7 Oktober
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Oktober 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
| MMXII | ||||||
7 Oktober merupakan hari ke-280 (hari ke-281 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 85 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perayaan St. Osyth.
[sunting] Peristiwa
- 3761 SM - Permulaan zaman Kalendar Ibrani moden (takwim Julius prolepsis).
- 1571 - Empayar Uthmaniyyah tewas kepada Barat Kristian buat kali pertama, apabila armada pimpinan Don John dari Austria mengalahkan tentera laut Turki berhampiran Teluk Corinth.
- 1949 - Republik Demokratik Jerman diisytiharkan di Berlin Timur.
- 1958 - Akibat ketidakstabilan politik, Presiden Pakistan Iskander Mirza menggantung perlembagaan, mengisytiharkan darurat dan membatalkan pilihan raya yang dijadualkan pada Januari 1959.
- 1985 - Kapal samudera Mediterranean Achille Lauro (gambar) dirampas oleh militan Barisan Pembebasan Palestin semasa berlayar dari Iskandariah ke Pelabuhan Said.
- 2001 - Perang Terhadap Keganasan: Serangan Amerika Syarikat ke Afghanistan bermula pada 16:30 UTC dengan kempen pengeboman udara terhadap pasukan Taliban dan al-Qaidah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||