Detektif Conan
| Detektif Conan | |
![]() |
|
| 名探偵コナン (Meitantei Konan) | |
| Genre | Detektif, Misteri, Shōnen, Komedi
|
| Manga | |
|---|---|
| Pengarang | Gosho Aoyama |
| Pelukis | Gosho Aoyama |
| Penerbit | |
| Majalah | Weekly Shōnen Sunday |
| Siaran asal | 2 Februari 1994 – kini |
| Jilid | |
| Manga: Edisi Khas | |
| Pengarang | Gosho Aoyama |
| Pelukis | Yamagishi Eiichi, Masaru Ohta, Kazuhiro Kubota |
| Penerbit | |
| Majalah | Tentōmushi komikkusu |
| Siaran asal | 28 Januari 1997 – kini |
| Jilid | 1~38(Sedang berjalan) |
| TV anime | |
| Pengarah | Kenji Kodama (1-118) Masato Sato (332-504) Koujin Ochi (505-666,679) Yasuichiro Yamamoto (119-332,667-677,679-?) |
| Studio | TMS Entertainment, V1 Studio |
| Pemegang lesen | |
| Penyiaran | |
| Siaran asal | 8 Januari 1996 – kini |
| Episod | 1~697 (Sedang berjalan) |
| Drama televisyen | |
| Kudo Shinichi he no Chosenjo | |
| Penerbit | Yoshinori Horiguchi (Chief) Shi Shirakawa Koki Endo Masako Kuraibu |
| Skrip/Penulis | Takehiko Kanade |
| Lagu/Muzik | Koji Endo |
| Penyiaran Asal | |
| Tarikh tayangan | 7 Julai 2011 – 29 September 2011 |
| Episod | 13 |
| Kerja-kerja berkaitan | |
| Portal Anime dan Manga | |
| Rencana ini mengandungi huruf bahasa Jepun. Tanpa bantuan paparan yang tepat, huruf-huruf kanji dan kana mungkin dipaparkan sebagai tanda soal, kotak atau simbol-simbol yang lain. |
Detektif Conan (名探偵コナン Meitantei Konan?) atau versi Inggeris Case Closed (Kes Ditutup) merupakan manga dan anime genre detektif karya Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula sejak 2 Februari 1994. Pada April 2013, jilid 79 telah dikeluarkan di Jepun dan jadikan manga ke-24 yang terbanyak.[1][2] Syarikat Tora Aman menjadi penerbit rasmi tankōbon Detektif Conan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin di Malaysia telah keluarkan 76 jilid pada bulan April 2013.
Versi anime dihasilkan oleh TMS Entertainment / V1 Studio, telah menayangkan 696 buah episod siri televisyen dan jadikan anime ke-16 yang mempunyai banyak episod di Jepun. Di Jepun siri ini bersiaran di kaca televisyen pada hari Sabtu pada pukul 6 petang (UTC+9 / Waktu di Jepun) di saluran ytv (Kawasan Kansai) dan Nippon TV (Kawasan Kantō). Di Malaysia, anime ini telah disiarkan pada Sabtu jam 11.00 pagi di TV3 dan di Astro Ceria pada hari Isnin sehingga Khamis jam 2.00 petang.
Sebanyak 17 buah filem telah dihasilkan dari siri ini antaranya filem ke-17 akan dipawagamkan di Jepun pada 20 April 2013 iaitu Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea.[3] Siri ini juga telah mendapat tahap populariti yang tinggi dalam kedua-dua format iaitu manga dan anime di Jepun. Ia juga telah disesuaikan ke dalam lima belas filem Minggu Golden, dengan yang pertama yang ditayangkan pada 17 April 1997. Sejak itu, siri filem ini berlanjutan dengan setiap tahun pasti ada satu siri filem ini ditayangkan di pawagam. Enam belas filem yang telah ditayangkan mendapat kedudukan 10 teratas box office pada tiap tahun masing-masing ditayangkan. Salah satu filem tersebut iaitu, The Raven Chaser filem Detektif Conan yang ketigabelas telah ditayangkan di seluruh tanah air Jepun pada 18 April 2009, dan mengaut ¥3.5 bilion merupakan filem yang paling terlaris dan tertinggi dalam siri ini. Di Malaysia 4 filem siri ini telah ditayangkan di Astro Ceria dan TV 3.
