Seinen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seinen (青年? jangan dikelirukan dengan "dewasa" (成年 seinen?)) merupakan subset manga yang secara umumnya ditujukan di kalangan mereka yang berumur 18-30 tahun, tetapi para pembaca mungkin lebih tua dengan sesetengah komik ditujukan kepada para usahawan yang berumur 40-an. Seinen mempunyai teknik seni yang berjenis-jenis, daripada kisah bertemakan ketenteraan sehinggalah pornografi. Manga seinen yang ditujukan khas untuk kaum wanita digelar josei. Genre ini adalah sama seperti genre "adult" (dewasa) dalam penggunaan bahasa Inggeris.