Pincer harlekuin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pincer harlekuin
Nama lainPincer Karlsbad
Negara asalJerman
Trait
Tinggi 28–32 cm (11–13 in)
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pincer harlekuin[a] ialah satu baka anjing Jerman yang dianggap pupus (dahulu Kumpulan FCI 2, Seksyen 1, Piawaian No. 210).

Sejarah dan perihal[sunting | sunting sumber]

Ia berasal dari Jerman pada sekitar tahun 1880 sebagai ragam berbelak bagi pincer kerdil. Ia dianggap sebagai anjing bela jinak setia dan baik hati, cerdas, dan ramah. Beratnya ialah kira-kira 12 kg (26 lb). Lapis bulunya pendek, warnanya piebald atau brindle dengan warna dasar putih atau cerah.

Oleh sebab kecenderungan terhadap penyakit keturunan, pincer harlekuin tidak lama kemudian ditolak oleh Pinscher-Schnauzer-Klub. Susur galur pembiakbakaannya pupus sejak tahun 1930. FCI menyingkirkannya daripada senarainya dan ia kini dianggap pupus.

Ahli kinologi Switzerland Hans Raber menjelaskan bahawa kelenyapan baka pincer harlekuin barang kali dikaitkan dengan faktor merle. Gen merle, yang mengikuti corak pewarisan dominan tidak sempurna, membawa kepada pencerahan separa pigmentasi, yang kerap dirujuk sebagai "harimau", jika keadaan genetiknya mudah. Jika digandakan, gen ini dapat menyebabkan anomali telinga dan mata parah serta mengurangkan kesuburan. Banyak daripada yang dipanggil "harimau putih" ini merupakan kecacatan pendengaran dan penglihatan dan kerap mati sejurus selepas kelahiran. Tidak ada kejelasan sama ada pembiak baka pincer harlekuin menyedari kesan hampir maut faktor-faktor ini, tetapi mereka barang kali membiakbakakan anjing harlekuin dengan anjing harlekuin dan menerima risiko berkaitan. Ini akhirnya membawa kepada kepupusan baka ini.[1]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ڤينچر هرلکوءين; Jerman: Harlekinpinscher; bahasa Inggeris: harlequin pinscher

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TopHund (27 September 2023). "Harlekin-Pinscher (Harlekinpinscher)". tophunde.com (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2 April 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]