Renée Zellweger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Renée Zellweger
Clooney.JPG
Zellweger dan George Clooney, Mac 2008
Kelahiran Renée Kathleen Zellweger
25 April 1969 (45 tahun)
Tahun aktif 1992–kini
Pasangan Kenny Chesney (2005)

Renée Kathleen Zellweger (lahir 25 April 1969) merupakan pelakon dan penerbit Amerika Syarikat yang juga pemenang untuk Anugerah Akademi-, BAFTA-, SAG Award-, dan Golden Globe. Beliau merupakan salah seorang pelakon Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Zellweger dilahirkan di Baytown, Texas sebelum berpindah ke Katy, Texas. Bapa beliau, Emil Erich Zellweger, merupakan kelahiran Switzerland yang bekerja sebagai jurutera elektrik dan mekanikal.[2] Ibu beliau pula, Kjellfried Irene, merupakan kelahiran Norway,[3][4] merupakan seorang jururawat dan berpindah ke Amerika Syarikat untuk bekerja dengan sebuah keluarga warga Norwey di Texas.[5][6][7] Beliau mempunyai seorang abang, Andrew.

Sewaktu zaman persekolahan, Zellweger aktif dalam mengambil bahagian sukan termasuklah bola sepak, bola keranjang, besbol dan lain-lain lagi. [7] Beliau memasuki Sekolah Tinggi Katy dan menjadi ahli kumpulan sorak, ahli kelab drama dan gimnastik. Zellweger pernah berlakon dalam beberapa pementasan sekolah dan dipilih sebagai "Best Looking" untuk kelasnya sebelum tamat sekolah tinggi pada tahun 1997). Setelah itu, beliau memasuki Universiti Texas di Austin dalam bidang Bahasa Inggeris.[3] Zellweger merupakan pelajar cemerlang dan beberapa kali mendapat Anugerah Dekan. Beliau tamat pada tahun 1991. Beliau pernah terpikir untuk berhijrah ke Hollywood tetapi kemudiannya beliau memutuskan untuk menetap di Texas untuk mencari pengalaman. In 1991, Zellweger graduated from university with a BA degree in English. She considered moving to Hollywood but decided to stay in her home state, Texas, to seek more experience.

Film career[sunting | sunting sumber]

Semasa di Texas, Zellweger pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti A Taste for Killing (1992) sebagai Mary Lou, kemudian watak kecil dalam siri mini Murder in the Heartland (1993). Tahun berikutnya, beliau muncul pula di dalam filem Reality Bites (1994), iaitu filem arahan pertama Ben Stiller, dan filem 8 Seconds, arahan John G. Avildsen. Return of the Texas Chainsaw Massacre merupakan filem pertama yang memilih Zellweger sebagai watak utama disamping Matthew McConaughey. Filem seterusnya adalah Love and a .45 (1994)yang membolehkan beliau mendapat pengiktirafan dari Independent Spirit Award untuk Best Debut Performance. Zellweger mula dikenali seluruh dunia apabila berlakon dalam Jerry Maguire (1996) disamping Tom Cruise.[5] Beliau mendapat peranan dalam filem itu setelah mengalahkan Mira Sorvino dan Marisa Tomei.

Filem-filem lain lakonan beliau antaranya adalah Me, Myself & Irene (2000), Bridget Jones's Diary (2001), Chicago (2002), Cold Mountain (2003), Bridget Jones: The Edge of Reason (2004), Miss Potter (2006) dan banyak lagi.

