Guru Nanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Guru Nanak Dev (Bahasa Panjabi: ਗੁਰੂ ਨਾਨਕ ਦੇਵ Gurū Nānak Dēv) (15 April 146922 September 1539) ialah pengasas agama Sikhisme and Guru yang sulung antara sepuluh Guru Sikhisme.


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Guru Nanak dilahirkan di Rai Bhoi Di Talwandi (kini digelarkan Nankana Sahib), sebuah bandar yang terletak dekat bandar raya Lahore di Pakistan pada hari ini. Ayahnya Kalu Mehta dan ibunya Tripta. Kedua-dua ibu bapanya adalah Hindu Khatri. Kakaknya, Bibi Nanki, merupakan orang pertama yang mengenal pasti bahawa beliau adalah Roh makrifat.

Pada masa awalnya, Guru Nanak kelihatan mempunyai sifat ingin tahu yang penuh dengan pertanyaan dan menolak pemakaian benang "suci" ritual yang dipanggil Janeu. Sebaliknya, Guru Nanak mengatakan bahawa beliau akan memakai nama benar Tuhan dalam hatinya sebagai perlindungan kerana benang boleh putus, menjadi kotor, terbakar, atau hilang, dan sama sekali tidak dapat memberikan sebarang keselamatan.

Sebagai seorang bukan sami, Guru Nanak meneruskan misi hidupnya untuk:

  • memimpin orang-orang ke laluan benar Tuhan, serta mengikut ajaran kitab Bani secara langsung tanpa keperluan untuk sebarang sami;
  • melenyapkan kepercayaan karut;
  • mengajar orang-orang memberhentikan amalan upacara amal, dan menjauhkan diri daripada "Lima Pencuri".

Guru Nanak berkahwin dengan Sulakhni yang merupakan anak perempuan Moolchand Chona, seorang pedagang dari Batala. Mereka dikurniakan dengan dua anak lelaki, Sri Chand dan Lakshmi Das. Abang iparnya, Ram yang merupakan suami kepada kakaknya (Nanki), mendapat pekerjaan untuknya di Sultanpur sebagai pengurus untuk sebuah jelapang kerajaan.

Pada suatu pagi ketika Guru Nanak berumur 28 tahun, beliau pergi seperti biasa ke Sungai Veeyin untuk mandi dan bertafakur. Beliau dikatakan hilang selama tiga hari dan ketika kemunculannya, beliau dikatakan "dipenuhi dengan roh Tuhan". Sifat yang tepat untuk peristiwa ini terbuka untuk tafsiran peribadi, dan dapat ditafsirkan sebagai "ketuhanan mitos" atau "pemahaman yang amat mendalam". Kata-katanya yang pertama selepas kemunculan semula adalah: "tiadanya orang Hindu, tiadanya orang Muslim". Dengan prinsip kemanusiaan ini, beliau memulakan kerja-kerja mubaligh.

Tiga Tunggak Sikhisme[sunting | sunting sumber]

Di Sultanpur, Guru Nanak menformalkan tiga tunggak Sikhisme yang penting:

  1. Mengamalkan Simran dan Naam Japna — bertafakur tentang Tuhan dan membaca serta mengulangi sebutan Waheguru, nama Tuhan;
  2. Mengamalkan hidup berumah tangga serta Kirat Karni, iaitu memperoleh pendapatan yang jujur melalui usaha fizikal dan mental semasa menerima rezeki dan rahmat Tuhan;
  3. Berkongsi kekayaan dalam komuniti dengan mengamalkan Wand kay Shako, iaitu "Berkongsi dan berbelanja bersama-sama".

Terdapat sebuah cerita yang menyokong tunggak kedua itu. Dalam salah satu perjalanannya, Guru Nanak tiba di sebuah kampung dan bermalam di sana. Di kampung ini tinggal dua orang, iaitu seorang kaya dan seorang petani miskin. Oleh sebab Guru Nanak memilih untuk tinggal di rumah orang miskin walaupun diberikan kemewahan rumah orang kaya, orang kaya itu berang dan mendesak penjelasan. Guru Nanak menyuruh kedua-dua orang untuk membawa sekeping roti capati daripada rumah masing-masing. Ketika beliau memicit kedua-dua roti capati itu, susu mengalir daripada roti capati orang miskin tetapi darah mengalir daripada roti orang kaya.

