Senarai watak dalam siri Detektif Conan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Senarai watak Detektif Conan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kebanyakan watak-watak seperti mereka muncul dalam anime.Bahagian belakang dari kiri ke kanan: Kazuha Toyama, Heiji Hattori, Sonoko Suzuki, Ran Mouri, Kogoro Mouri, Eri Kisaki, Hiroshi Agasa. Bahagian depan dari kiri ke kanan: Genta Kojima, Mitsuhiko Tsuburaya, Conan Edogawa, Ai Haibara, Ayumi Yoshida

.

Siri Detektif Conan memaparkan watak-watak ciptaan Gosho Aoyama. Aliran utama cerita ini berlatar belakang tempat di Jepun, dengan penggunaan nama-nama tempat sebenar seperti Tokyo dan Osaka, tetapi juga menggunakan nama tempat rekaan seperti Bandar Beika. Siri ini telah berlangsung sejak 1994, dengan jumlah episod anime sebanyak 662 yang dibahagikan kepada 21 musim dan jumlah bab manga sebanyak 806 yang dibahagikan kepada 76 jilid.

Siri ini berkisah tentang seorang detektif Sekolah Menengah Tinggi, Shinichi Kudo, yang pretasinya sedang meningkat kerana membantu polis menyelesaikan pelbagai kes. Suatu hari ketika menyelidik 2 orang mencurigakan, yang kemudian diketahui sebagai Gin dan Vodka, dia dilihat oleh Gin, Gin pun memukulnya, lalu dipaksa meminum sebiji ubat jenis racun buatan organisasinya. Setelah itu, dia bangun dan mencari dirinya telah menjadi seorang anak kecil. Menyedari bahawa dua orang tersebut akan menyelidikinya, Shinichi menggunakan nama pena Conan Edogawa untuk identiti barunya. Dia kemudian tinggal bersama teman sejak masa kecilnya, Ran Mouri dan ayahnya Kogoro Mouri.

Isi kandungan

Watak Utama [sunting]

Shinichi Kudo / Conan Edogawa [sunting]

Shinichi Kudo
Conan Edogawa


Nama Jepun : (工藤 新一 Kudō Shin'ichi)
Nama Inggeris : Jimmy Kudo
Rencana utama: Shinichi Kudo
Suara Latar : Kappei Yamaguchi (Shinichi) dan Minami Takayama (Conan)
Penampilan pertama : Anime - Episod 1 , Manga - Volume 1 ~ File 1
Beliau merupakan seorang detektif berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Conan Edogawa (江戸川 コナン Edogawa Konan). Tinggal di No. 22, Jalan Chiyo, Beika. Pada awal kisah ini, Shinichi merupakan detektif sekolah tinggi yang terkenal. Dia selalu menolong polis di Bandar Tokyo untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang misteri. Beliau dikenali sebagai Detektif dari Timur. Akibat terminum racun APTX 4869, badannya mengecil sehingga bersaiz budak sekolah rendah. Sekarang ini, beliau sedang tinggal bersama Kogoro dan Ran di rumahnya. Beliau sering membantu Kogoro secara senyap dengan tidurkannya menggunakan jam tangan mempunyai bius apabila Kogoro tersalah faham terhadap pelbagai kes-kes yang rumit.

Ran Mouri [sunting]

Ran Mouri


Nama Jepun : (毛利 蘭 Mouri Ran)
Nama Inggeris : Rachel Moore
Rencana utama: Ran Mouri
Suara Latar : Wakana Yamazaki
Ran merupakan sahabat baik Shinichi sejak kecil. Ran dan Shinichi tidak pernah berani mendedahkan perasaannya. Ran adalah anak seorang detektif, Kogoro Mouri, dan isterinya seorang peguam handal, Eri Kisaki. Sekarang Ran tinggal bersama ayahnya, Kogoro Mouri. Salah satu sahabat Ran iaitu Sonoko Suzuki yang merupakan anak pengarah syarikat Suzuki. Ran ahli dalam karate, namun Ran takut terhadap hantu dan haiwan tertentu. Ran adalah ketua kelab karate di sekolahnya. Ran juga adalah seorang yang mudah menangis. Ran pernah hampir membongkar identiti asal Conan Edogawa. Beliau anggap Conan seperti adiknya. Ran sering melindungi Conan apabila diserang oleh penjenayah dan membelasah penjenayah dengan serangan karate yang dahsyat.

