Unsur kala 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Unsur kala 1 merupakan kala unsur kimia yang terkandung dalam baris pertama (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kala pertama ini mengandungi bilangan unsur yang paling sedikit iaitu 2 unsur: hidrogen (H) dan helium (He). Dari segi penerangan berdasarkan mekanik kuantum bagi struktur atom, kala ini menyerupai pengisian orbital 1s. Unsur kala 1 tidak mematuhi hukum oktet sebaliknya bilangan maksimum elektron yang boleh diterima oleh unsur-unsur ini untuk mencapai kestabilan hanya 2 (1s2); hukum ini digelar hukum duplet. Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan teori moden struktur atom. Semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 1 petala yang berisi elektron.

Unsur kimia dalam kala 1
Kumpulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Nombor atom
Nama
1
H
2
He
konf.-e- 1s1 1s2


Kategori unsur dalam jadual berkala

Logam Metaloid Bukan logam
Logam alkali Logam alkali bumi Logam peralihan dalaman Logam peralihan Logam lemah Bukan logam Halogen Gas adi
Lantanid Aktinid


Lihat juga[sunting | sunting sumber]