pakistan 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pilihan raya Pakistan 2008 dirancang akan diadakan pada 8 Januari 2008. Parlimen Kebangsaan dan provinsi akan dibubarkan. Lebih 80 juta rakyat Pakistan akan mengundi bagi Parlimen dan privinsi. Golongan wanita juga dibenarkan mengundi. Pilihan raya Pakistan mengguna sistem ballot.

Hal ini telah diumumkan oleh Qazi Mohammad Farooq selaku Ketua Suruhanjaya Pilihan raya Pakistan pada 20 November 2007.Kertas pencalonan boleh dihantar pada 21 November 2007. Senarai akhir calon akan dipaparkan di media massa pada 16 Disember 2007. Tarikh akhir penamaan calon ialah pada tengah malam 26 November 2007. Selepas tarikh itu, penamaan calon tidak akan diterima dan ditolak. Calon boleh bertanding dua kerusi.

Pilihan raya dalam suasana darurat[sunting | sunting sumber]

Presiden Pakistan Pervez Musharraf mahu mengadakan pilihan raya dalam keadaan darurat sekarang. Pemerintahan darurat telah diisytiharkan oleh Presiden Pervez Musharraf pada 3 November 2007 bagi mengekang keganasan yang semakin memuncak. Namun Presiden Musharraf masih menekankan akan kepentingan pemerintahan tentera masih sesuai dikuatkuasakan di Pakistan . Kebanyakan rakyat di negara sedang membangun seperti Pakistan tidak berjaya memanfaatkan sistem demokrasi secara bijak.

Amerika Syarikat yang selama ini menjadi sekutu rapat Pakistan bimbang jika darurat berterusan . Timbalan Menteri Luar Amerika Syarikat , John Negroponte mahu undang-undang darurat ditarik balik jika Pakistan mahu mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan dipercayai oleh masyarakat setempat dan antarabangsa. Pada 17 November 2007, John Negroponte bertemu dengan Presiden Musharraf di Islamabad, Pakistan. Beliau turut menelefon bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto berhubung keadaan darurat dan pilihan raya Pakistan yang bakal diadakan.

Tidak mungkin rakyat Pakistan berani dan bebas keluar mengundi dalam suasana darurat. Dalam pemerintahan darurat, semua pergerakan tersekat, kempen parti politik tidak dapat diadakan dan masih banyak pemimpin politik masih ditahan atau dipenjarakan.

Tetapi Presiden Musharraf enggan menarik balik undang-undang darurat selagi keamanan tidak tercapai di Pakistan. Undang-undang darurat diperlukan agar pilihan raya parlimen dan provinsi dijalankan dalam keadaan aman.

“Ekstrimisme dan terorisme” semakin meningkat di Pakistan. Bila-bila masa sahaja bom akan meledak dan tuduh-menuduh antara Syiah - Sunnah , al Qaeda , Benazir Bhutto dan Nawaz Sharif akan berlaku. Kepulangan Benazir Bhutto di Karachi disambut dengan ledakan bom.

Kebebasan media[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Pakistan telah menutup stesen televisyen GEO TV. Kontrak baru stesen televisyen berbahasa Urdu ini tidak akan disambung. Imran Aslam yang menjadi pengerusi GEO TV dijangka akan pindah ke stesen televisyen yang lain.

Pilihan raya yang telus[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Julai 2007 , sejumlah parti pembangkang Pakistan menyeru supaya Presiden Musharraf berundur dari jawatan Presiden Pakistan dan Ketua Angkatan Tentera Pakistan. Pilihan raya hendaklah diadakan seberapa segera. Parti itu termasuklah Parti Rakyat Pakistan , Liga Muslim Pakistan dan Muttahida Majlis-e-Amal.

Kebanyakan parti yang menentang Musharraf bekerjasama dalam barisan politik yang longgar yang dikenali sebagai Pergerakan Semua Parti Politik Demokratik. Satu lagi parti gabungan ialah Parti Rakyat Pakistan yang dipimpin oleh Benazir Bhutto.

Pada 20 November 2007, Presiden Pervez Musharraf pergi ke Mekah, Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan berunding dengan Raja Abdullah. Beliau dijangka turut berunding dengan Nawaz Sharif yang kini berada di Arab Saudi. Bekas Perdana Menteri Pakistan ,Nawaz Sharif telah digulingkan oleh Jeneral Musharraf pada 1999 dalam rampasan kuasa tentera tanpa darah.

Pada 20 November 2007 lebih 3000 tahanan politik telah dibebaskan. Pembebasan ini selaras dengan pilihan raya yang bakal diadakan. Pembebasan ini adalah mesej jelas bahawa pilihan raya akan berjalan dengan adil dan bebas.

Kempen Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Disember 2007, bekas Perdana Menteri Pakistan , Benazir Bhutto telah melancarkan manifesto dan memulakan kempen polihan raya di Peshawar, Pakistan. Pada 26 November 2007 , Benazir telah memfailkan kertas pencalonan untuk bertanding dalam pilihanraya 8 Januari 2008.

Beliau merupakan pemimpin parti pembangkang pertama melancarkan kempen pilihan raya. Sebelum ini banyak parti pembangkang mahu memboikot pilihan raya kerana Pakistan dala darurat dan Pervez Musharraf belum juga meletak jawatan ketua tentera Pakistan.

Manifesto Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang diumumkan oleh Benazir Bhutto itu menekankan kepada dana pendidikan , kesihatan, perlindungan alam sekitar dan pinjaman mudah kepada peniaga kecil. Dalam strateginya, Benazir akan berunding dengan bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di Islamabad pada 2 Disember 2007. Persoalan boikot atau tidak akan dibincang dan diputuskan

Rujukan[sunting | sunting sumber]