Kogoro Mouri [sunting]

Kogoro Mouri
Nama Jepun: (毛利 小五郎 Mōri Kogorō)
Nama Inggeris : Richard Moore
Suara Latar : Akira Kamiya (Episod 1~548) dan Rikiya Koyama (Episod 553~Kini)
Rencana utama: Kogoro Mouri
Kogoro ialah bapa Ran, detektif persendirian yang tidak mahir. Dia pernah mengahwini Kisaki Eri, peguam berjaya, dan kini tinggal berasingan kerana sering bertelingkah. Walaupun agak kurang bertanggungjawab, dia amat menjaga anak perempuannya. Dia berkemahiran dalam menembak, pakar seni mempertahankan diri Judo, kuat minum dan peminat setia penyanyi Yoko Okino.

Watak Sampingan [sunting]

Hiroshi Agasa [sunting]

Profesor Agasa
Nama Jepun : (阿笠 博士 Agasa Hiroshi)
Rencana utama: Profesor Agasa
Penampilan pertama : Anime - Episod 1 , Manga - Volume 1 ~ File 1
Agasa Hiroshi, atau Agasa-hakase, yang bermaksud Profesor Agasa) – Seorang profesor yang agak cuai yang telah mencipta alatan untuk membantu Conan dalam kesusahan. Ciptaannya sering diketawakan oleh Shinichi. Jiran Shinichi sejak kecil. Kini, dia menjaga Haibara yang tinggal bersamanya. Dia sering membawa Pasukan Detektif Muda keluar bermain dan berkhemah maka bertindak sebagai penjaga mereka dalam ekspedisi mereka.

Sonoko Suzuki [sunting]

Sonoko Suzuki
Nama Jepun : (鈴木 園子 Suzuki Sonoko)
Nama Inggeris : Serena Sebastian
Rencana utama: Sonoko Suzuki
Penampilan pertama : Anime - Episod 6 , Manga - Volume 5 ~ File 1
Kawan karib Ran. Dia anak orang kaya. Walaupun begitu, Sonoko berlagak seperti seorang gadis remaja biasa: minat dengan barang atau permainan baru, suka membeli-belah dengan Ran dan berminat kepada lelaki yang kacak. Teman lelakinya ialah Makoto Kyogoku. Sebelum dia menemui teman lelakinya dia kurang bernasib baik dalam hal cinta.


Eri Kisaki [sunting]

Kisaki Eri
Nama Jepun : (妃 英里 Kisaki Eri)
Nama Inggeris : Eva Kadan
Penampilan pertama : Anime - Episod 105 , Manga - Volume 11 ~ File 5
Ibu kepada Ran Mouri dan isteri Kogoro Mouri. Dia bekerja sebagai peguam bela. Dia dikenali sebagai "Ratu Peguam". Dia telah hidup berpisah dengan Kogoro Mouri sejak 10 tahun yang lalu kerana suaminya (Kogoro) sering kemabukan, berjudi pada pacuan kuda, dan suka mengatal dengan wanita lain. Tetapi sekarang dia masih tetap memakai cincin perkahwinnya dan selalu menguji Kogoro apakah dia masih mencintainya atau tidak. Dia mempunyai seekor kucing jenis Russian Blue yang bernama Goro pada namanya suami Eri, iaitu Kogoro.

Kaitou Kid [sunting]

Kaitou Kid
Nama Jepun : (怪盗 キッド Kaitou Kiddo)
Nama Inggeris : Kid the Phantom Thief
Rencana utama: Kaitou Kid
Penampilan pertama : Anime - Episod 156 , Manga - Volume 16 ~ File 6
Seorang pencuri yang genius dalam hal penyamaran dan mengincar batu berharga. Dia adalah seorang ahli menyamar dan sering meloloskan diri dari polis dengan hang glider-nya. Dia muncul di Detektif Conan untuk menunjukkan aksi pencuriannya ketika banyak audiens yang menonton. Nama asalnya adalah Kaito Kuroba (黒羽 快斗 Kuroba Kaito). Beliau sangat pandai dalam bidang matematik dan fizik.

