Siri kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Suatu siri kimia (Bahasa Inggeris:chemical series) adalah kelompok unsur kimia yang sifat fizik dan kimianya berubah secara progresif dari satu hujung ke hujung yang lain dalam siri tersebut. Siri kimia ditemui sebelum jadual berkala unsur (yang merupakan penyusunan unsur mengikut sifat kimianya) diciptakan.

Beberapa siri kimia berhubungan secara langsung dengan kumpulan jadual berkala. Hal inilah bukan suatu kebetulan kerana sifat fizik yang serupa antara unsur pada suatu siri timbul disebabkan adanya persamaan konfigurasi elektron yang membuat unsur-unsur ini diletakkan pada golongan yang sama dalam jadual berkala.

Siri kimia pada jadual berkala ialah:

  1. Alkali (kumpulan 1)
  2. Logam bumi beralkali (kumpulan 2)
  3. Lantanida
  4. Aktinida
  5. Logam peralihan
  6. Logam
  7. Metaloid
  8. Bukan logam
  9. Halogen (kumpulan 17)
  10. Gas adi (kumpulan 18)