Pengajaran daripada cerita ini adalah orang kaya itu menggunakan cara yang tidak beretika untuk memperoleh kekayaan (iaitu eksploitasi), sedangkan orang yang miskin memperoleh pendapatannya yang walaupun hanya sedikit, merupakan cara yang jujur dan rajin.

Kepercayaan dan sumbangan lain[sunting | sunting sumber]

Guru Nanak dihormati oleh kedua-dua golongan Hindu dan Muslim. Beliau mempunyai banyak kepercayaan yang tidak popular pada masanya tetapi yang kini diterima secara meluas.

  • Kesamaan Manusia: Ketika pengabdian dan diskriminasi ras masih merebak di dunia Barat dan penghormatan antara kelas dan kasta adalah pada aras yang paling rendah, Guru Nanak berkhutbah terhadap diskriminasi dan prasangka yang disebabkan oleh ras, kasta, taraf, dan sebagainya. Beliau berkata:
"Nampak persaudaraan antara semua manusia sebagai tahap yogi yang tertinggi; taklukkan pemikiran kamu dan menaklukkan dunia." (SGGS m.s. 6)
"Terdapat hanya satu kesedaran antara semua makhluk." (m.s. 24)
"Sesiapa yang mengenal pasti Satu Tuhan antara semua makhluk tidak akan bercakap tentang keakuan. ||4||" (m.s. 432).
Guru Nanak menegaskan kepada semua orang di dunia tentang keperluan untuk "menaklukkan" pemikiran masing-masing terhadap amalan-amalan yang jahat. Semua manusia mempunyai cahaya Tuhan dan adalah sama — hanya dengan menahan keangkuhan dan keakuan bahawa seseorang dapat melihat cahaya ini pada keseluruhannya.
  • Kesamaan Wanita: Pada sekitar 1499 ketika dunia masih tidak memberikan status atau kehormatan kepada wanita, Guru Nanak mengangkat kedudukan wanita melalui perutusan ini: "Dari perempuan, lelaki dilahirkan; dalam perempuan, lelaki jadi; melalui perempuan, generasi-generasi hadapan akan datang. Ketika isterinya mati, dia mencari perempuan lain; kepada perempuan, dia terikat. Oleh itu, mengapa mengatanya buruk? Dari perempuan, raja-raja dilahirkan. Dari perempuan, perempuan dilahirkan; tanpa perempuan, tidak akan terdapat sesiapa pun. Ya Nanak, hanya Tuhan Benar tidak mempunyai perempuan." (m.s. 473). Dengan itu, beliau mempromosikan kesamaan wanita sejak abad ke-15.
  • Perutusan sejagat kepada semua orang: Adalah adat resam pada masa itu bagi pemimpin-pemimpin agama untuk berucap hanya kepada jemaah mereka dan untuk mengasingkan agama-agama lain. Guru Nanak menyimpang daripada tradisi ini dan berucap kepada semua manusia. Kepada orang-orang Islam, beliau berkata: "Dan ketika, ya Nanak, dia manaruh belas kasihan terhadap semua makhluk, hanya kemudian bahawa dia boleh dipanggil orang Islam". ||1||" (m.s. 141"; kepada orang-orang Hindu, beliau berkata: "Ya Nanak, tanpa Nama Benar, apakah gunanya tanda dahi orang-orang Hindu, atau benang suci mereka?" ||1|| (m.s. 467); dan kepada semua orang, beliau berkhutbah: "Mengambil harta orang adalah serupa sahaja dengan orang Islam memakan daging babi, atau orang Hindu memakan daging lembu." (m.s. 141).