Subaru Okiya [sunting]

Subaru Okiya
Penampilan pertama : Anime - Episod 509 , Manga - Volume 60 ~ File 3
Adalah seorang mahasiswa kejuruteraan yang kini tinggal di rumah Shinichi Kudo bersebelahan dengan rumah Profesor Agasa. Anggapan Haibara, beliau seorang Organisasi Hitam iaitu Bourbon kerana berhidu bau organisasi tersebut di badan beliau. Beliau sebenarnya ialah Akai Shuichi selepas menunjukkan mata sebenarnya pada manga file 824.

Heiji Hattori [sunting]

Heiji Hattori
Nama Jepun : (服部 平次 Hattori Heiji)
Nama Inggeris : Harley Hartwell
Rencana utama: Hattori Heiji
Penampilan pertama : Anime - Episod 48 , Manga - Volume 10 ~ File 2
Rakan Shinichi Kudo yang berasal dari Osaka. Muka gelapnya mengikut atuknya. Dia selanjutnya menjadi teman dengan Conan Edogawa setelah dia mengetahui identiti asal Conan. Teman wanita dia ialah Kazuha Toyama merupakan teman sejak kecilnya. Heiji juga seorang pemain kendo.

Kazuha Toyama [sunting]

Kazuha Toyama
Nama Jepun : (遠山 和葉 Tōyama Kazuha)
Nama Inggeris : Kirsten Thomas
Penampilan pertama : Anime - Episod 185 , Manga - Volume 19 ~ File 15
Anak ketua balai polis di Osaka. Dia mencintai Heiji walaupun mereka sering bergaduh dan dia tidak berani meluahkan isi hatinya. Pada mulanya, dia menyangka Shinichi seorang perempuan kerana terlalu cemburu (Heiji sering menceritakan tentang Shinichi kepadanya). Dia seorang ahli Aikido.

Watak Lain [sunting]

Yusaku Kudo [sunting]

Nama Jepun : (工藤 優作 Kudō Yusaku)
Ayah Shinichi dan suami Yukiko Kudo. Dia adalah seorang novelis novel misteri terkenal khususnya novel detektif, dan dia telah menciptakan tokoh popular, "Night Baron." Dia sangat bijak dan dulu dia sering membantu polis menyelesaikan kes yang tidak dapat dipecahkan orang lain. Kemampuan menyelesaikan kesnya lebih hebat daripada Shinichi. Dia adalah orang yang membuat nama Kaito Kid (Phantom Thief Kid) untuk "Pencuri nombor 1412" (Phantom Thief 1412). Pernah diisyaratkan bahawa dia mungkin mengetahui bahawa Toichi Kuroba adalah Kaito Kid (sebelum Kaito Kuroba) yang dia hadapi.

Yukiko Kudo [sunting]

Nama Jepun : (工藤 有希子 Kudō Yukiko)
Adalah ibu Shinichi Kudo dan isteri Yusaku Kudo. Nama sebelum kahwinnya ialah Yukiko Fujimine. Sebelum dia adalah seorang pelakon yang dilatih dengan seni penyamaran oleh Toichi Kuroba tetapi berhenti berkarier pada usia 20 tahun untuk berkahwin dengan Yusaku. Dia kadang melawat Jepun untuk memperhatikan anaknya . Kerana reputasinya sebagai isteri penulis novel misteri terkenal dan kerana dia melibatkan dirinya di beberapa kes jenayah yang kadang-kadang dia bantu menyelesaikanya, dia telah diberi sebuah nama panggilan, "The Night Baroness" untuk watak utama yang suaminya ciptakan untuk novel misterinya (novel misteri Yusaku Kudo).

Eisuke Hondo [sunting]

Nama Jepun : (本堂 瑛祐 Hondō Eisuke)
Dia adalah rakan sekelas Ran Mouri yang sangat cuai dan tumpul. Dia pernah disyaki sebagai anggota Organisasi Hitam kerana kemiripannya dengan Rena Mizunashi dan kerana perilakunya yang aneh. Dia kemudian percaya bahawa Rena membunuh ayahnya, yang sebenarnya Rena merupakan kakaknya yang melakukan penyamaran. Eisuke, setelah mengetahui kerjaya ayahnya sebagai agen CIA, berpindah ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan kerjaya sebagai agen CIA.

