Pokok Keladi Sebaring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Keladi Sebaring
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Alismatales
Famili: Araceae
Genus: Alocasia
Spesies: A. macrorrhiza
Binomial: Alocasia macrorrhiza

Pokok Keladi Sebaring (bahasa Inggeris: Giant Alocasia) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal dari Asia Tenggara. Nama botaninya Alocasia macrorrhiza.

Walaupun batang Pokok Keladi Sebaring tidak boleh dimakan, batang ini telah dipergunakan sebagai makanan di Malaysia dan Singapura semasa pendudukan Jepun. Batang pokok itu harus dimasak untuk masa yang amat panjang supaya dapat menghilangkan hablur-hablur oksalat yang beracun.

Jusnya yang pedar memberi kelegaan segera terhadap rasa pedih yang diakibatkan oleh pokok Laportea (bahasa Inggeris: Giant Nettle). Di Jawa, akar-akar dan daun-daun yang tercencang digunakan sebagai poultis (tuam) untuk sakit sendi.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Keladi Sebaring ialah sejenis pokok herba yang amat besar, dengan batang pokok yang tebal dan tegak sehingga 1 meter (3 kaki) tingginya, ketika amat tua. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Bunga: Kecil dan tumbuh pada sepanjang tangkai yang tegak, dengan bunga jantan terletak di bahagian atas dan bunga betina di bahagian bawah. Sebahagian bunga-bunganya dilindungi oleh satu struktur bak tudung yang digelarkan "spate".


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.