Di samping itu, sebelas video animasi asal (OVA) dan tiga belas siri episod siri drama dalam watak manusia sebenar iaitu Surat cabaran kepada Shinichi Kudo (工藤新一への挑戦状 Kudō Shin'ichi e no Chōsenjō?). Siri ini bermula siaran pada 7 Julai 2011 dan berakhir pada 29 September 2011 dan juga sedang bersiaran di Malaysia pada hari selasa pukul 6:30 petang hanya di TV 3. Sebelum siri ketiga drama ditayangkan telah dihasilkan dan berdasarkan plot tiga novel Detektif Conan.
Jilid kompilasi manga yang telah menjual lebih daripada 120 juta salinan di Jepun. Pada tahun 2001, manga telah dianugerahkan 46 Shogakukan Manga Award dalam kategori Shonen. Adaptasi anime telah mendapat sambutan dan kedudukan dalam dua puluh teratas dalam pemilihan Animage pada 1996 dan 2001. Dalam ranking anime TV Jepun, Detektif Conan sering menduduki antara lima anime yang tertinggi dan terbaik di Jepun. Kedua-dua manga dan anime mempunyai sambutan yang positif dari pengkritik untuk plot dan kes-kes itu.
Cerita berikut menyisahkan pengembaraan Shinichi Kudo, detektif muda yang luar biasa yang telah secara tidak sengaja berubah menjadi seorang kanak-kanak selepas mengalami keracunan.
Isi kandungan |
Pendahuluan Cerita [sunting]
Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Conan Edogawa. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Tokyo) terutamanya di Bandar Beika. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam (Organisasi Hitam). Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
Dengan mengikut nasihat Profesor Agasa (jiran sebelah rumah Shinichi) menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Conan Edogawa." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.
Bapa Ran, Kogoro Mouri juga seorang detektif tetapi tidak begitu cekap dan sering membuat rumusan yang salah. Conan sering menyelesaikan misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.
Watak yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko, Heiji Hattori pesaing dari Osaka-barat Jepun dan teman wanitanya Kazuha Toyama, kawan baik Ran iaitu Sonoko Suzuki, Kaito Kid perompak yang sangat licik, pencipta APTX 4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan Organisasi Hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Profesor Agasa dengan nama Ai Haibara), Masumi Sera, Subaru Okiya dan ahli Organisasi Hitam seperti Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Korn, Bourbon, dan ketuanya yang misteri bernama Anatoka.
Detektif Conan mengikut format sastera klasik tentang misteri pembunuhan seperti Kes Bilik Tertutup dan kes dengan suspek yang terhad. Ia juga merangkumkan dan menyimpulkan kes dalam cara yang sama.
Manga juga menyelitkan Ensiklopedia Detektif yang mempunyai banyak watak detektif, misteri, dan sastera jenayah serta filem seperti Sherlock Holmes, Hercule Poirot, Shunsaku Kudo , Kogoro Akechi, Arsène Lupin, Kōsuke Kinda'ichi, Nero Wolfe, Jules Maigret, dan banyak lagi.
Watak [sunting]
Watak utama [sunting]
-
- Shinichi Kudo (工藤 新一 Kudō Shin'ichi?)
