Shed (dewa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shed
Azimat dengan Shed menangkap haiwan berbahaya.[1]

Shed ialah seorang dewa dalam agama Mesir purba. Dia banyak dipanggil "Si Penyelamat" dan mula dicatat selepas Zaman Amarna.[2] Shed ialah jelmaan konsep penyelamatan dan dikaitkan dengan Horus, khususnya Horus Anak.[3] Daripada dipuja secara rasmi di kuil atau dalam sebuah kultus sebenar, dia nampaknya dewa yang orang biasa Mesir dahulu harapkan untuk menyelamatkan mereka daripada penyakit, kemalangan atau bahaya.[4] Dia ditunjukkan pada Stele Metternich mengalahkan bahaya dalam bentuk ular, kala jengking dan buaya.[5] Bilangan orang dengan nama "Penyelamat" meningkat semasa zaman Amarna, menunjukkan keteguhan rakyat dengan kepercayaan mereka sebagai tindak balas terhadap percubaan Akhenaten untuk mengharamkan agama purba Mesir. Shed juga telah dilihat sebagai satu bentuk seorang dewa Kanaan, Resheph.[6]

Shed digambarkan sebagai seorang putera muda mengalahkan ular, singa dan buaya.[7]

Shed dianggap sebagai seorang penyelamat, penolong golongan yang memerlukannya apabila bantuan pihak berkuasa negeri atau raja tidak tiba. Harapan bantuan dewa bahkan boleh termasuk untuk menyelamatkan seseorang daripada alam barzakh, malah untuk menyediakan pengganti, dan memanjangkan hayat seseorang di dunia ini. Semasa Kerajaan Baru, Shed "si penyelamat" diseru pada banyak stela oleh orang yang mencari pertolongan atau memuji dia untuk mendapatkan bantuan.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. p. 135
  2. ^ Shaw, Ian (2003). The Oxford History of Ancient Egypt. OUP Oxford. m/s. 306. ISBN 978-0-19-160462-1.
  3. ^ Morkot, Robert (2005). The Egyptians: An Introduction. Psychology Press. m/s. 210. ISBN 978-0-415-27104-2.
  4. ^ Bard, Kathryn (2005). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. m/s. 610. ISBN 978-1-134-66525-9.
  5. ^ Hornung, Erik (2001). The Secret Lore of Egypt: Its Impact on the West. Cornell University Press. m/s. 56. ISBN 978-0-8014-3847-9.
  6. ^ The Oxford Guide: Essential Guide to Egyptian Mythology, peny. Donald B. Redford, hlm. 120 & 312, Routledge, 2003, ISBN 0-425-19096-X
  7. ^ Harris, Geraldine (2004). Egyptian Mythology: A Guide to the Gods, Goddesses, and Traditions of Ancient Egypt. Oxford University Press. m/s. 195. ISBN 978-0-19-517024-5.
  8. ^ Conceptions of God in Ancient Egypt, Erik Hornung, hlm. 211–212, eds. 1996, Cornell University Press, ISBN 0-8014-8384-0