Heqet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Heqet
HaiwanKatak
JantinaPerempuan
PasanganKhnum

Heqet (bahasa Mesir ḥqt, juga "Heqtit"), kadangkala dieja Heket, ialah dewi kesuburan Mesir yang sama dengan Hathor dan mempunyai rupa katak.[1] Bagi orang Mesir, katak merupakan simbol kesuburan sejak dahulu lagi, berkait rapat kerana Sungai Nil yang banjir setiap tahun. Heqet asalnya dewi yang sejawat dengan Khnum, atau isteri Khnum yang dengannya menjadi ibu Her-ur.[2] Ada yang mencadangkan namanya asal usul nama Hecate, dewi sihir Yunani.

Nama[sunting | sunting sumber]

Namanya ditulis sebagai ḥqt dengan determinatif "katak" (I7).[3] Ejaan fonetiknya boleh menggunakan hieroglif bandungan ḥq (S38) menggantikan tunggal (V28). Bentuk alternatif ḥqtyt menambah akhiran feminin, serta ditulis bersama determinatif "telur" (H8) untuk menekankan dewi ini perempuan.[2] Sebutan namanya dalam zaman Mesir Tengah mungkin hampir dengan /ħaˈqaːtat/, dan telah dianjurkan (antara kemungkinan lain) sebagai asal usul nama dewi Hecate Yunani (Ἑκάτη).[4]

Pemujaan[sunting | sunting sumber]

Kultusnya bermula paling awal setidaknya pada Zaman Dinasti Awal. Namanya sebahagian daripada nama beberapa orang bangsawan Dinasti Kedua yang dikebumikan di Helwan, seperti putera Nisuheqet, dan disebut pada stele Wepemnofret dan dalam Teks Piramid. Patung-patung katak dari dinasti awal ini sering dianggap gambarannya.[5]

Heqet dianggap isteri Khnum, yang membentukkan tubuh anak-anak baru di atas mesin tembikarnya.[6]

Dalam mitos Osiris, Heqetlah yang meniupkan nafas kehidupan ke dalam tubuh baru Horus semasa lahir, kerana dia adalah dewi detik-detik terakhir kelahiran. Apabila kelahiran Horus semakin dikaitkan dengan kebangkitan Osiris, peranan Heqet semakin berkait rapat dengan konsep kebangkitan. Akhirnya, azimat yang menggambarkan dia biasa ditulis Akulah kebangkitan dalam era Kristian bersama-sama dengan simbol salib dan biri-biri.[7]

Sebuah kuil yang didedikasikan untuk Horus dan Heqet dari Zaman Ptolemaik ditemui di Qus.[8][9]

Sebagai dewi kesuburan dan amat dikaitkan dengan peringkat terakhir banjir Sungai Nil, begitu juga dengan percambahan tanaman, dia dikaitkan dengan peringkat akhir bersalin. Kaitan ini nampaknya muncul semasa Kerajaan Pertengahan, dan dia mendapat gelaran Dia yang mempercepatkan kelahiran (sila rujuk peranan Heqet dalam kisah Kelahiran Anak Diraja daripada Papirus Westcar).[10] Azimat katak yang menggambarkan Heqet mungkin dipakai oleh wanita semasa bersalin supaya mudah bersalin.[11][12]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Armour, Robert A. (2001). Gods and Myths of Ancient Egypt. American University in Cairo Press. m/s. 116.
  2. ^ a b "Katak nampaknya telah disembah pada zaman primitif amnya sebagai simbol keturunan, kelahiran dan kesuburan; dewi katak Ḥeqet atau Ḥeqtit dipadankan dengan Hathor, dan pada asalnya adalah teman sejawat Khnum, yang dengannya dia menjadi ibu kepada Heru-ur. Kepurbaan kultus katak dibuktikan dengan fakta bahawa setiap daripada empat dewa purba, Ḥeḥ, Kek, Nāu dan Amen digambarkan dengan kepala katak, sementara pasangan wanitanya berkepala ular. Kultus katak merupakan antara kultus tertua di Mesir, dan dewa-dewi Katak dipercayai memainkan peranan penting dalam penciptaan dunia." E. A. Wallis Budge, The Gods of the Egyptians: Or, Studies in Egyptian Mythology jil. 2 (1904), hlm. 378. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Budge378" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Erman, Johann Peter Adolf; Grapow, Hermann, penyunting (1971). Wörterbuch der aegyptischen Sprache im Auftrage der deutschen Akademien. Berlin: Akademie-Verlag GmbH. m/s. 169.10.
  4. ^ McKechnie, Paul, and Philippe Guillaume. Ptolemy II Philadelphus and His World. Leiden: Brill, 2008. page 133.
  5. ^ Wilkinson, Toby A. H. (1999). Early Dynastic Egypt. Routledge. m/s. 286.
  6. ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. p. 229
  7. ^ Shier, Louise A. (1972). The Frog on Lamps from Karanis. Medieval and Middle Eastern Studies. Brill. m/s. 357. ISBN 9004034064.
  8. ^ Porter, Bertha and Moss, Rosalind. Topographical Bibliography of Ancient Egyptian Hieroglyphic Texts, Reliefs and Paintings, V Upper Egypt: Sites (Volume 5). Griffith Institute. 2004.
  9. ^ Wilkinson, Richard H., The Complete Temples of Ancient Egypt, Thames and Hudson, 2000, pp 152, ISBN 0-500-05100-3
  10. ^ Lichtheim, M. (1973). Ancient Egyptian Literature. 1. m/s. 220.
  11. ^ "Frog Amulet". The Cleveland Museum of Art. 30 October 2018. Dicapai pada 4 November 2021.
  12. ^ Capel, A. K.; Markoe, G. E., penyunting (1996). Mistress of the House, Mistress of Heaven. Hudson Hills Press. m/s. 72. ISBN 1-55595-129-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]