- Suara Latar : Kappei Yamaguchi (Shinichi) dan Minami Takayama (Conan)
- Merupakan detektif berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Conan Edogawa (江戸川 コナン Edogawa Konan). Tinggal di No. 22, Jalan Chiyo, Beika. Pada awal kisah ini, Shinichi merupakan detektif sekolah tinggi yang terkenal. Dia selalu menolong polis di Bandar Tokyo untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang misteri. Akibat terminum sejenis dadah menyebabkan badannya mengecil sehingga bersaiz budak sekolah rendah.
-
- Ran Mouri (毛利 蘭 Mouri Ran?)
- Suara Latar : Wakana Yamazaki
- Ran merupakan sahabat baik Shinichi sejak kecil. Ran dan Shinichi tidak pernah berani mendedahkan perasaannya. Ran adalah anak seorang detektif, Kogoro Mouri, dan seorang peguam handal, Eri Kisaki. Sekarang Ran tinggal bersama ayahnya, Kogoro Mouri.
-
- Kogoro Mouri (毛利 小五郎 Mōri Kogorō?)
- Kogoro ialah bapa Ran, detektif persendirian yang tidak mahir. Dia pernah mengahwini Kisaki Eri, peguam berjaya, dan kini tinggal berasingan kerana sering bertelingkah. Walaupun agak kurang bertanggungjawab, dia amat menjaga anak perempuannya. Dia berkemahiran dalam menembak, pakar seni mempertahankan diri Judo, kuat minum dan peminat setia penyanyi Okino Yoko.
Watak sampingan [sunting]
-
- Hiroshi Agasa (阿笠 博士 Agasa Hiroshi?)
- Agasa Hiroshi, atau Agasa-hakase, yang bermaksud Profesor Agasa) – Seorang profesor yang agak cuai yang banyak mencipta alatan yang membantu Conan. Ciptaannya sering diketawakan oleh Shinichi. Jiran kepada Shinichi sejak kecil. Dia kini menjaga Haibara yang tinggal bersamanya. Dia sering membawa Pasukan Detektif Muda keluar bermain dan berkhemah maka bertindak sebagai penjaga mereka dalam ekspedisi mereka.
-
- Ai Haibara (灰原哀 Haibara Ai?)
- Nama gelaran Oragnisasi Hitam "Sherry" (シェリー) atau Shiho Miyano (宫 野 志 保 Miyano Shiho) – Merupakan bekas organisasi hitam yang mencipta sejenis dadah bernama APTX 4869, sejenis ubat yang mengecilkan Shinichi. Shiho mengkhianati organisasi itu selepas Gin membunuh kakaknya, Akemi Miyano. Shiho mengambil dadah tersebut dengan hasrat membunuh diri tetapi sebaliknya, seperti Shinichi, dia turut menjadi kecil. Dia dijaga oleh Profesor Agasa dan menjadi rakan dan pembantu Conan. Dia kini berusaha memperbaiki penawar APTX 4869 agar Conan dapat mendapatkan balik badan sebenarnya.
-
- Genta Kojima (小嶋元太 Kojima Genta?)
- Rakan Ayumi dan Mitsuhiko yang mendakwa dirinya sebagai ketua Pasukan Detektif Muda (少年探偵 Shōnen Tantei). Dia berbadan besar dan sering mendakwa dirinya betul tetapi turut mementingkan persahabatan. Amat meminati ikan belut panggang. Kelas 1B di Sekolah Rendah Teitan (bersama Mitsuhiko, Ayumi, Conan dan Haibara).
-
- Mitsuhiko Tsuburaya (円谷光彦 Tsuburaya Mitsuhiko?)
- Rakan Ayumi dan Genta yang minat dengan Ayumi dan Haibara. Pintar dan pandai menggunakan komputer. Dia selalu menunjukkan kefahaman pengetahuan am yang baik kerana banyak membaca buku pengetahuan sains. Ibu bapanya bekerja sebagai guru dan dia mempunyai seorang kakak.
-
- Ayumi Yoshida (吉田歩美 Yoshida Ayumi?)
