Pokok Pecan
| Pokok Pecan | |
|---|---|
| Kebun Pokok Pecan Taman Bersejarah Negara Lyndon B. Johnson |
|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Tumbuhan |
| Divisi: | Magnoliophyta |
| Kelas: | Magnoliopsida |
| Order: | Fagales |
| Keluarga: | Juglandaceae |
| Genus: | Carya |
| Spesies: | C. illinoinensis |
| Nama binomial | |
| Carya illinoinensis (Wangenh.) K.Koch |
|
Pokok Pecan (Carya illinoinensis) ialah salah satu spesies jemuju yang berasal dari bahagian tenggara Amerika Utara, iaitu dari Iowa Selatan dan Indiana Selataan sehingga Texas dan Mississippi. Selain daripada Texas dan Mississippi, ia juga tumbuh subur di Oklahoma, Louisiana, Carolina Selatan dan negeri-negeri tenggara Amerika Syarikat yang lain, serta juga di Mexico Timur Laut.
Pokok Pecan adalah pokok daun luruh yang dapat ditumbuh lebih kurang di dalam zon lazak Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) antara 5 hingga 9, asalkan musim panas adalah cukup panas dan lembap. Ia boleh hidup dan menghasilkan kekeras selama melebihi 300 tahun, dan merupakan salah satu spesies jemuju yang paling besar. [1]. Musim menuai Pecan secara tradisi adalah pada sekitar pertengahan bulan Oktober.
Isi kandungan |
Huraian botani [sunting]
Pokok Pecan tumbuh sehingga 25 - 40 meter tingginya. Daunnya berselang-seli, antara 40 - 70 sentimeter panjangnya, dan berbentuk bujur dengan 9–13 (jarang sehingga 17) daun kecil. Ukuran setiap daun kecil antara 5–12 sentimeter panjangnya dan 2–6 sentimeter lebarnya. Pokok ini adalah tumbuhan monoesius, dengan bunga yang berwarna antara ungu hingga putih didebungakan oleh angin. Katkin-katkin stamen dan pistilat tumbuh pada pokok yang sama.
Kebanyakan Pokok Pecan tidak serasi dengan diri sendiri dan menunjukkan dikotomi yang tidak sempurna kerana kebanyakan kultivar merupakan klon pokok-pokok liar. Secara amnya, harus adanya sekurang-kurang dua batang pokok daripada kultivar-kultivar yang berbeza sebelum pendebungaan saling boleh terjadi.
Buah Pecan terdiri daripada kekeras dan kulit kasar yang 3-4 milimeter tebalnya. Kekerasnya yang berwarna perang tua berbentuk antara bujur dan empat segi panjang, dengan saiz 2.6 - 6 sentimeter panjangnya serta 1.5 - 3 sentimeter lebarnya. Kulitnya terbuka apabila matang untuk membebaskan kekeras yang berkulit nipis.
Penanaman dan kegunaan [sunting]
Kekeras Pecan boleh dimakan, dengan rasanya kaya dan bermentega. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun dimasak, khususnya sebagai pembasuh mulut, baik manis mahupun tidak. Salah satu pembasuh mulut yang paling biasa mempergunakan kekeras Pecan sebagai ramuan utamanya ialah pai Pecan, suatu resipi tradisional di bahagian selatan Amerika Syarikat. Kekeras Pecan juga merupakan salah satu ramuan yang utama untuk gula-gula pralin yang sering dikaitkan dengan New Orleans.
Selain daripada kekeras Pecan, kayu Pokok Pecan juga boleh dipergunakan untuk membuat perabot, dan lantai kayu keras, serta juga sebagai bahan api perisa untuk menyalai daging.
Pokok Pecan merupakan salah satu tanaman utama yang paling terkini. Walaupun kekeras Pecan daripada pokok-pokok liar telah dikenali oleh para penjajah Amerika sebagai suatu makanan istimewa, penanaman komersil pokok ini di Amerika Syarikat tidak bermula sehingga dekad 1880-an. [2] Pada hari ini, Amerika Syarikat menghasilkan antara 80 - 95% daripada jumlah kekeras Pecan di seluruh dunia, dengan hasil tahunan sebanyak 150-200 juta kilogram (300-400 juta paun) [3]. Bagaimanapun secara sejarah, negeri pengeluar kekeras Pecan yang terutama di Amerika Syarikat ialah Georgia, diikuti oleh Texas, New Mexico dan Oklahoma, serta juga di Arizona. Di luar Amerika Syarikat, Pokok Pecan ditanam di Afrika Selatan, Australia, Brazil, China, Israel, Mexico, dan Peru.
Pada awal dekad 1900-an, kulit Pecan kekadang dipergunakan sebagai sebahagian sistem penurasan yang awal di Peru. Kulit hancur buah Pecan dicampurkan dengan batuan dan batu keliki melalui kaedah yang amat serupa dengan sistem penurasan seramik suap graviti yang dikembangkan kemudian oleh John Doulton, seorang anak Inggeris.
Khasiat [sunting]
| Kekeras Pecan Nilai khasiat per 100 g (3.5 oz) |
||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tenaga 690 kcal 2890 kJ | ||||||||||||||
|
||||||||||||||
Kekeras Pecan merupakan salah satu sumber protein dan lemak tak tepu yang baik. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kekeras dapat menurunkan risiko wanita terhadap batu hempedu. [4] Bahan-bahan antioksida dan sterol tumbuhan daripada kekeras Pecan telah dibuktikan dapat mengurangkan kolesterol yang tinggi dengan menurunkan tingkat kolesterol LDL yang buruk. [5]
Rujukan [sunting]
- ↑ Laman web Harrellnut
- ↑ [http://pecankernel.tamu.edu/introduction/index.html Laman web Pecankernel.
- ↑ Laman web TPGA
- ↑ http://www.ajcn.org/cgi/content/full/80/1/76
- ↑ [http://www.llu.edu/news/scope/spr02/newscope2.html Laman web llu.edu