Filemografi and anugerah[sunting | sunting sumber]

Renée Zellweger telah muncul dalam filem-filem berikut: [2]

Tahun Filem Peranan Nota
1992 A Taste for Killing Mary Lou TV
1993 Murder in the Heartland Barbara Von Busch TV
My Boyfriend's Back (tidak dikreditkan) source: [2]
1994 Reality Bites Tami
8 Seconds Buckle Bunny
Shake, Rattle and Rock! Susan Doyle
Love and a .45 Starlene Cheatham
Rebel Highway Susan
The Return of the Texas Chainsaw Massacre Jenny
1995 Empire Records Gina
The Low Life Poet
1996 The Whole Wide World Novalyne Price
Jerry Maguire Dorothy Boyd Pencalonan- Screen Actors Guild Award - Best Supporting Actress
1997 Deceiver Elizabeth
1998 A Price Above Rubies Sonia Horowitz
One True Thing Ellen Gulden
1999 The Bachelor Anne Arden
2000 Nurse Betty Betty Sizemore Golden Globe Award untuk Best Actress - Motion Picture Musical or Comedy
Me, Myself & Irene Irene P. Waters
2001 Bridget Jones's Diary Bridget Jones Pencalonan- Anugerah Akademi untuk Best Actress
Pencalonan- BAFTA Award untuk Best Actress in a Leading Role
Pencalonan- Golden Globe Award untuk Best Actress - Motion Picture Musical or Comedy
Pencalonan- Screen Actors Guild Award untuk Outstanding Performance by a Female Actor in a Leading Role - Motion Picture
2002 White Oleander Claire Richards
Chicago Roxie Hart Golden Globe Award untuk Best Actress - Motion Picture Musical or Comedy
Screen Actors Guild Award untuk Outstanding Performance by a Female Actor in a Leading Role - Motion Picture
Screen Actors Guild Award untuk Best Cast
Pencalonan- Anugerah Akademi untuk Best Actress
Pencalonan- BAFTA Award untuk Best Actress in a Leading Role
2003 Down with Love Barbara Novak
Cold Mountain Ruby Thewes Anugerah Akademi untuk Best Supporting Actress
BAFTA Award untuk Best Actress in a Supporting Role
Golden Globe Award untuk Best Supporting Actress - Motion Picture
Screen Actors Guild Award untuk Outstanding Performance by a Female Actor in a Supporting Role - Motion Picture
2004 Shark Tale Angie suara
Bridget Jones: The Edge of Reason Bridget Jones Pencalonan- Golden Globe Award untuk Best Actress - Motion Picture Musical or Comedy
2005 Cinderella Man Mae Braddock
2006 Miss Potter Beatrix Potter Pencalonan - Golden Globe Award untuk Best Actress - Motion Picture Musical or Comedy
2007 Bee Movie Vanessa Bloom suara
2008 Leatherheads Lexi Littleton
Appaloosa Allie French
2009 Case 39 Emily Jenkins
New in Town Lucy Hill
My One and Only Anne Deveraux

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Witherspoon Tops Rich List". F Gate.com. 2007-11-30.
  2. 2.0 2.1 2.2 "Renee Zellweger Biography (1969-)", Filmreference.com, Net Industries, LLC, 2008, webpage: Filmr-Renee-Zellweger.
  3. 3.0 3.1 "Actress of the Week: Renee Zellweger". Askmen.com. 2008-02-06.
  4. "Lone star". Telegraph.co.uk. 2004-10-28.
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan actors tidak disediakan
  6. Agelorius, Monica. "Bridget Jones's Diary LA junket". scene-magazine.com 2001-03-17.
  7. 7.0 7.1 "Renee Zellweger Biography". Tiscali.co.uk. 2008-02-06.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian
Anugerah Akademi
Didahului oleh
Catherine Zeta-Jones
untuk Chicago
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
2003
untuk Cold Mountain
Diikuti oleh:
Cate Blanchett
untuk The Aviator
Anugerah Golden Globe
Didahului oleh
Janet McTeer
untukTumbleweeds
Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi
2000
untuk Nurse Betty
Diikuti oleh:
Nicole Kidman
untukMoulin Rouge!
Didahului oleh
Nicole Kidman
umtuk "Moulin Rouge!
Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi
2002
untuk Chicago
Diikuti oleh:
Diane Keaton
untuk Something's Gotta Give
Didahului oleh
Meryl Streep
untuk Adaptation.
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Motion Picture
2004
untuk Cold Mountain
Diikuti oleh:
Natalie Portman
untuk Closer