- Seorang gadis kecil yang menjadi kawan Conan, Genta dan Mitsuhiko. Ayumi merupakan satu-satunya ahli perempuan dalam kumpulan mereka (sebelum kemasukan Haibara). Dia jatuh hati kepada Conan (yang membuatkan Conan tidak selesa kerana dia menyukai Ran). Kuat menangis. Dia orang pertama yang cuba berkawan dengan Haibara ketika Haibara baru memasuki sekolah mereka. Haibara hanya membenarkan Ayumi memanggilnya "Ai-chan" yang lebih mesra daripada panggilan ahli Pasukan Detektif Muda terhadapnya iaitu nama keluarganya, "Haibara-san".
-
- Heiji Hattori (毛利 小五郎 Hattori Heiji?)
- Anak kepada Ketua Inspektor(Superintenden) polis Osaka bernama Heizo dan seorang detektif seperti Shinichi. Dia kuat bersaing dengan Shinichi untuk membandingkan kehebatan deduksi mereka. Keupayaannya membuat kesimpulan tepat tidak kalah kepada Shinichi tetapi dia selalu bertindak lebih terburu-buru. Kulitnya hitam, ibu bapanya berkulit putih. Atuknya berkulit hitam sama seperti dia. Dia mengetahui identiti sebenar Conan dan sering membantunya menyembunyikan identiti sebenarnya daripada Ran. Dia juga suka kepada Kazuha anak kepada ketua polis di Osaka dan mereka berdua sering bertengkar atas perkara yang kecil. Kazuha juga merupakan cinta pertama Heiji sejak kecil. Heiji juga mahir dalam seni mempertahankan diri Kendo dan kedudukannya dalam pasukan Kendo adalah di tempat kelima.
- Tinggi: 182 cm
-
- Sonoko Suzuki (鈴木 園子 Suzuki Sonoko?)
- Kawan karib Ran. Dia anak orang kaya. Walaupun begitu, Sonoko berlagak seperti seorang gadis remaja biasa: minat dengan barang atau permainan baru, suka membeli-belah dengan Ran dan berminat kepada lelaki yang kacak. Teman lelakinya ialah Makoto Kyogoku. Sebelum dia menemui teman lelakinya dia kurang bernasib baik dalam hal cinta.
-
- Masumi Sera (鈴木 園子 Sera Masumi?)
- Seorang Detektif Sekolah Menegah Tinggi baru dipindahkan ke Sekolah Menengah Tiinggi Teitan juga sekelas bersama Ran dan Sonoko. Ia merupakan adik perempuan kepada Shuichi Akai.
-
- Kazuha Toyama (遠山 和葉 Tōyama Kazuha?)
- Anak ketua balai polis di Osaka. Dia mencintai Heiji walaupun mereka sering bergaduh dan dia tidak berani meluahkan isi hatinya. Pada mulanya, dia menyangka Shinichi seorang perempuan kerana terlalu cemburu (Heiji sering menceritakan tentang Shinichi kepadanya). Dia seorang ahli Aikido.
Pegawai polis [sunting]
- Inspektor Jyuuzo Megure (目暮 十三 Megure Jūzō; Inspektor Megure 目暮警部 Megure-keibu) - Seorang inspektor polis yang mendedahkan pembayang yang tidak diperasankan oleh Conan dan Kogoro Mouri. Kogoro pernah bekerja dibawahnya 10 tahun yang lalu. Dia jarang menanggalkan topinya kecuali pernah dilihat ketika dia diserang yang mendedahkan parut lamanya. Isterinya bernama Midori (dia hampir mati akibat dilanggar oleh seorang penjenayah yang menyerang pelajar sekolah tinggi berskirt panjang ketika menyamar untuk memerangkap penjenayah itu).
