Logam lemah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logam lemah yang di jadual berkala(biru)

Logam lemah adalah nama yang diberikan kepada unsur-unsur logam selepas blok p dalam jadual berkala. Penamaan ini bukanlah nama piawai dah lebih merupakan nama remeh. Logam-logam ini juga dikenali sebagai logam panca peralihan. Takat lebur dan takat didih logam-logam lemah pada amnya lebih rendah daripada logam peralihan manakala keelektronegatifan logam-logam lemah pula lebih tinggi daripada logam peralihan. Logam lemah juga kurang keras berbanding dengan logam peralihan. Logam lemah adalah berbeza daripada metaloid kerana dalam lajur yang sama takat didih logam lemah lebih tinggi daripada metaloid.


Penamaan ini bukanlah mengikut peraturan penamaan IUPAC yang ketat. Pada amnya, kumpulan ini merangkumi aluminium, galium, indium, timah, talium, plumbum dan bismut. Kadang kala, germanium, antimoni dan polonium juga digolong sekali dalam kumpulan logam lemah, akan tetapi logam-logam ini lebih biasa dianggap sebagai metaloid atau semilogam. Unsur 113 hingga 116, iaitu nihonium, flerovium, moscovium and livermorium, kemungkinan sekali akan mempunyai sifat-sifat logam lemah. Walau bagaimanapun, sifat-sifat kimia logam-logam ini belum dapat dipastikan kerana kuantiti yang mencukupi belum dapat dihasilkan di dalam makmal.