Thiago Alcântara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thiago Alcântara
Thiago bersama Sepanyol pada tahun 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Thiago Alcântara do Nascimento[1]
Tarikh lahir (1991-04-11) 11 April 1991 (umur 33)[1]
Tempat lahir San Pietro Vernotico, Itali
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 6
Kerjaya remaja
1995–1996 Flamengo
1996–2000 Ureca
2000–2001 Kelme
2001–2005 Flamengo
2005–2008 Barcelona
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2011 Barcelona B 59 (3)
2009–2013 Barcelona 68 (7)
2013–2020 Bayern Munich 150 (17)
2020– Liverpool 67 (2)
Pasukan kebangsaan
2007 Sepanyol B16 1 (0)
2007–2008 Sepanyol B17 8 (5)
2009 Sepanyol B18 1 (1)
2009–2010 Sepanyol B19 11 (4)
2010–2013 Sepanyol B21 21 (6)
2011– Sepanyol 46 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 April 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:07, 6 Julai 2021 (UTC)

Thiago Alcântara do Nascimento (lahir 11 April 1991), ataupun hanya dikenali sebagai Thiago merupakan pemain bola sepak profesional Sepanyol yang bermain sebagai posisi pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Thiago dilahirkan di Itali dan merupakan anak sulung kepada bekas pemain bola sepak, Mazinho. Beliau menyertai Barcelona ketika berusia 14 tahun dan membuat penampilan pertamanya pada tahun 2009. Setelah memenangi penghormatan termasuk empat gelaran La Liga, Liga Juara-Juara UEFA, dan Piala Dunia Kelab FIFA untuk Barcelona, beliau ditandatangani oleh Bayern Munich dengan harga berjumlah €25 juta pada tahun 2013. Di Jerman, Thiago memenangi 16 trofi, termasuk kejuaraan Bundesliga sebanyak tujuh kali, dan Liga Juara-Juara UEFA sebagai sebahagian daripada menjuarai gelaran treble bersama Bayern Munich. Pada tahun 2020, Thiago menandatangani kontrak bersama Liverpool dengan pindahan awal bernilai 20 juta £.

Setelah membantu Sepanyol ke Kejuaraan Eropah di peringkat bawah 19 dan di bawah 21 tahun, Thiago membuat penampilan pertama antarabangsa sepenuhnya pada tahun 2011. Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad sementara untuk pasukan Sepanyol di Piala Dunia FIFA 2014 tetapi menarik diri kerana kecederaan lutut. Thiago terpilih untuk mewakili Sepanyol dalam kejohanan UEFA Euro 2016 dan Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Thiago telah dilahirkan di San Pietro Vernotico, Itali ketika bapanya, Mazinho (pemain antarabangsa Brazil dari tahun 1989 sehingga 1994) bermain untuk U.S. Lecce. Beliau mula bermain bola sepak di peringkat bawahan kelab Flamengo di Brazil dan pada berusia lima tahun, beliau berpindah ke Sepanyol bersama bapanya.. Di sana, beliau bermain untuk kelab Galicia, Ureca di kawasan Nigrán. Pada tahun 2001, beliau bermain untuk Kelme CF manakala bapanya bermain untuk Elche CF. Beliau kembali ke Flamengo pada usia 10 tahun dan pada tahun 2005, beliau pulang semula ke Sepanyol dan menandatangani kelab FC Barcelona. Patrick iaitu sepupunya juga bermain di kelab gergasi Sepanyol itu.

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mei 2009, Thiago pada berusia 18 tahun membuat debut untuk pasukan senior dan beliau menggantikan Eiður Guðjohnsen pada minit ke-74 semasa menentang RCD Mallorca. Perlawanan itu adalah satu-satunya perlawanan Thiago untuk Barca pada musim ini. Barcelona menjuarai La Liga pada musim tersebut namun tewas pada perlawanan itu, 1-2.

Pada 20 Februari 2010, selepas menggantikan Yaya Touré pada minit ke-76, Thiago menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona ketika menang 4-0 ke atas Racing de Santander. Beliau menamatkan musim 2010-11 dengan 17 perlawanan, tiga jaringan dan membuattiga hantaran. Beliau juga beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2010-11 menentang Manchester United di Stadium Wembley.