- Miwako Sato (佐藤 美和子 Satō Miwako) – Pegawai polis muda yang bekerja dengan Megure. Bapanya juga merupakan pegawai polis sebelum dibunuh ketika Sato hanya berusia enam tahun. Rakan lamanya, Matsuda terbunuh dalam satu letupan. Dia merupakan seorang yang tabah, berani, bersemangat dan popular di kalangan polis lelaki dalam unit yang sama. Dia pernah menghadiri 'pertemuan jodoh' dengan Inspektor Shiratori tetapi gagal. Dia jatuh cinta kepada Wataru Takagi.
- Wataru Takagi (高木 ワタル Takagi Wataru) – Seorang lagi pegawai yang bekerja dengan Megure dan teman wanitanya iaitu Miwako Sato. Dia sering digambarkan sebagai orang yang sering gementar tapi tidaklah tak berguna. Kebolehannya adalah mampu menganalisis suatu situasi dengan cepat dan mengambil keputusan yang cepat apabila semuanya telah diketahui.
- Shiratori Ninzaburo (白鳥 任三郎 Shiratori Ninzaburō) - Seorang inspektor yang berkaliber. Dia mula-mula ditunjukkan menjadi pesaing kepada Takagi untuk memikat Sato kerana Sato serupa dengan seorang budak perempuan yang dia sukakan dahulu. Kemudian, dia mengetahui bahawa guru kelas Conan, Cikgu Kobayashi, sebenarnya gadis tersebut dan tidak lagi mengganggu hubungan Takagi dengan Sato.
- Chiba - Seorang pegawai polis yang bekerja dengan Inspektor Megure. Dia seorang pegawai yang kuat makan. Dia jatuh cinta kepada Naeko Miike.
- Matsumoto Kiyonaga (松本 清長 Matsumoto Kiyonaga) - Pegawai berpangkat superitenden dan orang atasan Inspektor Megure. Mukanya yang garang serta parut atas mata kirinya menyebabkannya kelihatan sukar untuk didampingi. Parutnya disebabkan oleh pembunuh bersiri yang menggunakan pedang samurai ketika membuat siasatan.
- Yumi Miyamoto (宮本 由美 Miyamoto Yumi) - Seorang polis trafik dan kawan baik Sato. Dia sering menggalakkan perkembangan hubungan Sato dan Takagi. Dia telah mula rapat dengan anggota baru yang baru bernama Naeko Miike. Dia mempunyai bekas teman lelaki bernama Shuukichi Haneda.
- Naeko Miike (三池 苗子 Miike Naeko) - Seorang polis trafik yang baru berpindah ke Ibu Pejabat Polis Tokyo cawagan Trafik. Dia telah jatuh hati dengan seorang anggota polis juga rakan sekolah rendah bernama Chiba.
- Sango Yokomizo (横溝 参悟 Yokomizo Sango) - Yokomizo Sango pada asalnya ketua inspektor daerah Saitama, walaupun dia dipindahkan ke daerah Shizuoka tidak lama selepas. Walau bagaimanapun, beliau dan berkembar Jugo saudaranya, yang juga seorang inspektor polis dan kekal di Saitama, terus berhubung dan lebih membantu antara satu sama lain dalam kes-kes (dan juga tempatan yang tidak berkaitan) pelbagai. Ketika dahulu, Sango dan Jugo sering bermain dengan kanak-kanak lain berhampiran pantai. Kedua-dua adik-beradik itu sebenarnya takut berenang di lautan, tetapi manakala Jugo akan pergi dekat dengan air, Sango begitu takut bahawa dia tidak pernah meninggalkan bot.Oleh itu, Sango, walaupun sebagai seorang dewasa, tidak tahu bagaimana untuk berenang. Conan sering berjalan ke Yokomizo apabila dia jauh untuk pesta, atau percutian. Ia adalah membayangkan bahawa Sango adalah yang inspektor kepala bandar satu kaya, seperti yang dia sering adalah yang terlibat dalam sesuatu kes di hotel mewah, atau salah satu tempat-tempat percutian Sonoko Suzuki itu, serta rumah saudara-mara beliau. Beliau adalah juga ketua inspektor dalam kebanyakan kes yang melibatkan seorang pelakon yang terkenal atau pelakon, dan pada perayaan-perayaan yang banyak.
