Wosret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wosret
Imej Wosret dengan tongkat dan cokmar was di kepalanya.
Imej Wosret dengan tongkat dan cokmar was di kepalanya.
Pusat kultus utamaThebes
Maklumat peribadi
IsteriAmun

Wosret, Waset atau Wosiet yang bermaksud "perempuan yang berkuasa" ialah seorang dewi Mesir yang pemujaannya berpusat di Thebes, Mesir Hulu, dan namanya sama dengan nama bandar itu dalam bahasa Mesir purba, Waset. Dia seorang dewi kecil tetapi tiga firaun semasa Dinasti Kedua Belas memasukkan namanya ke dalam nama mereka: Senwosret, atau Senusret, bermaksud "lelaki Sang Wosret".[1]

Worsret jarang digambarkan dan tiada kuil untuknya pernah dikenal pasti. Apabila dia digambarkan, dia memakai mahkota tinggi dengan cokmar Was "kuasa" (berkait dengan namanya) di atas kepalanya dan membawa senjata lain seperti lembing, busur dan anak panah.[1]

Dia isteri pertama Amun (John Ray memanggilnya "gadis rumah sebelah dalam teologi"), dan digantikan oleh Mut, namun ada kemungkinan Mut hanyalah nama yang terkemudian untuk Wosret.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Richard H. Wilkinson (2003). The complete gods and goddesses of ancient Egypt. Internet Archive. Thames & Hudson. m/s. 169. ISBN 978-0-500-05120-7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Ray, John Reflections of Osiris: lives from ancient Egypt p.28

Media[sunting | sunting sumber]

Wosret (kanan) digambarkan pada stele Hatshepsut dan Thutmose III