Aaru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran Aaru dalam karya seni Mesir kuno, dari Dair al-Madinah.

Aaru (/ɑːˈr/; bahasa Mesir: jꜣrw, lit. mensiang), atau Ladang Mensiang (sḫt-jꜣrw, sekhet-aaru), ialah nama syurga dan kayangan dalam mitologi Mesir purba. Ia diperintah oleh Osiris, seorang dewa Mesir purba, dan dipercayai ialah jiwa Delta Nil.

Orang Mesir Purba percaya bahawa roh berada di dalam jantung, dan setiap individu akan menjalani proses "Penimbangan Jantung" di akhirat; setiap jantung manusia ditimbang pada neraca gergasi dengan bulu burung unta yang mewakili Maat, dewi kebenaran. Semua roh yang jantungnya sama berat atau lebih ringan daripada bulu itu akan dibenarkan untuk memulakan perjalanan yang panjang dan berbahaya ke Aaru, di mana mereka akan tinggal aman dan senang selama-lamanya. Akan tetapi, jantung yang berat dengan kejahatan akan jatuh ke dalam mulut Ammit, dewi bermulut buaya. Mana-mana roh yang dibaham "kematian kedua" Ammit tidak akan aman selamanya di dalam Duat.[1]

Sennedjem membajak ladangnya dengan sepasang lembu, digunakan sebagai haiwan tenaga kerja dan sumber makanan, gambaran Aaru dari Dayr al-Madīnah.
Gambaran "Ladang Mensiang" dalam Papirus Ani, kini berada di Muzium British.

Roh-roh yang layak memulakan perjalanan panjangnya akan berdepan dengan banyak bahaya sebelum sampai ke Aaru. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka akan memasuki beberapa gerbang—bilangan tepat berbeza mengikut sumber, antara 15 pintu dan 21 pintu. Setiap gerbang dikawal oleh dewa dan syaitan jahat, dan jika si mati melalui gerbang yang terakhir, mereka akan didayung seberang air ke pantai Ladang Mensiang.[2]

Aaru biasanya dikatakan berada di timur, tempat matahari terbit, dan mempunyai ladang mesiang yang tidak terbatas, seperti di Delta Nil. Akibatnya, kawasan memburu dan pertanian ideal ini membolehkan roh-roh yang layak untuk hidup selama-lamanya; lebih tepat lagi, Aaru dibayangkan sebagai gugusan pulau yang dilitupi padang mensiang. Tempat Osiris tinggal kadangkala dikenali sebagai "ladang persembahan" (sḫt-ḥtpt).

Dewa-dewi di Aaru[sunting | sunting sumber]

Ani membuat persembahan kepada dewa-dewi berkepala kelinci, ular dan lembu jantan, di belakangnya isterinya Thuthu.[3]
Ani membuat persembahan kepada dewa-dewi berkepala kelinci, ular dan lembu jantan, di belakangnya isterinya Thuthu.[3]

Aaru juga kediaman pelbagai dewa yang disembah oleh si mati. Jadi, si mati hidup selama-lamanya dalam kalangan dan bersama para dewa,[2] diperintah oleh dewa utamanya, Osiris. Si mati dapat makan dan minum juadah yang sama dimakan oleh dewa-dewa mereka.

Dua "mantera gerbang". Pada baris teratas, Ani dan isterinya menghadapi "tujuh gerbang Rumah Osiris". Di bawah, mereka menemui sepuluh daripada 21 "lawang misteri Rumah Osiris di Ladang Mensiang". Semuanya dijaga oleh penjaga yang tidak mesra.[4]

Dewi-dewi 21 Lawang Rahsia Rumah Agam Osiris di Ladang Mensiang[sunting | sunting sumber]

Lawang Nama Portal sebagai Dewi Dewa penjaga
1 "Dewi Gementar" "Ngeri"
2 "Dewi Langit" "Lahir Dari Buritan"
3 "Dewi Mazbah" "Pembasmi"
4 "Berkuasa Akan Pisau" "Lembu Jantan Bertanduk Panjang"
5 "Yang Berapi-api" "Pembunuh Lawan"
6 "Dewi Kegelapan" "Pemusnah"
7 "Penyelubung Sang Lesu (Osiris)" "Ikenti"
8 "Penyala Api – Pemadam Haba" "Pelindung Tubuhnya"
9 "Terutama" "Penangkap Unggas"
10 "Suara Nyaring" atau "Pintu Berganda Tinggi" "Pendakap Hebat"
11 "Tidak Berhenti Memisau – Pembakar Pemberontak" "Gerau Perapiannya"
12 "Diseru Oleh Dua Negerinya" "Kucing"
13 "Dia Di Atas Siapa Osiris (atau: Isis, Ennead) Melapangkan Lengannya" "Pemusnah Perompak"
14 "Dewi Kemarahan – Menari Atas Darah" "Pemekik"
15 "Hebat Dalam Keperkasaan" "Waspada Dengan Muka"
16 "Angker" "Pandai Dalam Menunduk"
17 "Hebat Di Ufuk" "Semangat"
18 "Pencinta Haba" "Diurapi"
19 "Dia yang Meramalkan Pagi Sepanjang Hayatnya -

Pemilik Tulisan-tulisan Thoth"

tanpa nama
20 "Penghuni Dalam Gua Tuhannya" tanpa nama
21 "Pengasah Batu Api Untuk Bercakap Untuknya" "Zirafah" ("Memy")

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

  • Aaru muncul dalam episod "Asylum" siri Disney+ Moon Knight (2022) di mana Taweret menimbang hati Marc Spector dan alternya Steven Grant pada Neraca Keadilan untuk menentukan sama ada mereka akan dibenarkan memasuki Ladang Mensiang, yang Marc berjaya capai.
  • Dalam Assassin's Creed Origins, Aaru ialah aspek syurgawi dalam permainan itu.
  • Dalam permainan Genshin Impact, terdapat sebuah kampung kecil di dalam padang pasir timur wilayah Sumeru yang dikenali sebagai Kampung Aaru, dibina oleh penduduk kota kuno yang pernah diperintah oleh Raja Desyret, Raja Merah Menyala, dan salah satu daripada tiga dewaraja Sumeru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fadl, Ayman. "Egyptian Heaven". Article. Aldokkan. Dicapai pada 2012-03-15.
  2. ^ a b Mark, Joshua J. "Field of Reeds (Aaru)". World History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-20. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ {https://www.gutenberg.org/files/11277/11277-h/11277-h.htm}
  4. ^ Taylor 2010, p.143

Bibliografi[sunting | sunting sumber]