- Jugo Yokomizo (横溝 重悟 Yokomizo Juugo) - Jugo adalah adik Yokomizo Sango, yang juga seseorang inspektor. Kedua-dua telah memulakan kerjaya polis mereka di Saitama, tetapi beberapa lama kemudian Sango dipindahkan ke daerah Shizuoka. Walau bagaimanapun, mereka terus berhubung dan lebih membantu antara satu sama lain dalam kes-kes yang pelbagai (dan juga tempatan yang tidak berkaitan). Semasa kanak-kanak, Sango dan Jugo sering bermain dengan kanak-kanak lain berhampiran pantai. Kedua-dua adik-beradik itu sebenarnya takut berenang di lautan, tetapi manakala Jugo akan pergi dekat dengan air, Sango begitu takut bahawa dia tidak pernah meninggalkan bot. Oleh itu, Sango, walaupun sebagai seorang dewasa, tidak tahu bagaimana untuk berenang.
- Misao Yamamura (山村 ミサオ Yamamura Misao)- Inspektor muda yang cuai dan kurang berpengalaman dari daerah Gunma, dia amat beria-ia dalam kerjanya tetapi bersikap kebudak-budakan. Dia berkali-kali cuba memfilemkan proses deduksi Kogoro yang tidur tetapi selalu gagal. Sejak Conan membantunya menyelesaikan kes, Yamamura telah menjadi Inspektor.
- Heizo Hattori- Ketua Inspektor di Osaka. Ayah kepada Heiji Hattori.
- Ginzo Nakamori- Nakamori telah telah berurusan untuk menangkap Kid yang sejak dia mula-mula menyertai pasukan polis, tidak tahu bahawa dia telah telah berurusan dengan yang Kaitou Kid yang asal bernama Toichi Kuroba dan Kaitou Kid yang baru dan licik, anak Toichi, Kaito Kuroba adalah kawan rapat semenjak kecil iaitu Aoko merupakan anak perempuannya. Nakamori digunakan untuk menjadi inspektor polis homocide, tetapi memberikan yang memberi tumpuan masa yang lebih pada Kid tetapi gagal menangkapnya.
FBI [sunting]
- James Black (Ketua FBI untuk operasi menangkap Kumpulan Berbaju Hitam) - Menurut ke akaun sendiri James Black, beliau dilahirkan di London, England, di daerah Marylebone Westchester City (daerah yang sama di mana asal Baker Street terletak), sebelum beliau berpindah ke Chicago, membesar sebagai seorang warganegara Amerika. Conan tidak bertemu dengan Black lagi sehingga dia bertemu dengan Jodie Starling sekali lagi pada masa yang sama cuba untuk menyelamatkan seorang ahli politik yang popular dari percubaan pembunuhan oleh Organisasi Hitam. Pada masa ini bahawa kesetiaan Black dengan FBI telah diturunkan; Black adalah sebenarnya yang ketua operasi memburu yang bagi Pertubuhan di Jepun, dan Semenjak nubuatan ini, dia dan rakan-rakannya telah bekerja rapat dengan Conan bila-bila masa mereka sebab yang biasa akan membawa mereka bersama-sama.
- Shuichi Akai(Diberi kod nama Rye dalam organisasi berbaju hitam) Dia merupakan seorang ejen FBI yang licik. Kini dia menyamar sebagai seorang mahasiswa iaitu Subaru Okiya.
