Sami Hyypia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Sami Hyypiä
Hyypia.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Sami Tuomas Hyypiä
Tarikh lahir 7 Oktober 1973 (41 tahun)
Tempat lahir Porvoo, Finland
Tinggi 6 ft 4 in (1.93 m)[1]
Posisi permainan Pertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Liverpool
Nombor 4
Kerjaya remaja
1980–1989
1990
Pallo-Peikot
Kumu
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1992–1995
1995–1999
1999–
MyPa
Willem II
Liverpool
096 0(8)
100 0(3)
310 (21)
Pasukan kebangsaan
1992– Finland 095 0(5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15:54, 7 Disember 2008 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 20:58, 19 November 2008 (UTC)

Sami Tuomas Hyypiä lebih dikenali sebagai Sami Hyypiä di kalangan peminat dan penyokong pasukan Liverpool F.C. Pemain kelahiran Finland ini adalah tonggak pertahanan Liverpool buat beberapa tahun yang lalu. Pada satu ketika Sami Hyypiä merupakan kapten Liverpool sehinggalah Rafael Benitez melantik Steven Gerrard sebagai kapten menggantikan Hyypiä.

Sami Hyypiä lahir pada 7 Oktober 1973, di Porvoo, Finland. Hyypia yang tinggi lampai memberikan kelebihan ketika menanduk bola. Dia seorang pemain pertahanan tengah yang cukup berpengalaman dan mempunyai kebolehan membaca permainan dengan baik, membolehkan beliau mencari kedudukan yang baik. Ini mengatasi masalah lariannya yang sudah kurang pantas berbanding sesetengah pemain penyerang di dalam Liga Perdana Inggeris.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Sami Hyypia memulakan kerjaya bola sepaknya dengan kelab Pallo-Peikot dan KuMu di Finland. Dia kemudiannya berpindah dalam tahun 1992 ke kelab MyPa yang beraksi dalam Veikkausliiga. Sami Hyypia memenangi Piala Finland dalam tahun 1992 dan 1995 dengan kelab MyPa. Prestasi baiknya memberikan peluang mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Finland dan dia beraksi pertama kali untuk Finland pada 7 November 1992. Sami Hyypia adalah ketua pemain pertahanan dalam pasukan Finland dan pilihan kedua sebagai kapten.

Willem II[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1995, Sami Hyypia berpindah ke kelab bola sepak Belanda Willem II. Sami Hyypia mencapai kejayaan baik semasa bermain dengan Willem II dan menjadi kegemaran penyokong-penyokong Willem II. Semasa bermain dengan Willem II, Sami Hyypia diperhatikan oleh Ron Yeats, pecari bakat Liverpool semasa satu perlawan persahabatan antara Finland dan Jerman

Liverpool F.C.[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1995, Sami Hyypia dibeli oleh Liverpool dengan harga £3 juta. Secara kebetulan, semasa masih kanak-kanak, Sami Hyypia memang menyokong Liverpool. Di Liverpool, Sami Hyypia digandingkan dengan Stephane Henchoz di bahagian tengah pertahanan Liverpool.

Dalam musim 2000-01, Sami Hyypia berkongsi tugas sebagai kapten dengan Robbie Fowler kerana kecederaan panjang yang dialami oleh Jamie Redknapp yang menjadi ketua pasukan kelab. Pada musim itu, Sami Hyypia dan Robbie Fowler mengetuai pertahanan Liverpool mencatat sejarah kerana berjaya mencapai 3 kejuaraan, iaitu Piala Worthington, Piala FA dan Piala UEFA.

Dalam tahun 2002, Hyypiä dijadikan kapten pasukan tetap Liverpool selepas Jamie Redknapp meninggalkan kelab tersebut selepas mengalami kecederaan yang berpanjangan. Tetapi kecemerlangan Hyypia sebagai kapten menjadi pudar apabila Liverpool kurang menyerlah di dalam musim-musim berikutnya.

Dalam tahun 2003, Steven Gerrard dijadikan ketua pasukan Liverpool menggantikan Hyypiä tetapi Hyypia masih diberikan tanggungjawab sebagai naib ketua pasukan. Dalam tahun 2004, Rafael Benítez menggandingkan Jamie Carragher berpasangan dengan Hyypia sebagai tonggak pertahanan tengah di Liverpool. Stephane Henchoz kian digugurkan daripada kesebelasan utama. Gandingan baru ini nampaknya memberi nafas baru kepada Sami Hyypia. Pertahanan Liverpool kembali menjadi mantap dan disegani sehingga mencatat kejuaraan Piala Eropah.

Dalam tahun 2005, Rafael Benítez melantik Jamie Carragher sebagai naib kapten, [1] dan Hyypia kini menjadi pilihan ketiga sebagai ketua pasukan.

Sami Hyypia sudah tampil lebih dari 370 kali bermain untuk Liverpool, dan menjaringkan 20 gol dalam masa tersebut. Pada 10 Ogos2005, Hyypia menandatangani sambungan kontrak untuk 3 tahun lagi, yang akan membawa beliau di Anfield sehingga tahun 2008. [2] [3] [4]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kejuaraan[sunting | sunting sumber]

MyPa[sunting | sunting sumber]

Juara

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Finnish Sports' Journalists Player of the Year: 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006[2]
  • Finnish Football Association Player of the Year: 1999, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006, 2008[2]
  • Finnish Sportsperson of the Year: 2001[3]
  • UEFA Team of the Year selection: 2001[4]
  • Premier League Player of the Month: November 1999[5]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


  1. "Sami Hyypia 1st team squad profile". Liverpool F.C. Diperoleh pada 2008-12-18. 
  2. 2.0 2.1 Pietarinen, Heikki (2008-01-31). "Finland - Player of the Year Awards". RSSSF. Diperoleh pada 2008-12-18. 
  3. "Hyypia grabs top award". BBC Sport. 2001-12-28. Diperoleh pada 2008-12-18. 
  4. "Team of the Year 2001". UEFA. 2002-01-03. Diperoleh pada 2008-12-18. 
  5. Hadfield, David (1999-12-05). "Houllier heartened as Hyypia is honoured". The Independent. Diperoleh pada 2008-12-18.