Tomoaki Araide [sunting]

Nama Jepun : (新出 智明 Araide Tomoaki)
Doktor muda dan doktor kepada Kogoro Mouri. Beliau adalah sekali itu jurulatih bola keranjang di sekolah Ran, dan, apabila pertemuan pertama mereka, berfikir sebagai satu saingan untuk perasaan mesra dan menyebabkan Shinichi terdengar gosip tersebut. Dia telah muncul semula dalam sekitar Conan, pada beberapa kali - nampaknya sekurang-kurangnya; identitinya digunakan oleh vermouth untuk mengesan Shiho Miyano. Vermouth hampir dibunuh oleh beliau untuk memudahkan perlindungannya, tetapi FBI telah berpindah buat sementara waktu dia keselamatan di Amerika. Dia menyamar sebagai Hideyuki Hori.

Yoko Okino [sunting]

Nama Jepun : (沖野 ヨーコ Okino Yōko)
Seorang bintang pop muda diminati oleh Kogoro Mouri. Beliau mempunyai beberapa gambaran seluruh siri ini, kebanyakannya sebagai tetamu yang terkenal di beberapa perjumpaan sosial yang berubah menjadi kes-kes jenayah.

Hideo Akagi [sunting]

Nama Jepun : (赤城 秀 夫 Akagi Hideo)
Seorang pemain bola sepak kelab kesukaan Conan iaitu Tokyo Spirits.

Sumiko Kobayashi [sunting]

Nama Jepun : (小林 澄 子 Kobayashi Sumiko)
Dia adalah guru kelas Conan Edogawa dan teman wanita Ninzaburo Shiratori. Beliau juga dilantik sendiri (dan agak tidak diundang) sebagai "pengurus" Pasukan Detektif Muda.

Azusa Enomoto [sunting]

Nama Jepun : (榎本 梓 Enomoto Azusa)
Dia merupakan pemilik Cafe Poirot yang selalu dikunjungi oleh Kogoro, Ran dan Conan.

Makoto Kyogoku [sunting]

Nama Jepun : (京 极 真 Kyougoku Makoto)
Merupakan atlet karate yang semangat tinggi dan selalu digelar juara dimana-mana perlawanan. Dia juga merupakan teman lelaki kepada Sonoko.

Jirokichi Suzuki [sunting]

Nama Jepun : (鈴木 次郎吉 Suzuki Jirokichi)
Beliau merupakan pak cik kepada Sonoko. Dahulu beliau seorang polis. Cita-cita beliau untuk menangkap Kaito Kid sama dengan Inspektor Nakamori.

Akai Berparut (Vermouth) [sunting]

Seorang lelaki misteri yang tidak diketahui yang muncul beberapa lama selepas Kir membunuh Shuichi Akai. Ianya tidak jelas jika dia sebenarnya Akai sebenarnya atau Bourbon menyamar sebagai beliau. Akai berparut muncul secara senyap di hadapan FBI dan menghilangkan diri dengan cepat. Sebenarnya Akai berparut bukannya Shuichi Akai sebenarnya kerana Shuuich Akai seorang kidal manakala Akai berparut bukannya kidal. Semasa dalam kereta api misteri, identiti Akai berparut telah terbongkar dan dia sebenarnya ialah Vermouth.

Masumi Sera [sunting]

Nama Jepun : (世良 真纯 Sera Masumi)
Seorang pelajar Sekolah Menegah Tinggi Teitan yang baru dan pengamal seni mempertahankan diri Jeet Kune Do. Selepas membuat potongan yang kebanyakannya betul semasa kes pembunuhan, dia dipindah ke sekolah Ran. Beliau seolah-olah tahu bahawa Conan ialah seorang detektif. Ramai sangka beliau ini seorang lelaki kerana perwatakan seperti lelaki dan berpakaian seperti lelaki. Beliau tidak menyukai Haibara kerana sebab-sebab tertentu dalam dirinya. Dia mempunyai mata yang sama dengan Akai Shuichi.

