Stik penggantung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stik penggantung mentah. Perhatikanlah ira otot dan selaput tengah yang liat.
Penyampaian stik penggantung gril (dengan kentang di tengah).
Daging lembu
BeefCutPlate.png
Potongan daging lembu: Perut
Jenis stik: Stik penggantung
(Juga dikenali sebagai: stik penjual daging lembu, daging lembut gantung, stik bistro.)

Stik penggantung ialah potongan stik lembu yang dikatakan "bergantung" daripada diafragma lembu kasi.[1] Daripada segi anatomi, diafragma merupakan satu otot tunggal tetapi ia biasanya dipisahkan menjadi dua potongan yang berasingan:

  • "stik penggantung" yang secara tradisi dianggap sebagai lebih sedap kerana ia lebih dekat dengan buah pinggang;
  • "stik skirt" luaran yang terdiri daripada otot di dalam diafragma dan lebih liat teksturnya.

Daging penggantung bersendi dengan tulang rusuk terakhir serta tulang belakang yang berhampiran dengan buah pinggang. Ia kelihatan seakan-akan stik lambung dan merupakan sepasang otot yang sedikit berbentuk V. Daging penggantung mempunyai satu selaput panjang yang tidak boleh dimakan pada bahagian tengahnya.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Stik penggantung bukannya sangat lembut tetapi ia banyak berasa dan paling baik diperapkan dan dimasak dengan pantas pada haba yang tinggi (menggril atau memanggang) lalu dihidangkan secara kurang masak atau kurang masak sederhana demi mengelakkan keliatannya. Tukang masak yang berpengalaman dalam menyediakan buah pinggang lembu melaporkan bahawa stik penggantung mengekalkan sedikit bau sedap buah pinggang.

Terdapat hanya satu stik penggantung bagi setiap lembu, dengan berat potongan itu biasanya antara 1 - 1.5 paun (450 - 675g). Ia dihargai kerana rasanya. Kekadangnya, stik penggantung juga dikenali sebagai "stik penjual daging", lantaran penjual daging lembu sentiasa menyimpan potongan itu untuk diri sendiri.[2]

Klasifikasi pemotongan daging Amerika Syarikat untuk potongan daging penggantung ialah NAMP 140.

Kepopularan[sunting | sunting sumber]

Daripada segi tradisi, stik penggantung lebih popular di Eropah, berbanding dengan Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai: [1]

Dahulunya, stik penggantung tidak merupakan satu potongan daging yang berasingan di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia kini beransur-ansur menjadi lebih popular, meskipun ia biasanya masih dikisar menjadi hamburger. Stik penggantung juga dikenali sebagai "daging lembut gantung" di Amerika Syarikat dan kekadang dipaparkan sebagai "stik bistro" di dalam menu. Ia dikenali pula sebagai "fajitas arracheras" di Texas Selatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Green, Aliza (2005). Field Guide to Meat. Philadelphia, PA: Quirk Books. ISBN 1931686793. 
  2. Hix, Mark. "Hanger steak with baked bone marrow", The Independent, 2008-04-26. Dicapai pada 2008-08-09. 
  • Dyce, K.M.; Sack and Wensing (2002). Textbook of Large Animal Anatomy (edisi Third). Saunders. ISBN 0721689663.