Thiago memulakan musim 2011-12 dengan beraksi perlawanan pertama Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid. Beliau menggantikan Xavi selepas 58 minit dan beliau juga menjadi pemain gantian ketika Barca menumpaskan FC Porto pada perlawanan Piala Super UEFA 2011. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona pada musim ini ketika menang 5-0 ke atas Villareal CF.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Julai 2013, Thiago menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Bayern Munich denga bayaran 25 juta euro. Thiago membuat debut untuk Bayern ketika perlawanan DFL-Supercup 2013 tewas kepada Borussia Dortmund, 4-2 pada 27 Julai. Beliau membuat debut di Bundesliga ketika menang itpis 1-0 ke atas Eintracht Frankfurt pada 11 Ogos 2013.

Pada 21 Disember 2013, beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan besar untuk Bayern pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2013 menentang Raja Casablanca dari Maghribi, Bayern menang 2-0. Pada 29 Januari 2014, beliau menjaringkan gol melalui sepakan gunting pada masa tambahan ketika menentang VfB Stuttgart dan diundi sebagai Gol Terbaik Bulanan. Empat hari kemudian, beliau merekodkan rekod baru Bundesliga apabila menyentuh bola sebanyak 185 kali pada perlawanan menentangEintracht Frankfurt. Pada 23 Februari, beliau menjaringkan dua gol semasa melakar kemenangan 4-0 ke atas Hannover 96. Gol itu merupakan gol terakhir Thiago pada musim ini. Beliau menamatkan musim dengna kecederaan lutut ketika menentang 1899 Hoffenheim enam hari kemudian walaupun Bayern menjuarai liga dan piala.

Selepas kira-kira setahun cedera, Thiago kembali pada 4 April 2015 menggantikan Philipp Lahm untuk bermain 21 minit terakhir ketika menang 1-0 ke atas Borussia Dortmund. Empat hari kemudian, beliau juga menggantikan Lahm pada perlawanan suku akhir DFB-Pokal menentang Bayer Leverkusen. Beliau menyudahkan tendangan penalti terakhir untuk membawa Bayern ke separuh akhir selepas terikat seri tanpa jaringan. Pada 15 April, beliau menjaringkan gol tunggal untuk Bayern pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara menentang FC Porto, tewas 3-1. Enam hari kemudian, beliau menanduk masuk hantaran lintang oleh Juan Bernat untuk menjaringkan gol pembukaan ketika Bayern membelasah Porto 6-1 di halaman sendiri pada perlawanan timbang balik Liga Juara-Juara, Bayern layak ke separuh akhir selepas membenam Porto 7-4 pada agregat. Pada 26 April, Thiago meraikan kemenangan kedua Bundesliga bersama Bayern selepas VfL Wolfsburg tewas kepada Borussia Mönchengladbach.

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Pada 18 September 2020, Thiago telah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dengan perjanjian kontrak jangka panjang. Kesepakatan itu bernilai £20 juta, dengan potensi untuk tambahan sebanyak £5 juta.[3][4] Pada 20 September, Thiago membuat penampilan pertamanya bersama Liverpool dengan bermain di separuh masa kedua ketika pasukannya menang 2-0 ke atas Chelsea di Stadium Stamford Bridge. Dalam perlawanan itu juga menyaksikan Thiago menghasilkan 75 hantaran yang baik dalam separuh masa kedua sejak Opta mula menghasilkan statistik lulus pada tahun 2003.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Thiago bersedia untuk melakukan sepakan penjuru untuk pasukan bawah-21 pada tahun 2011.

Beliau membantu pasuka bawah-17 Sepanyol memenangi Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-17 UEFA 2008. Thiago juga melalui kempen yang gemilang semasa bertanding di Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-21 UEFA 2011. Beliau menjaringkan gol kedua pada perlawanan akhir melalui sepakan percuma sejauh 40 meter menentang Switzerland. Beliau dianugerahkan pemain terbaik perlawanan pada perlawanan akhir tersebut.

Pada 18 Jun 2013, Thiago melakukan hatrik pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-21 UEFA 2013 ketika Sepanyol membenam Itali, 4-2 untuk menjulang gelaran keempat mereka.

Beliau membuat debut untuk pasuakn senior Sepanyol pada perlawanan persahabatan menetnang Itali pada 10 Ogos 2011 manakala bertanding pada kejohanan pertamanya untuk Sepanyol pada 6 September 2011 iaitu pada perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Liechtenstein, Sepanyol menang 6-0. Disebabkan kecederaan, beliau terlepas aksi UEFA Euro 2012 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London.