- Jodie Starling - Kira-kira dua puluh tahun yang lalu, apabila Jodie masih hanya seorang gadis kecil, Vermouth membunuh ibu bapanya, yang telah bekerja di Pertubuhan Hitam untuk FBI. Vermouth terkejut apabila mendapati beliau di rumahnya, dan selepas Jodie telah bertanya apa yang berlaku, vermouth memberitahunya menunggu oleh bapanya sehingga dia terjaga, dan bahawa "rahsia membuat seorang wanita wanita". Beliau kemudiannya menetapkan rumah dibakar, sekali gus memusnahkan apa-apa keterangan bahawa dia telah berada di sana, bersama-sama dengan mayat-mayat daripada ibu bapa Jodie dan mana-mana rekod tentang Organisasi Hitam. Mujurlah, Jodie telah memutuskan untuk berjalan jalan ke kedai untuk membeli ayahnya beberapa jus oren, dan telah dengan itu terselamat. Dia diletakkan di bawah perlindungan oleh FBI, walaupun dia menolak Program Perlindungan Saksi, dan akhirnya menjadi ejen FBI sendiri di bawah bimbingan dan naungan James Black. The kenang-kenangan dari masa lalu beliau yang hanya baki set gelas memakai beliau, yang pada asalnya kepunyaan ayahnya
- Andre Camel - Rakan sekerja bersama Jodie, Akai dan James
Organisasi Hitam [sunting]
(黒の組織 "Kuro no Soshiki" 'Organisasi Hitam')
- Gin-Seorang ahli organisasi yang berpangkat. Gin seorang yang pintar dan tangkas membuat kan dia sukar ditangkap. Dia juga seorang pembunuh yang kejam dan tidak pernah mengingati muka orang yang dia telah bunuh.
- Vodka-Orang bawahan Gin yang memangilnya "Abang" atau "boss".
- Vermouth-Perempuan yang gemar menunggang motor. Dia rakan kepada Yukiko semasa Yukiko menjadi pelakon lagi.
- Chianti
- Kir - Nama sebenarnya ialah Hidemi Hondo. Beliau memasuki Organisasi Hitam untuk mendapat maklumat rancangan organisasi tersebut.
- Korn
- Bourbon- Beliau adalah seorang mengintip yang dihantar baru-baru ini yang pakar dalam mencari maklumat dengan teliti. Dia membenci Shuichi Akai dan sebab-sebab tertentu tidak diketahui. Matlamat Bourbon sebenar iaitu membunuh Sherry (Ai Haibara), Mencari tempat persembunyian Akai Shuichi dan identiti sebenar Conan Edogawa. Identiti Bourbon teleh terbongkar iaitu Tooru Amuro. Dia tidak secekap Akai Shuuichi. Dia telah menyamar sebagai Akai muka berparut semasa rompakan di bank Touto dan kekecohan lelaki dipasang bom di pasaraya Haido.
- Tequila
- Pisco
Orang yang mengetahui identiti sebenar Conan [sunting]
Dalam manga dan anime [sunting]
- Hiroshi Agasa - Orang pertama yang diberitahu identiti sebenar Conan.
- Yusaku Kudo - Ayah Shinichi dan seorang penulis novel misteri. Profesor Agasa memberitahu ibu bapa Shinichi tentang masalah yang dihadapinya. Mereka kini tinggal di Amerika Syarikat.
- Heiji Hattori - Rahsia Conan dibongkar ketika cuba menggunakan Heiji untuk menyelesaikan satu kes.
- Ai Haibara -Merupakan salah seorang ahli Kumpulan Berpakaian Hitam,memberontak kerana Gin membunuh kakaknya Ai Haibara, kini tinggal di rumah Profesor Agasa.
- Akemi Miyano - Diberitahu identiti sebenar Conan sebelum meninggal dunia.
- Vermouth - Tidak memberitahu identiti sebenar Conan kepada Gin, walaupun tujuan sebenarnya belum dipastikan lagi.
- Eisuke Hondo- Dia mengetahui identiti Conan selepas kes pembunuhan di pusat karaoke (Episod 508). Dahulunya ialah rakan sekelas Mouri Ran sekarang bertugas sebagai ejen CIA.