Detektif Muda [sunting]

Anggota Polis [sunting]

Juzo Megure [sunting]

Nama Jepun : (目暮 十三 Megure Juuzou)
Pangkat : Inspektor
Dikenali sebagai Inspektor Juzo Megure (目暮 十三 警部 Megure Jūzō-keibu), ialah seorang Ispektor polis dari bahagian pertama (pembunuhan) yang telah bekerja dengan Shinichi Kudo, Yusaku Kudo dan Kogoro Mouri. Dia sentiasa memakai topi untuk menyembunyikan parut lama yang mengingatkan kes khas daripada dua puluh tahun yang lalu, semasa mula-mula menjadi polis yang melibatkan isterinya, 'Megure Midori (目暮 みどり Megure Midori).

Wataru Takagi [sunting]

Nama Jepun : (高木 渉 Takagi Wataru)
Pangkat : Sarjan
Adalah seorang pegawai yang bekerja dengan Megure dari bahagian pertama (pembunuhan) dan mempunyai perasaan untuk bercinta dengan pegawai Miwako Sato. Walaupun dia mempunyai rupa gemuruh tidak berkesan, dia cepat untuk menilai keadaan dan mengambil tindakan segera dan tegas apabila perlu. Dia seolah-olah dapat bertahan semua jenis serangan oleh nasib tulen. [1]

Miwako Sato [sunting]

Nama Jepun : (佐藤 美和子 Satō Miwako)
Seorang yang sukar diminati, yang sangat menarik, bertenaga, dan seorang pegawai yang berdedikasi muda perempuan yang bekerja dengan Inspektor Megure. Sato adalah sangat popular dengan ahli-ahli lelaki jabatan polis, tetapi mengecewakan mereka, dia, walaupun secara ragu-ragu, mula untuk menaikan perasaan untuk bercinta dengan rakan sekerja beliau Wataru Takagi.

Ninzaburo Shiratori [sunting]

Nama Jepun : (白鳥 任三郎 Shiratori Ninzaburō)
Merupakan satu lagi pegawai yang bekerja dengan Inspektor Megure dan mempunyai perasaan yang tak berbalas ke arah Miwako Sato. Beliau mendedahkan perasaan berasal dari seorang gadis muda di zaman kanak-kanak yang mempunyai semangat keadilan danseperti Sato. Selepas mesyuarat guru sekolah rendah Conan Edogawa, Sumiko Kobayashi (guru kelas Conan), Ninzaburo menyedari dia adalah gadis dari masa lalu dan membangunkan hubungan dengan dia. Akhirnya, dia telah meluangkan perasaan cinta dia kepada Sumiko Kobayashi.

Ginzo Nakamori [sunting]

Nama Jepun : (中森 銀三 Nakamori Ginzō)
Nakamori telah telah berurusan dengan Kid yang sejak dia mula menyertai pasukan polis, tidak tahu bahawa dia telah telah berurusan dengan Kaitou Kid yang asli iaitu Toichi Kuroba dan Kaitou Kid yang baru, anak kepada Toichi iaitu Kaito Kuroba teman wanita kepada Aoko yang merupakan anak perempuannya. Nakamori digunakan untuk menjadi seorang inspektor polis bahagian 2 (Menangkap Kaitou Kid), tetapi memberi bahawa untuk menumpukan masanya pada Kid.

Pegawai Chiba [sunting]

Nama Jepun : (千葉刑事 Chiba-keiji)

Yumi Miyamoto [sunting]

Nama Jepun : (宮本 由美 Miyamoto Yumi)
Yumi adalah polis dari bahagian kelima (polis trafik) yang kebanyakannya menumpukan kepada kemalangan jalan raya, lumba haram dan kecurian kenderaan. Beliau sering di tepi jalan raya bersama-sama Pasukan Detektif Muda, dan Conan apabila mereka berada di tengah-tengah menyelesaikan sesuatu kes, dan telah membantu mereka berkali-kali dalam menyelesaikan kes-kes dan menangkap penjenayah. Rakan Yumi terbaik adalah Miwako Sato, yang sering mengusik tentang perasaannya untuk Wataru Takagi. Dia sering pergi ke kedua-dua mereka dan memberikan mereka kedua-dua nasihat tentang bagaimana untuk beritahu satu sama lain bagaimana mereka merasakan, yang kadang-kadang berjaya, tetapi pada masa yang lain, rancangan itu gagal kerana malu Takagi dan Sato antara satu sama lain. Dengan Takagi dan Sato akhirnya telah mengaku perasaan mereka antara satu sama lain, dan dengan pesaing terhebat mereka, Shiratori, mendapati perlawanan itu juga, dia mungkin kini ditinggalkan di kerugian pada mereka untuk mengusik.

Inspektor Yuminaga [sunting]

Nama Jepun : (弓長警部 Yuminaga-keibu)
Yuminaga merupakan inspektor polis bahagian keempat (Kebakaran). Dia seperti kebanyakan pemeriksa lain, amanah dan mendengar rumusan dari Conan Edogawa. Yuminaga telah mendapat marah pada seorang lelaki yang dibakar sebuah apartmen kerana "Saya fikir semula ia akan menetapkan". Dia marah menyebut bahawa pelakunya, dalam satu hari, musnah, satu jangka hayat kenangan keluarga.

Kiyonaga Matsumoto [sunting]

Nama Jepun : (松本 清長 Matsumoto Kiyonaga)

Shintaro Chaki [sunting]

Nama Jepun : (茶木 慎太郎 Chaki Shintarō)

Heizo Hattori [sunting]

Nama Jepun : (服部 平蔵 Hattori Heizou)

Goro Otaki [sunting]

Nama Jepun : (大滝 悟郎 Ootaki Gorou)

Sango Yokomizo [sunting]

Nama Jepun : (横溝 参悟 Yokomizo Sango)

Misao Yamamura [sunting]

Nama Jepun : ((山村 ミサオ Yamamura Misao)

Jugo Yokomizo [sunting]

Nama Jepun : (横溝 重悟 Yokomizo Juugo)

Kansuke Yamato [sunting]

Nama Jepun : (大和 敢助 Yamato Kansuke)
Dia ialah seorang inspektor polis dari Wilayah Nagano. Bawahan langsung beliau ialah Detektif Yui Uehara. Yamato kehilangan mata kirinya dalam runtuhan salji dan kini mempunyai parut yang berbentuk X-di sebelah mata kirinya dan juga menyebabkan kerosakan teruk dan kekal kepada kaki kiri, memaksa beliau untuk menggunakan tongkat lengan untuk berjalan.

Yui Uehara [sunting]

Nama Jepun : (上原 由衣 Uehara Yui)

Taka'achi Morofushi [sunting]

Nama Jepun : (諸伏 高明 Morohushi Taka'aki)

FBI [sunting]

Ejen-ejen FBI dari kiri ke kanan Jodie Starling, James Black, dan Shuichi Akai.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam siri Detektif Conan terdiri daripada ejen-ejen yang diketuai oleh James Black. Mereka sedang menyiasat Vineyard Sharon (Vermouth) dan telah mengikuti dia Jepun di mana mereka mendapati kewujudan Organisasi Hitam.

Shuichi Akai [sunting]

Nama Jepun : (赤井 秀一 Akai Shūichi)
Beliau telah mula-mula diperkenalkan sebagai manusia satu misteri mengintip Conan Edogawa. Beliau merupakan rakan sekerja Jodie sebagai ejen FBI. Beliau seorang penembak yang sangat handal dengan menggunakan tangan kirinya. Masa lalu, beliau adalah satu pengintip dalam Organisasi Hitam dan telah diberikan itu kod nama iaitu (ライ Rye) sehingga identitinya sebagai ejen FBI adalah secara tidak sengaja didedahkan oleh Andre Camel. Kemahiran fikiran dia licik dan mengesankan, Organisasi Hitam menganggapnya sebagai ancaman mereka yang terbesar. Dia nampaknya dibunuh oleh Organisasi Hitam selepas ditembak dan trak itu meletup. Akai mati ditembak adalah palsu semata-mata. Mayat yang dibakar itu ialah Rikumichi, seorang Organisasi Hitam yang ditugaskan untuk mencari wad yang diduduki oleh Rena Mizunashi telah mati ditembak dirinya di kepala semasa pihak FBI mengejarnya. Mayat Rikumichi dan cap jarinya di telefon Conan telah simpan untuk persiapan untuk rancanganya di Raiha Pass. Akhirnya, rancangan Akai, Conan dan Rena Mizunashi yang telah rancangkan berjaya memperdayakan Organisasi Hitam itu. Keesokan harinya beliau bersiap sedia menyamar sebagai Subaru Okiya. Beliau mempunyai adik perempuan bernama Sera Masumi.

Jodie Starling [sunting]

Nama Jepun : (ジョディ・スターリング Jodi Sutaaringu)
Beliau diperkenalkan sebagai guru Bahasa Inggeris Ran Mouri di bawah nama Jodie Santemillion (ジョディ サン テミリオン Jodi Santemirion). Dia kemudiannya diturunkan untuk menjadi ejen FBI dengan rahsia peribadi terhadap vermouth yang membunuh ayahnya. Dia mengetahui kemahiran detektif Conan Edogawa dan sering dia membantu FBI untuk bertarung Organisasi Hitam.

James Black [sunting]

Nama Jepun : (ジェイムズ・ブラック Jeimuzu Burakku)
Beliau merupakan egen FBI berpangkat tinggi dan ketua dalam menangkap Organisasi Hitam.

Andre Camel [sunting]

Nama Jepun : (アンドレ・キャメル Andore Kyameru)
FBI ejen, memainkan peranan penting dalam perlindungan Rena Mizunashi.

CIA (Agensi Perisikan Pusat) [sunting]

Agensi Perisikan Pusat fiksyen dalam siri Detektif Conan menghantar Ethan Hondo dan anak perempuannya Hidemi Hondo untuk menyiasat Organisasi Hitam. Hidemi menerima pakai alias Rena Mizunashi dan menyertai Pertubuhan Hitam untuk mengintip dari dalam. Oleh kerana,Ethan terpaksa mengorbankan hidupnya untuk menyelamatkan Hidemi. Tahun selepas, Eisuke Hondo carian untuk Rena Mizunashi untuk membalas dendam keluarganya hanya menyedari identiti sebenar sebagai kakaknya.

Hidemi Hondo [sunting]

Nama Jepun : (本堂 瑛海 Hondō Hidemi)
Asalnya diperkenalkan sebagai pembaca berita bernama Rena Mizunashi (水 无 怜 奈 Mizunashi Rena?), adalah adik perempuan Eisuke Hondo. Hidemi Hondou berkhidmat di bawah Pertubuhan yang Hitam sebagai ahli dengan Kod Nama iaitu Kir (キール Kiiru). Akhirnya mendedahkan bahawa beliau adalah ejen CIA yang menyamar, yang bekerja sebagai ejen berganda dalam Pertubuhan Hitam, cuba untuk membawa mereka. FBI berjaya meletakkan Hidemi kembali ke Pertubuhan Hitam supaya dia boleh terus mengintipmereka. Untuk membuktikan kesetiaan beliau, Hidemi telah diarahkan untuk membunuh Shuichi Akai. Walaupun di bawah pengawasan berat, dia melaporkan maklumat kepada Jodie Starling.

Ethan Hondo [sunting]

Nama Jepun : (イーサン・本堂 Īsan Hondō)
Suara latar : Rikiya Koyama
Adalah seorang ejen CIA dan bapa kepada Hidemi Hondou dan Eisuke Hondo. Dia asalnya disyaki menjadi ahli Pertubuhan yang Hitam tetapi Pada kenyataannya telah mengintip ke atas mereka dari dalam. Apabila dia dan anak perempuannya meletakkan pelan dalam gerakan ke suatu tempat yang baru ejen CIA dalam organisasi, Ethan perasan bahawa sindiket itu telah bugged pakaian Hidemi. Untuk melindungi anak perempuannya, Ethan telah dipaksa untuk mencederakan Hidemi dan membunuh diri - menjadikan ia kelihatan seperti dia telah disoal siasat dan dia telah membunuhnya.

Organisasi Hitam [sunting]