Thiago termasuk dalam senarai 30 pemain Sepanyol yang akan beraksi ke Piala Dunia FIFA 2014. Walau bagaimanapun, dua hari kemudian, beliau dikeluarkan daripada skuad akibat mengalami kecederaan lutut semasa bermain untuk Bayern pada Mac.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 5 Mac 2014.
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Sepanyol 2011 3 0
2012 0 0
2013 1 0
2014 1 0
Jumlah 5 0

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 September 2020 perlawanan dimainkan
Kelab Musim Liga Piala negara[a] Piala Liga Benua Lain Jumlah Ruj.
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sepanyol Barcelona B 2007–08 Tercera División 5 0 5 0
2008–09 Segunda División B 25 0 25 0
2009–10 13 2 5[b] 1 18 3
2010–11 Segunda División 11 0 11 0 [5]
Jumlah 54 2 5 1 59 3
Sepanyol Barcelona 2008–09 La Liga 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0 [5]
2009–10 1 1 1 0 0 0 0 0 2 1 [5]
2010–11 12 2 3 1 1[c] 0 1[d] 0 17 3 [5]
2011–12 27 2 8 2 7[c] 0 3[e] 0 45 4 [5]
2012–13 27 2 7 1 2[c] 0 0 0 36 3 [5]
Jumlah 68 7 19 4 10 0 4 0 101 11
Jerman Bayern Munich 2013–14 Bundesliga 16 2 2 0 4[c] 0 3[f] 1 25 3 [5][6]
2014–15 7 0 2 0 4[c] 2 0 0 13 2 [7]
2015–16 27 2 5 1 9[c] 1 1[g] 0 42 4 [5][8]
2016–17 27 6 4 1 9[c] 2 1[g] 0 41 9 [5][9]
2017–18 19 2 3 2 10[c] 3 0 0 32 7 [10][11]
2018–19 30 2 6 0 5[c] 0 1[g] 1 42 3 [12][13]
2019–20 24 3 5 0 10[c] 0 1[g] 0 40 3 [14][15]
Jumlah 150 17 27 4 51 8 7 2 235 31
England Liverpool 2020–21 Liga Perdana Inggeris 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 [5]
Jumlah karier 278 26 48 8 0 0 61 8 11 3 396 45
  1. ^ Penampilan di Copa del Rey, DFB-Pokal dan Piala FA Inggeris.
  2. ^ Penampilan di perlawanan penentuan Segunda División B.
  3. ^ a b c d e f g h i j Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
  4. ^ Penampilan di Piala Super Sepanyol.
  5. ^ Penampilan di Piala Super Sepanyol dan Piala Kelab Dunia FIFA.
  6. ^ Penampilan di Piala Super DFL dan Piala Kelab Dunia FIFA.
  7. ^ a b c d Penampilan di Piala Super DFL.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak antarabangsa Brazil, Mazinho yang pernah beraksi untuk Brazil yang menjadi juara di Piala Dunia FIFA 1994. Ibu beliau, Valéria Alcântara merupakan bekas pemain bola tampar. Adik beliau, Rafinha kini beraksi untuk FC Barcelona. Rodrigo yang kini bermain untuk Valencia CF ialah sepupu beliau.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Barcelona
Bayern Munich

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sepanyol

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-06-19. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  2. ^ "Thiago Alcântara - Liverpool - UCL". UEFA.com. Dicapai pada 2023-02-27.
  3. ^ "Thiago Alcantara: Liverpool sign Bayern Munich midfielder in £25m deal". Sky Sports. 18 September 2020. Dicapai pada 18 September 2020.
  4. ^ Caroll, James (18 September 2020). "Liverpool FC complete signing of Thiago Alcantara". Liverpool. Dicapai pada 18 September 2020.
  5. ^ a b c d e f g h i j Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Thiago » Club matches tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2013–14 season tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2014–15 season tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2015–16 season tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2016–17 season tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2017–18 season tidak disediakan
  11. ^ "Thiago". kicker.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 3 August 2019.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FCB gewinnt Supercup - Lewandowski macht den Unterschied tidak disediakan
  13. ^ "Thiago". kicker.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 3 August 2019.
  14. ^ "Sancho glänzt in doppelter Rolle: BVB gewinnt Supercup". kicker.de (dalam bahasa Jerman). 3 August 2019. Dicapai pada 3 August 2019.
  15. ^ "Thiago". kicker.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 23 August 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]