- Subaru Okiya - Dia sebenarnya ialah Akai Shuichi yang tinggal di rumah Shinichi. Dia tahu identiti Conan apabila Conan menelefon Ran di rumah Shinichi (Episod 691).
Dalam filem sahaja [sunting]
- Kaitou Kid- Seorang pencuri yang licik yang digelari sebagai KID The Phantom Thief.
- Noah Ark (hanya dalam filem ke-enam)
- Irish - Anggota Organisasi Hitam, Watak dalam filem The Raven Chaser sahaja. Dibunuh oleh Chianti.
Orang yang hampir mengetahui Identiti Conan [sunting]
- Ran Mouri
- Wataru Takagi - Dia hampir mengetahui identiti Conan apabila terperangkap di dalam lif di Menara Touto dalam kes letupan bersiri.
- Masumi Sera
- Bourbon - Dia telah mengetahui Conan ialah "Kogoro Tertidur" dan mula mensyaki Conan bukan seorang kanak-kanak.
Staf utama dalam anime [sunting]
- Karya asal - Gosho Aoyama
- Pengarah - Yasuichiro Yamamoto
- Perancang - Michihiko Suwa
- Reka bentuk watak - Masatomo Sudo
- Pengarah seni - Junichi Higashi
- Pengarah kamera - Takahisa Ogawa
- Pengarah suara - Yasuo Uragami, Keiko Uragami
- Muzik - Katsuo Ono
- Pengeluar bersektutu - Mitomu Asai
- Penyunting video - Terumitsu Okada
- Penyunting cerita - Junichi Ioka
- Reka bentuk warna - Shigenobu Kaiho
- Memimpin pengeluaran - Seiko Terajima
- Ketua pengeluar - Michihiko Suwa (ytv/Yomiuri TV), Keichi Ishiyama (TMS/V1 Studio)
- Pengeluar - Konin Yonekura (ytv/Yomiuri TV)
- Syarikat pengeluar - ytv, TMS Entertainment
Lihat juga [sunting]
- Senarai manga Detektif Conan
- Senarai episod dalam siri Detektif Conan
- Senarai filem Detektif Conan
- Senarai muzik Detektif Conan
- Detektif Muda (Detektif Conan)
- Bandar Beika
- Lupin III vs Detektif Conan
Info [sunting]
- Setakat 27 September 2006, Detektif Conan telah mencapai jumlah penonton kedua tertinggi dalam slot "TV3 Kids" dengan anggaran jumlah penonton sebanyak 435 000 berdasarkan sumber Penyelidikan Media AGB Nielsen [1].
- Di Amerika Utara,FUNimation, pengedar anime ini di benua tersebut, terpaksa menukar tajuk siri ini menjadi Case Closed gara-gara isu undang-undang berkenaan nama "Conan" (seperti yang dipakai oleh Conan the Barbarian, sungguhpun Conan juga dijadikan nama orang seperti Conan O'Brien). Siri ini sambutan paling hangat di benua tersebut.
Rujukan [sunting]
- ↑ Wiki Rasmi Detektif Conan(Inggeris)
- ↑ Berita Detektif Conan(Bahasa Jepun)
- ↑ Filem Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea(Bahasa Jepun)
Pautan luar [sunting]
- Laman sesawang rasmi Shonen Sunday (Detektif Conan) (Bahasa Jepun)
- Laman sesawang rasmi Yomiuri TV (Detektif Conan) (Bahasa Jepun)
- Laman sesawang rasmi Filem Detektif Conan (Bahasa Jepun)
- Facebook rasmi Filem Detektif Conan (Bahasa Jepun)
- Twitter rasmi Filem Detektif Conan (Bahasa Jepun)
- Twitter rasmi Conan Edogawa (Bahasa Jepun)
- Laman sesawang Animax Jepun - Detektif Conan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