Empat perjalanan[sunting | sunting sumber]

Peta perjalanan Guru Nanak

Sejarah mengatakan bahawa Guru Nanak membuat empat perjalanan yang utama ke seluruh kawasan di India, serta ke Arab Saudi dan Parsi. Beliau melawat Mekah dan Baghdad, dan berucap kepada penganut-penganut Hinduisme, Jainisme, Budhisme, Zoroastrianisme, dan Islam. Beliau memberi ucapan di dalam kuil dan masjid, serta di pelbagai tempat ziarah. Di mana-mana Guru Nanak pergi, beliau bersuara menentang upacara amal yang kosong, penziarahan, sistem kasta, pengorbanan balu, pergantungan kepada buku-buku untuk membelajari agama yang benar, serta rukun-rukun yang lain yang mentakrifkan ajarannya. Tidak pernah beliau menyuruh sebarang pendengar untuk mengikutnya. Beliau menyuruh orang Islam untuk menjadi orang Islam yang benar, dan orang Hindu untuk menjadi Hindu yang benar.

Selepas perjalanan utamanya yang terakhir, Guru Nanak menetap di bandar Kartapur (di Punjab) yang terletak di tebing Sungai Ravi dan mengajar selama lima belas tahun lagi. Pengikut-pengikut dari seluruh tempat datang untuk menetap di Kartapur supaya dapat mendengar, bernyanyi dan hidup bersama dengannya. Pada masanya, walaupun pengikut-pengikutnya masih mengekalkan agama masing-masing, mereka dikenali sebagai pengikut Guru, atau orang Sikh.

Adalah di sini bahawa pengikut-pengikut Guru Nanak merujuk kepadanya sebagai guru. Beliau memberitahu pengikut-pengikutnya bahawa mereka tetap merupakan orang berumah tangga dan dan tidak boleh hidup berasingan daripada dunia — tidak adanya pendeta atau pertapa. Sini adalah tempat di mana Guru Nanak memperkenalkan Langar yang memerlukan orang kaya dan miskin, orang Hindu dan Muslim, serta orang berkasta tinggi dan rendah, untuk duduk bersama-sama semasa memakan. Sini juga merupakan tempat di mana Lehna, kemudian Guru Angad, datang untuk tinggal bersama-sama dengan Guru Nanak.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Guru Nanak dengan Mardana (kiri) dan Bala Turisan kayu berwarna, Amritsar atau Lahore, pada sekitar 1875

Guru Nanak menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di Kartarpur. Beliau akan bangun pada setiap waktu fajar untuk berdoam dan kemudian pada waktu subuh, Guru Nanak akan berucap kepada pengikut-pengikutnya. Beliau bekerja di dalam bilik dapur bebas yang kini masih dikenali sebagai 'langar'. Makanan yang disediakan dimakan oleh semua orang, baik orang Hindu atau Muslim, orang kaya atau miskin, dan orang berkasta tinggi atau rendah. Beliau mengerjakan ladang dan memperoleh punca pencarian sendiri.

Pada 22 September 1539 ketika berumur 70 tahun, Guru Nanak meninggal dunia selepas beliau meminta pengikut-pengikutnya untuk menyanyi Sohila (pujian kepada Tuhan).

Pada suatu masa, ketika Guru Nanak ditanya mana satu agama, Hinduisme atau Islam, merupakan laluan yang benar ke Tuhan, beliau menjawab bahawa cara yang benar untuk mencapai Tuhan ialah untuk menyembah kepadaNya yang abadi dan terdapat di seluruh Alam Semesta.

Budaya rakyat[sunting | sunting sumber]

Legenda mengatakan bahawa ketika kematian Guru Nanak, pengikut-pengikutnya hendak membakar mayatnya sedangkan pengikut-pengikut Muslim hendak mengebumikan mayatnya mengikut tradisi Islam. Bagaimanapun, ketika mereka menaikkan kafan Guru Nanak, mereka melihat sebilangan bunga segar yang mereka membahagikan kepada pengikut-pengikutnya. Orang Hindu membakar bunga itu, sedangkan orang Islam mengebumikan bunga mereka.


Didahului oleh:
Bhagat Sikhisme
(1100 - 1469)
Guru Nanak Diikuti oleh:
Guru Angad
(31 Mac 1504 - 29 Mac 1552)
Sepuluh Guru Sikhisme

Guru Nanak | Guru Angad | Guru Amar Das | Guru Ram Das | Guru Arjun | Guru Har Gobind | Guru Har Rai | Guru Har Krishan | Guru Teg Bahadur | Guru Gobind Singh | (Diikuti oleh Guru Granth Sahib, Guru Kekal Sikhisme)


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Audio: