Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan
Hangul 남북정상회담 (Selatan)
Hanja 南北頂上會談
Perumian Semakan Nambuk Jeongsanghoedam
McCune–Reischauer Nambuk Ch'ŏngsanghoedam
Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan
Chosŏn'gŭl 북남수뇌상봉 (Utara)
Hancha 北南首腦相逢
McCune–Reischauer Buknam Sunoesangbong
Perumian Semakan Bungnam Sunoesangbong

Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan ialah satu siri persidangan antara pemimpin masing-masing negara Korea Utara dan Korea Selatan. Kerajaan Korea Selatan selama ini menegaskan keperluan diadakannya sidang kemuncak antara dua Korea yang diakuinya sebagai penting untuk menyelesaikan isu rancangan nuklear Korea Utara dan menjalinkan hubungan antara dua Korea ini.

Pada Sidang Kemuncak yang pertama, pemimpin Korea utara bertemu dengan Presiden Korea Selatan pada Jun 2000 di Pyongyang.

Oleh sebab pihak Korea Utara memberi maklum balas yang memberangsangkan, kedua-dua Korea mencapai persetujuan pada 5 Ogos 2007, pada Sidang Kemuncak Ke-2. Sidang Kemuncak Ke-2 ini mula-mulanya dirancangkan untuk diadakan di Pyongyang pada 28–29 Ogos. Bagaimanapun, akibat berlakunya banjir di Korea Utara, sidang ini ditunda ke 2–4 Oktober. Menuruti persetujuan antara Presiden Republik Korea Roh Moo-hyun dan Kim Jong Il, Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Negara Republik Rakyat DemokratikKorea, Presiden Roh mengunjungi Pyongyang dari 2–4 Oktober 2007.


Sidang Kemuncak Pertama (13–15 Jun 2000)[sunting | sunting sumber]

Menurut Deklarasi Bersama Utara Selatan yang timbul daripada sidang kemuncak yang pertama, rundingan tahap asas kementerian dan ketenteraan Uatara-Selatan diadakan empat kali di Pyongyang, Seoul dan Pulau Jeju dari Julai hingga Disember 2000. Ini juga melibatkan rundingan Palang Merah Utara-Selatan (tiga kali) dan perhubungan asas untuk kerjasama ekonomi Utara dan Selatan (beberapa kali) yang berterusan sehingga Mac 2007. Kim Dae Jung, presiden Korea Selatan ketika itu, menerima Anugerah Keamanan Nobel kerana menjayakan sidang kemuncak ini.

Pada bulan Ogos 2000, 50 tahun setelah pengasingan, sebilangan ahli keluarga dan saudara mara yang terpisah di Utara dan Selatan menikmati pertemuan penyatuan semula sesama sendiri yang mengagumkan di Pyongyang dan Seoul. Ini sedikit sebanyak menaikkan semangat penyatuan semula Korea setelah persidangan di Pyongyang yang bersejarh ini. Rundingan kemuncak antara dua Korea diadakan dan Deklarasi Bersama Utara-Selatan 15 Jun diterima kedua-dua pihak.

Sidang Kemuncak Kedua (2–4 Oktober 2007)[sunting | sunting sumber]

Deklarasi Bersama 15 Jun 2000 yang ditandatangani kedua-dua pemimpin ketika sidang kemuncak pertama menyatakan bahawa mereka akan mengadakan sidang kemuncak kedua pada masa yang sesuai. Korea Selatan sentiasa memaklumkan rasa terbukanya kepada cadangan mengadakan sidang kemuncak antara dua korea di mana-mana dan bila-bila masa.

Pada 2 Oktober 2007, Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun melintasi Zon Bebas Tentera Korea untuk ke Pyongyang untuk berjumpa dengan Kim Jong Il. Ketika lawatan ini, mesyuarat dan perbincangan diadakan.[1][2][3][4]

Dalam mesyuarat ini, kedua-dua pihak telah menegaskan semangat Deklarasi Bersama 15 Jun serta mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu mengenai merealisasikan pengeratan hubungan Utara-Selatan, keamanan di Semenanjung Korea, kemakmuran bersama orang Korea dan penyatuan Korea. Pada 4 Oktober 2007, Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun dan pemimpin Korea utara Kim Jong-il menandatangani pengisytiharan keamanan. Dokumen ini menyeru untuk rundingan antarabangsa untuk menggantikan armistis yang menamatkan Perang Korea dengan perjanjian keamanan yang berkekalan.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Korean leaders in historic talks, BBC, 2 Oktober 2007, 10:14 GMT
  2. In pictures: Historic crossing, BBC, 2 Oktober 2007, 10:15 GMT
  3. Mixed feelings over Koreas summit, BBC, 2 Oktober 2007, 10:17 GMT
  4. Kim greets Roh in Pyongyang before historic summit, CNN, dicapai 2 Oktober 2007
  5. Korean leaders issue peace call, BBC, 4 Oktober 2007, 9:27 GMT
  6. Dua negara Korea tanda tangan pelbagai perjanjian, Berita Harian, 4 Oktober 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan: