Pulau Baker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Baker ialah sebuah pulau tidak berpenghuni yang terletak tepat di utara khatulistiwa di Lautan Pasifik tengah pada 0°13′N, 176°31′W, hampir 3,100 km (1,674 batu nautika) tenggara Honolulu. Pulau ini terletak hampir setengah perjalanan dari Hawaii ke Australia.

Tempat Perlindungan Nasional Pulau Baker terdiri dari pulau 405 ukuran tanah (1.64 km²) dan dikelilingi tanah di bawah permukan air seluas 30,504 ekar (123.4 km²). Kini pulau itu ialah Tempat Perlindungan Nasional yang diatur Perkhidmatan Perikanan dan Haiwan Liar A.S. sebagai daerah pulau di bawah Jabatan Dalam Negeri AS. Pulau Baker ialah daerah yang tidak digabung dan diurus AS.

Pertahanannya ialah tanggungjawab AS; meskipun tidak berpenghuni, ia dilawati setiap tahun oleh Penjaga Pantai AS.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pulau Baker ditemui ada tahun 1818 oleh kapten kapal pemburu paus Equator Elisha Folger dari Nantucket, Massachussets, A.S. dan diberi nama "Nantucket Baru" (New Nantucket). Pada bulan Ogos 1825, pulau ini di"temui" semula oleh Kapten Obed Starbuck yang juga merupakan kapten kapal pemburu paus Loper dari Nantucket. Nama Pulau Baker diambil dari Michael Baker yang mengunjungi pulau tersebut tahun 1834.[1]

Amerika Syarikat mengambil kepemilikan pulau ini pada 1857, dinyatakan di bawah Guano Islands Akta 1856. Deposit pupuk tahi kelelawarnya (guano) ditambang perusahaan Amerika Syarikat dan Inggeris selama separuh kedua abad 19. Pada 1935, percubaan kehidupan kolonisasi singkat dimulai di pulau ini, dengan penduduk di 4 permukiman Meyerton – seperti tetangganya Pulau Howland - namun kekacauan kerana Perabg Dunia II dan kemudian ditinggalkan. Kucing Feral dibasmi dari pulau ini pada 1964.

Penduduk awam AS mengungsi pada 1942 setelah AU dan AL Jepun menyerang selama Perang Dunia II; diduduki tentera AS selama PD II, namun ditinggalkan setelah perang; orang masuk dengan izin penggunaan khusus dari Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar AS hanya dan umumnya dibatasi buat ahli sains dan penyelidik; pemakaman dan sisa bangunan dari pemukiman awal terletak dekat tengah pesisir barat; dikunjungi setiap tahun oleh Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar AS.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Terletak di Lautan Pasifik Utara pada 0°13′N, 176°31′W, pulau ini kecil sekali dengan hanya 1.64 km² (405 ekar) dan 4.8 km garis pantai. Iklimnya khatulistiwa, dengan curah hujan sedikit, angin tetap dan matahari panas. Daerahnya rendah dan berpasir: pulau karang mengelilingi dengan batu karang pinggiran yang sempit dengan kawasan tengah tertekan. Titik tertinggi ialah 8 meter dari aras laut.

Tiada sumber air bersih. Pulau ini tidak berpohon, dengan pohonan yang jarang terdiri dari rumput, tetumbuhan tak berdaya, semak belukar yang tumbuhnya lambat dan beberapa kerusakan terpencar. Pulau ini terutama merupakan sarang, tempat bersinggah, dan habitat tempat makanan buat burung laut, burung pantai, dan hidupan lautan.

AS menuntut zon ekonomi eksklusif sejauh 200 batu nautika (370 km) dan perairan wilayah 12 batu nautika (22 km).

Zon waktu pulau ini ialah UTC-12.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Tiada pelabuhan di sini, dengan tempat berlabuh yang tersedia hanya yang lepas pantai. Ada 1 tempat berlabuh buat sekoci sepanjang pertengahan pesisir barat. Ada landasan pacu peninggalan PD II yang ditinggalkan (1.665 m) yang sama sekali tertutup pohonan dan tidak boleh digunakan.

Bahaya alam: batu karang pinggiran yang sempit yang mengelilingi pulau dapat menjadi bahaya alam dan mercusuar dekat pertengahan pesisir barat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Henry Evans Maude (1968). Of islands and men: studies in Pacific history. Oxford University Press.