Kumpulan nitrogen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumpulan → 15
↓ Kala
2 7
N
3 15
P
4 33
As
5 51
Sb
6 83
Bi
7 115
Uup

Unsur kumpulan 15 juga dikenali sebagai kumpulan nitrogen merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-15 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Nama lama kumpulan ini ialah kumpulan V atau kumpulan VA dan ia juga turut dikenali dengan nama pniktogen.[1] Kumpulan ini terdiri daripada nitrogen (N), fosforus (P), arsenik (As), antimoni (Sb), bismut (Bi), dan ununpentium (Uup).

Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini juga menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka.

Z Unsur Bilangan elektron/petala
7 nitrogen 2, 5
15 fosforus 2, 8, 5
33 arsenik 2, 8, 18, 5
51 antimoni 2, 8, 18, 18, 5
83 bismut 2, 8, 18, 32, 18, 5
115 ununpentium 2, 8, 18, 32, 32, 18, 5

Kumpulan ini ciri-ciri khas iaitu semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 5 elektron dalam petalanya yang paling luar, yang mana sepasang elektron bertempat dalam subpetala s dan 3 lagi elektron bertempat dalam 3 subpetala p secara berasingan. Dengan itu, terdapat 3 lagi ruang tidak berisi elektron dalam petala terluarnya dalam keadaan belum menjadi ion. Unsur yang paling penting dalam kumpulan ini ialah nitrogen (N) (dalam bentuk dwiatom) yang merupakan komponen asas dalam udara.

Dua unsur pertama dalam kumpulan ini boleh dikenali dengan nama lain iaitu pniktida. Ejaan tersebut berasal daripada bahasa Yunani πνίγειν (pnigein), bermaksud mencekik atau melemaskan, yang mana merupakan salah satu sifat nitrogen. Dalam masa yang sama, ia juga membolehkan dua unsur pertama diingati dengan mudah, P dan N. Nama pentels (Latin penta, lima) juga pernah digunakan untuk mewakili kumpulan ini suatu ketika dahulu.

Unsur-unsur ini juga biasanya membentuk sebatian yang stabil disebabkan oleh kecenderungannya untuk membentuk dua atau tiga ikatan kovalen. Sifat kimia ini telah membawa mengakibatkan unsur-unsur ini mempunyai sifat toksik yang tinggi (terbukti dalam fosforus, arsenik dan antimoni). Apabila unsur-unsur ini berindak balas dengan pelbagai unsur kimia lain dalam badan, mereka akan membentuk radikal bebas yang sangat kuat yang amat sukar diproses oleh hati, dan sebatian ini seterusnya akan berkumpul. Oleh sebab ikatan yang sangat kuat ini juga, sifat toksik nitrogen dan bismut menjadi hampir tidak wujud apabila unsur ini hadir dalam bentuk molekul (dwiatom seperti N2) kerana ikatan antara atom unsur-unsur ini sangat sukar dileraikan.

Kumpulan nitrogen mengandungi 2 unsur bukan logam, 2 unsur metaloid, dan 1 unsur logam. Semua unsur dalam kumpulan ini merupakan pepejal dalam suhu bilik kecuali nitrogen yang merupakan gas dalam suhu bilik. Nitrogen dan bismut mempunyai sifat fizik yang sangat berbeza walaupun kedua-duanya dalam kumpulan yang sama. Sebagai contoh, pada STP nitrogen merupakan gas bukan logam tidak berwarna, manakala bismut merupakan pepejal logam yang rapuh berwarna merah muda.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Edited by N G Connelly and T Damhus (with R M Hartshorn and A T Hutton), pengarang (2005). Nomenclature of Inorganic Chemistry: IUPAC Recommendations 2005 section IR-3.5. ISBN 0-85404-438-8.