Senarai watak Upin & Ipin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berikut ialah nama, pelakon suara dan huraian bagi setiap watak dalam siri Upin & Ipin (sesetengahnya juga dipaparkan dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula).[sunting | sunting sumber]

Upin dan Ipin[sunting | sunting sumber]

Upin dan Ipin (lakonan suara Nur Fathiah Diaz (musim 1–3), Asyiela Putri (musim 4–sekarang) ) ialah sepasang adik-beradik kembar lelaki Melayu yang tinggal bersama kakak dan opah mereka di sebuah rumah kampung yang terletak di Kampung Durian Runtuh. Mereka berdua telah kehilangan kedua-dua ibu bapa sewaktu kecil (seperti dinyatakan dalam episod Hari Raya dan Istimewa Hari Ibu).[sunting | sunting sumber]

Sebagai panduan membezakan kembar yang berkepala botak ini, Upin ada sehelai rambut berlilit pada kepalanya dan berbaju kuning yang tertulis huruf U padanya. Manakala Ipin pula botak licin dan berbaju biru yang tertulis huruf I serta memakai kain merah pada lehernya.

Upin seorang yang memandang serius peranannya sebagai abang kepada Ipin. Upin juga lebih pandai bersuara dan menjadi dalang utama di sebalik gelagat-gelagat nakal yang dilakukannya dan kawan-kawannya. Ipin cenderung untuk mengulang satu-satu perkataan tiga kali dalam ayatnya, khususnya "Betul, betul, betul" dan gemar memakan paha ayam goreng . Ipin juga lebih periang dan pandai dalam pembelajaran berbanding Upin.

Keluarga Upin dan Ipin[sunting | sunting sumber]

Kak Ros[sunting | sunting sumber]

Kak Ros (Noor Ezdiani Ahmad Fauwzi [musim 1]; Ida Shaheera [musim 2]) ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mengambil kesempatan untuk mempermainkan adik-adiknya.

Opah[sunting | sunting sumber]

Mak Uda (Hjh. Ainon Ariff) ialah nenek (lebih dipanggil sebagai Opah) kepada Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati murni dan lebih berlemah-lembut kepada Upin dan Ipin berbanding Ros. Dia adalah bijaksana mengenai hal-ehwal duniawi dan keagamaan.

Murid-murid Tadika Mesra[sunting | sunting sumber]

Jarjit Singh[sunting | sunting sumber]

Jarjit (Mohd Shafiq Mohd Isa) ialah seorang kanak-kanak lelaki berketurunan India Punjabi. Meskpiun sebaya usianya dengan rakan-rakan sekelas yang lain tetapi suaranya garau seolah-olah dewasa. Jarjit juga dikenali kerana kepandaian berjenaka dan berpantun, khususnya pantun dua baris yang bermula dengan "Dua tiga". Ketika diperkenalkan dulu, Jarjit seolah-olah disisihkan ketika cuba menyertai permainan orang lain, tetapi lama-kelamaan rakan-rakannya membiasakan diri dengan gelagat Jarjit ketika bermain.

Fizi[sunting | sunting sumber]

Muhammad Al-Hafezzy (Ida Rahayu Yusoff), atau lebih mesra dikenali sebagai Fizi, adalah seorang jiran kepada Upin dan Ipin. Dia bersifat penuh keyakinan dan amat dimanjakan ibu bapanya. Kadang-kala dia kelihatan suka bercakap besar dan mengejek, terutamanya memanggil Ehsan dengan jolokan "Intan Payung" yang sering dipanggil oleh bapa Ehsan. Sesekali Fizi didapati menunjukkan sikap mengecut, tetapi sebenarnya baik hati dan mesra orangnya.

Ehsan[sunting | sunting sumber]

Ehsan bin Azzarudin (Mohd. Syahmi Abdul Hamid (musim 1-4), Fareez (musim 5)) ialah kawan akrab Fizi yang tinggal bersebelahan sahaja. Dia juga menyandang jawatan "ketua kelas" dalam bilik darjah Upin dan Ipin di tadika, dengan beralaskan bowtie pada pakaian sekolahnya sebagai bukti. Meskipun suka menyepi, cemerkap dan cerewet pasal gaya, dia tetap seorang kawan setia. Fizi gemar mengejeknya dengan gelaran "Intan Payung" kerana terdengar bapa Ehsan memanggilnya sebegitu.

Mei Mei[sunting | sunting sumber]

Xiao Mei Mei (Yap Ee Jean (musim 1-3), Tang Ying Sowk (musim 3-)), adalah yang comel, sopan, rajin, dan waras sekali pemikirannya di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dalam musim pertama Upin & Ipin, sungguhpun berketurunan Cina dan bukan beragama Islam, Mei Mei sempat mengingatkan Upin dan Ipin agar 'tidak membangkitkan kemurkaan Tuhan mereka' dengan berponteng puasa.

Ismail bin Mail[sunting | sunting sumber]

Mail (Muhd Hasrul bin Isa) adalah yang paling rajin di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin, bukan sahaja di sekolah, bahkan juga gigih mencari rezeki dengan membantu ibunya di gerai ayam goreng. Adakalanya dia juga melibatkan diri dalam gelagat nakal adik beradik kembar ini tetapi gopoh-gapah dan sukar memberi tumpuan. Mail diperkenalkan dalam siri Setahun Kemudian, ketika dia sukar hendak menunaikan puasa walaupun sudah cukup umur, tetapi dia juga membantu ibunya menjual makanan di Pasar Ramadan. Akhirnya dia berpuasa juga semenjak episod Berpuasa bersama Kawan Baru.

