Sia (dewa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Af atau Afu (biasanya dikenali sebagai Afu-Ra), bentuk Ra berkepala bebiri di Duat menyusuri Sungai Nil alam ghaib (12 jam waktu malam dan alam ghaib) dengan bahtera Mesektet bersama-sama dengan Sia (kiri dan depan bahtera) dan Heka (kanan dan belakang bahtera), dikelilingi oleh dewa ular pelindung, Mehen.

Sia atau Saa, seorang dewa Mesir purba bagi persepsi atau kesedaran. Dia berasal dari kepercayaan Heliopolis tentang bagaimana alam semesta dicipta oleh para Ennead, dan mungkin serupa dengan daya intelek jantung Ptah dalam kepercayaan Memphis.[1] Dia juga berkaitan dengan penulisan dan sering ditunjukkan dalam bentuk antropomorfik[2] memegang kertas papirus. Papirus ini dipercayai mengandungi pencapaian intelektual.[3]

Atum dikatakan telah mencipta dua dewa, Sia dan Hu, daripada darahnya yang tertumpah semasa memotong zakarnya sendiri, mungkin merujuk kepada berkhatan.[4]

Sia digambarkan berdiri di atas bahtera matahari semasa perjalanan malamnya dalam teks-teks tentang alam ghaib dan hiasan kubur dari zaman Kerajaan Baru,[5] bersama-sama Hu, yang mewakili kuasa pertuturan, dan Heka, dewa sihir. Dewa-dewa ini dilihat sebagai kuasa-kuasa istimewa yang membantu sang pencipta. Walaupun Heka mempunyai kultus sendiri, Sia tiada.[6]

Hieroglif: Sia[sunting | sunting sumber]

Sia
dalam hieroglif
N39
A2
 
atau
 
Z2ss
A2
 
atau
 
S32
A2

Sia (hieroglif) juga digunakan sebagai lambang "mencerapi", "mengetahui" atau "menyedari".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses, George Hart ISBN 0-415-34495-6
  2. ^ The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt, Wilkinson ISBN 0-500-05120-8
  3. ^ The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses, George Hart ISBN 0-415-34495-6
  4. ^ The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses, George Hart ISBN 0-415-34495-6
  5. ^ The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt, Wilkinson ISBN 0-500-05120-8
  6. ^ Conceptions of God in Ancient Egypt: The One and the Many, Hornung m/s. 76