Unsur kumpulan 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kala Kumpulan 3
4
21
Sc
5
39
Y
Kumpulan 3/tidak dikumpulkan
*
**
6 *Lantanida
57
La
58
Ce
59
Pr
60
Nd
61
Pm
62
Sm
63
Eu
64
Gd
65
Tb
66
Dy
67
Ho
68
Er
69
Tm
70
Yb
71
Lu
7 **Aktinida
89
Ac
90
Th
91
Pa
92
U
93
Np
94
Pu
95
Am
96
Cm
97
Bk
98
Cf
99
Es
100
Fm
101
Md
102
No
103
Lr

Kumpulan unsur 3 juga dipanggil kumpulan skandium merupakan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-3 jadual berkala unsur.

Memandangkan IUPAC tidak mencadangkan format spesifik untuk jadual berkala, oleh sebab itu, beberapa variasi bagi jadual berkala adalah dibenarkan dan selalu digunakan untuk kumpulan 3. Logam peralihan blok d di bawah sentiasa dianggap sebagai ahli kumpulan 3:

  • skandium (Sc), unsur yang lebih banyak ditemui di matahari dan sesetengah bintang berbanding bumi, sangat lembut dan sangat cepat bertindak balas dengan kebanyakan asid.
  • ytrium (Y), unsur yang banyak terkandung dalam batu-batuan bulan dan digunakan untuk menghasilkan warna merah pada kaca televisyen.

Apabila merumuskan unsur kumpulan 3 yang lain, 4 variasi yang berlainan boleh wujud:

  • Sesetengah jadual memasukkan lantanum (La) dan aktinium (Ac), (unsur pertama dalam siri lantanida dan aktinida masing-masing) sebagai unsur kumpulan 3 yang selebihnya. Dalam bentuk ion tripositif yang biasa ditemui bagi kedua-dua unsur tersebut, unsur ini tidak mengandungi sebarang orbital f yang terisi, dengan itu menyebabkannya mempunyai sifat lebih menyerupai blok d.
  • Sesetengah jadual memasukkan lutetium (Lu) dan lawrensium (Lr) sebagai ahli kumpulan 3 yang selebihnya. Unsur-unsur ini adalah unsur yang paling akhir dalam siri lantanida dan aktinida masing-masing. Memandangkan petala-f secara nominalnya penuh bagi konfigurasi elektron pada keadaan asas(ground state) untuk kedua-dua logam ini, ia menunjukkan ciri-ciri hampir seperti logam blok d , yang mana mempamerkan persamaan dengan sifat bagi Sc dan Y. Untuk Lr, ciri-ciri ini hanyalah dijangkakan sahaja, tetapi ia belum pernah dikaji sepenuhnya kerana tidak terdapat kuantiti yang mencukupi.

Sesetengah jadual pula merujuk kepada semua ahli dalam lantanida dan aktinida sebagai tanda dalam kumpulan 3. Berikut adalah alternatif ke-3 dan ke-4 yang dicadangkan:

  • Alternatif ke-3 merujuk kepada kesemua 30 unsur lantanida dan aktinid sebagai ahli Kumpulan 3. Lantanida, sebagai logam trivalen elektropositif, kesemuanya memiliki hubungan kimia yang hampir sama, dan kesemuanya menunjukkan banyak persamaan dengan Sc dan Y.
  • Variasi keempat pula tidak memasukkan mana-mana ahli lantanida dan aktinida dalam Kumpulan 3. Ahli-ahli lantanida memiliki sifat atau ciri-ciri tambahan bagi sebahagian orbital f-nya yang terisi yang mana adalah tidak sama dengan Sc dan Y. Selain itu, aktinida menonjolkan lebih banyak ketaksamaan kimia (seperti lingkungan tahap pengoksidaan) jika dibandingkan dengan siri lantanida, Sc dan Y.

Sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Kumpulan unsur 3 ini mempunyai sifat kimia yang hampir sepenuhnya sama dengan kumpulan unsur 13(memandangkan kumpulan unsur ini terletak di antara kumpulan unsur 2 dan kumpulan unsur 13). Biasanya,dengan sedikit pengecualian, unsur dalam kumpulan ini akan mempunyai nombor pengoksidaan +3 untuk mencapai kestabilan.

Kewujudan[sunting | sunting sumber]

Skandium, ytrium, dan ahli lantanida (kecuali prometium) biasanya wujud dalam kerak Bumi, dan secara relatifnya sangat banyak jika dibandingkan dengan logam blok-d, tetapi juga biasanya lebih sukar untuk diekstrak daripada bijihnya.

Secara Biologi[sunting | sunting sumber]

Unsur kumpulan 3 secara umumnya adalah logam keras yang mempunyai tahap kelarutan untuk membentuk larutan akues yang sangat rendah, dan juga kebolehan yang rendah terhadap biosfera. Tiada satu pun unsur dalam kumpulan ini yang diketahui mempunyai peranan dalam organisma hidup. Keradioaktifan ahli siri aktinida secara amnya menyebabkan mereka bersifat sangat bertoksik untuk hidupan.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]