Susanti[sunting | sunting sumber]

Susanti (Sarah Nadhirah Azman) ialah kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dalam sebuah keluarga berada yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Pertama kali dilihat di episod Berpuasa Bersama Kawan Baru. Ketika beraya di Kampung Durian Runtuh, Susanti dapat berhubung dengan keluarganya.Tetapi sekarang telah muncul sebagai watak kekal dan hanya sesetengah episod sahaja Susanti muncul.

Dzul dan Ijat[sunting | sunting sumber]

Dzul (Muhd Amirul Zarizan) & Ijat (Muhammad Izzat Ngathiman) ialah dua orang rakan sekelas Upin dan Ipin yang tidak jarang dilihat berdampingan. Ijat tidak pandai berkata-kata, jadi dia memerlukan bantuan Dzul untuk "menterjemah" kata-katanya.

Devi[sunting | sunting sumber]

Devi (Maheswary Mohan) ialah kanak-kanak perempuan berbangsa India yang sama tadika dengan Upin dan Ipin. Walaupun tidak rapat dengan mereka berdua, namun Devi berkawan karib dengan Mei Mei.

Tenaga pengajar Tadika Mesra[sunting | sunting sumber]

Cikgu Jasmin[sunting | sunting sumber]

Cikgu Jasmin (Jasmin Ally) ialah guru kelas Upin dan Ipin dan kawan-kawan di tadika, sehingga episod "Terima Kasih Cikgu" di musim keenam apabila dia terpaksa balik ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar di Universiti.

Cikgu Melati[sunting | sunting sumber]

Cikgu Melati ialah guru kelas baru Upin dan Ipin yang periang,cantik dan comel yang menggantikan cikgu Jasmin mulai episod "Terima Kasih Cikgu".

Cikgu Besar[sunting | sunting sumber]

Guru besar Tadika Mesra walaupun garang, tetapi prihatin dengan murid-murid tadika. Kemunculan pertamanya dalam episod musim kelima, "Garang ke Sayang".

Para penduduk Kampung Durian Runtuh yang lain[sunting | sunting sumber]

Tok Dalang[sunting | sunting sumber]

Senin bin Khamis, atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang (Abu Shafian Abdul Hamid (musim 1-4), Haji Burhanuddin Radzi (musim 5-)) ialah ketua penghulu Kampung Durian Runtuh dan pakar wayang kulit yang berkali-kali menjuarai pertandingan wayang kulit (seperti yang dilihat pada himpunan piala di rumahnya). Seperti Opah, Tok Dalang banyak meminta pertolongan Upin, Ipin dan kawan-kawan, di samping memberi nasihat kepada mereka. Tok Dalang ada beberapa batang pokok rambutan untuk dijual buahnya, dan seekor ayam jantan peliharaan bernama Rembo. Ahli keluarga Tok Dalang yang dikenali termasuk Tajol yang berumah tangga di bandar, dan dari Tajol ini lahirlah cucu Tok Dalang iaitu Badrol (seorang watak utama Geng Upin dan Ipin

Muthu[sunting | sunting sumber]

Muthu (Mohd Shafiq Mohd Isa), disapa sebagai Uncle Muthu oleh muda-mudi di kampung, ialah seorang pegerai makanan Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Antara makanan dan minuman yang dihidangkan di gerainya ialah nasi dagang, nasi goreng, nasi ayam, teh tarik, Milo dan sebagainya; dalam erti kata lain tidak banyak bezanya gerai Muthu dengan gerai mamak yang dijumpai di bandar.

Rajoo[sunting | sunting sumber]

Rajoo (Kannan a/l Rajan) ialah anak lelaki kepada Muthu seorang kawan karib Upin dan Ipin yang lima tahun lebih tua berbanding adik-beradik kembar itu oleh itu seolah-olah menjadi abang kepada mereka. Dalam filem Geng, Rajoo dikenali kerana memiliki kebolehan istimewa iaitu berkomunikasi dengan haiwan, apatah lagi menjadi penterjemah untuk Oopet. Rajoo membela seekor lembu jantan bernama Sapy yang juga dijadikan alat pengangkutan peribadinya.

Salleh[sunting | sunting sumber]

Salleh atau Sally (Ros Hasrol Ahmad-) terkenal sebagai lelaki lembut yang lantang dan sinis. Dalam siri TV Upin & Ipin, dia dilihat bertukar pekerjaan, baik sebagai pustakawan dalam perpustakaan bergerak (dalam episod "Seronoknya Membaca") mahupun peniaga Internet (dalam "Jari Jemari Salleh"). Dalam filem Geng, Salleh bersekongkol dengan watak jahat Pak Mail dan Singh untuk menculik makhluk pelik (ibu Oopet) demi keuntungan.

Ah Tong[sunting | sunting sumber]

Ah Tong (Mohd Shafiq Mohd Isa):Seorang pedagang yang berpakaian serba merah dan bercakap dengan pelat Cina yang kuat. Dalam siri TV Upin & Ipin, dia dilihat dalam episod Ambil Galah Tolong Tunjukkan di mana dia membeli rambutan dari Upin, Ipin dan kawan-kawannya.

Azzarudin[sunting | sunting sumber]

Azzarudin ialah bapa kepada Ehsan. Kali pertama dia dilihat adalah di episod Juara Kampung (bhg 1), di mana dia bermain badminton bersama Ehsan. Dia juga dapat dilihat sekilas dan suaranya terdengar dalam episod Zakat Fitrah.


Ustaz Hamzah[sunting | sunting sumber]

Ustaz Hamzah merupakan pengajar mengaji al-Qur'an yang diperkenalkan dalam episod musim keenam, "Iqra'".