Samoa Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
American Samoa
Amerika Sāmoa / Sāmoa Amelika
Moto: "Samoa, Muamua Le Atua"  (Samoan)
"Samoa, Let God Be First"
Lagu: The Star-Spangled Banner, Amerika Samoa
Ibu negara Pago Pago1
Bahasa rasmi English, Samoan
Demonim American Samoan
Kerajaan
 -  Head of State Barack Obama (D)
 -  Governor Togiola Tulafono (D)
 -  Lieutenant Governor Ipulasi Aitofele Sunia (D)
Unincorporated territory of the United States
 -  Tripartite Convention 1899 
 -  Deed of Cession
of Tutuila

1900 
 -  Deed of Cession
of Manuʻa

1904 
Kawasan
 -  Jumlah 199 km2 (212th)
76.83 sq mi 
 -  Perairan (%) 0
Populasi
 -  2009 (anggaran) 65,628 (196)
 -  2000 (anggaran) 57,291
 -  Kepadatan 326/km2 (35th)
914/sq mi
Mata wang US dollar (USD)
Zon waktu (UTC-11)
 -  Musim panas (DST) not observed (UTC)
Kod panggilan +1-684
Internet TLD .as
1. Fagatogo is identified as the seat of government.
Batu Fatu (kanan) dan Batu Futi (kiri) ialah dua pulau kecil di terumbu Tutuila yang terletak pada jalan masuk ke Pelabuhan Pago Pago (dapat dilihat di belakang Fatu).

Samoa Amerika (bahasa Samoa: Amerika Samoa) ialah sebuah wilayah Amerika Syarikat yang tak terancang serta tak tergabung yang terletak di selatan Lautan Pasifik, dan di tenggara Samoa, sebuah negara berdaulat. Pulau utamanya yang terbesar dan yang mengandungi paling banyak penduduk ialah Tutuila. Pulau-pulaunya yang lain termasuk Kepulauan Manu'a, Atol Rose, dan Pulau Swains.

Samoa Amerika ialah sebahagian rantai Kepulauan Samoa yang terletak di barat Kepulauan Cook di utara Tonga, kira-kira 300 batu (500 kilometer) di selatan Tokelau. Di barat ialah pulau-pulau kumpulan Wallis dan Futuna. Banci untuk tahun 2000 menunjukkan sejumlah 57,291 penduduk. [1]. Keluasan tanah Samoa Amerika 200.22 kilometer persegi (77.305 batu persegi).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Didiami manusia seawal 1000 SM, Samoa tidak dikunjungi oleh penjelajah-penjelajah Eropah sehingga abad ke-18.

Persaingan-persaingan pada separuh kedua abad-19 diselesaikan oleh Perjanjian Berlin pada tahun 1899, dan menyebabkan Jerman dan Amerika Syarikat membahagikan kepulauan Samoa. Pada tahun berikut, Amerika Syarikat menduduki bahagiannya yang terdiri daripada kumpulan pulau timur yang lebih kecil dan yang termasuk pelabuhan Pago Pago. Pulau-pulau barat kini merupakan negara Samoa yang merdeka.

Selepas Amerika Syarikat menguasai Samoa Amerika, Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat membina sebuah stesen jana kuasa berasas batu arang di Teluk Pago Pago untuk Skuadron Pasifiknya dan melantik seorang Setiausaha tempatan. Angkatan Tentera Laut itu kemudian memperoleh Surat Ikatan Penyerahhakan Tutuila pada tahun 1900, dan Surat Ikatan Penyerahhakan Manua pada tahun 1904. Tui Manua Elisala, raja Manua yang terakhir telah dipaksa memeterai surat ikatan penyerahhakan itu selepas satu siri percubaan Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat (kini dikenali sebagai "Percubaan Ipu") di Pago Pago, Tau, serta di atas bot pembedil Skuadron Pasifik.

Semasa Perang Dunia II, bilangan tentera marin Amerika Syarikat di Samoa Amerika melebihi bilangan penduduk tempatan dan oleh itu, mempunyai pengaruh budaya yang besar. Selepas peperangan, Akta Organik 4500, satu percubaan yang ditaja oleh Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat untuk menggabungkan Samoa Amerika telah ditewaskan oleh Kongres, khususnya disebabkan oleh usaha-usaha ketua-ketua Samoa Amerika yang diketuai oleh Tuiasosopo Mariota. Usaha-usaha mereka ini menyebabkan penubuhan badan perundangan tempatan, iaitu Fono Samoa Amerika, yang bermesyuarat di kampung Fagatogo. Oleh itu, Fagatogo merupakan ibu kota de facto dan de jure.

Gabenor yang dilantik oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat kemudian digantikan dengan seorang yang dipilih oleh penduduk tempatan. Walaupun dianggap secara teknik sebagai sebuah wilayah "tak terancang" dari segi bahawa Kongres Amerika Syarikat tidak meluluskan Akta Organik untuk wilayah ini, Samoa Amerika mempunyai pemerintahan sendiri di bawah sebuah perlembagaan yang dikuatkuasakan pada 1 Julai 1967. Samoa Amerika sebagai sebuah Wilayah Amerika Syarikat telah disenaraikan dalam Daftar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Wilayah-wilayah Bukan Berpemerintahan Sendiri, tetapi daftar ini telah dipertikaikan oleh pegawai-pegawai kerajaan wilayah ini.

Secara sejarah, mencari pekerjaan di pulau amat susah. Kebanyakan penduduk yang mempunyai kerja pergi ke Hawaii yang berhampiran untuk bertugas dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat atau menjadi tenteranya; sebenarnya, Angkatan Tentera Amerika Syarikat ialah majikan yang terbesar di pulau-pulau ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi American Samoa.
Country Data
Flag of American Samoa Wilayah Amerika Syarikat –  Samoa Amerika
 Government 

Bekas Gabenor · Pilihan raya · Politik

 Ibu kota  Fagatogo
 Gabenor  Togiola Tulafono
 Kepulauan 

Kumpulan Manua (Ta'u · Ofu · Olosega) · Olosega · Pulau Swains · Tutuila

Coat of Arms of American Samoa  Geografi   Ekonomi   Demografi   Komunikasi   Pengangkutan 


Kepulauan di Polynesia
Kepulauan Austral • Kepulauan Cook • Kepulau Gambier • Kepulauan Hawaii • Kepulauan Kermadec • Kepulauan Loyalty • Kepulauan Pitcairn • Kepulauan Samoa • Kepulauan Society • Kepulauan Tonga • Kepulauan Wallis dan Futuna • Marquesas • Pulau Easter • Pulau-pulau New Zealand • Tokelau • Tuamotus • Tuvalu


Koordinat: 14°18′S 170°42′B / 14.3°S 170.7°B / -14.3; -170.7