Unsur kala 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Unsur kala 3 merupakan kala unsur kimia yang terkandung dalam baris ketiga (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kala ketiga ini mengandungi sebanyak 8 unsur iaitu natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon (Si), Fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan argon (Ar). Dari segi penerangan berdasarkan mekanik kuantum bagi struktur atom, kala ini menyerupai pengisian orbital 3s dan 3p. Unsur kala 3 mematuhi hukum oktet di mana mereka memerlukan 8 elektron yang diisi dalam petala valensnya untuk mencapai kestabilan. Jumlah maksimum elektron yang boleh diterima dan diisi dalam semua petala bagi unsur kala ini ialah 18 (1s22s22p63s23p6). Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan teori moden struktur atom. Semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 3 petala yang berisi elektron.

Unsur kimia dalam kala 3
Kumpulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Nombor atom
Nama
11
Na
12
Mg
13
Al
14
Si
15
P
16
S
17
Cl
18
Ar
konf.-e-
semua bermula dengan [Ne]
3s1 3s2 3s23p1 3s23p2 3s23p3 3s23p4 3s23p5 3s23p6


Kategori unsur dalam jadual berkala

Logam Metaloid Bukan logam
Logam alkali Logam alkali bumi Logam peralihan dalaman Logam peralihan Logam lemah Bukan logam Halogen Gas adi
Lantanid Aktinid


Mnemonik[sunting | sunting sumber]

Mnemonik atau cara mudah untuk mengingati unsur kala 3 ini (diilhamkan oleh Richard Feynman) yang bermula dari Neon, unsur terakhir, dan diakhiri dengan Klorin,unsur kedua terakhir, ialah :-

"Nena, m'gal, sips chlorine"

(iaitu Ne-Na Mg-Al Si-P-S klorin).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]