Hamburger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hamburger

Hamburger (juga dipanggil burger) adalah sejenis hidangan sandwic yang terdiri daripada daging burger (diperbuat daripada daging kisar) yang dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai, serta selalunya dihidangkan dengan pelbagai inti atau "topping" di dalam roti burger yang dibelah dua. Selalunya daging burger diperbuat daripada daging lembu, melainkan jika dinyatakan sebaliknya[1].

Hamburger juga merujuk kepada daging burger yang dimasak itu sendiri[2]. Perkataan hamburger berasal daripada bandar bernama Hamburg dan bukannya merujuk kepada daging khinzir.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daging burger yang dimasak

Perkataan "hamburger" berasal daripada Hamburg, Jerman. Dibawa ke England pada kurun ke-10 daripada Jerman.[3] Di Jerman, makanan tradisional tempatan selalunya dinamakan mengikut tempat asal-usulnya, seperti Frankfurter (lebih dikenali sebagai hot dog), Berliner (sejenis donat jem) ataupun Thüringer (Bratwurst). Di Hamburg, adalah menjadi kebiasaan menghidangkan sekeping daging khinzir panggang di dalam roti gulung yang dipanggil Rundstück warm, walaupun ia bercanggah dengan penyediaan burger moden yang menggunakan daging burger yang diperbuat daripada daging kisar. Walau bagaimanapun, terdapat teori lain yang menyatakan bahawa di Hamburg, daging sekerap dihidangkan pada Brötchen, sejenis roti berbentuk bulat. [4] Dikatakan bahawa pendatang Jerman membawa bersama resipi hamburger ke Amerika Syarikat[4] melalui sebuah restoran bernama Delmonico pada tahun 1826, tetapi rakyat Amerika tidak mengetahui apa menu burger ini sebenarnya pada masa itu.[3]

Burger hari ini[sunting | sunting sumber]

Hamburger dianggap sebagai salah satu makanan segera ataupun sebagai snek, oleh itu ia banyak dijual di restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King, serta di gerai tepi jalan seperti di Malaysia di mana Burger Ramly boleh didapati dengan mudah di gerai tepi jalan atau di pasar malam.

Ramuan dan aspek pemakanan[sunting | sunting sumber]

Walaupun terdapat implikasi daging khinzir (ham) pada nama "hamburger", namun hamburger komersial tidak mengandungi daging khinzir atau sebarang produk khinzir. Secara etimologi, nama bandar Hamburg dalam bahasa Jerman tiada kena-mengena langsung dengan "ham" dan hanya kebetulan sahaja membawa kaitan demikian dalam bahasa Inggeris.

Bahan utamanya ialah daging lembu kisar, walaupun kadang-kadang sedikit rempah turut ditambah dalam pembuatan daging burger, oleh itu ia juga dikenali sebagai "burger lembu". Ada yang menyediakan daging burger tersebut dengan telur, habuk roti, bawang ataupun campuran sup bawang, sos Worcestershire (juga dikenali sebagai kicap burger), parsli dan ramuan lain. Hamburger dengan sos Thousand Island juga menjadi semakin popular, contohnya burger Big Mac McDonald's yang juga mempunyai versi sos Thousand Island.

Beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan pertambahan populariti burger "jenis baru" sebagai alternatif kepada burger daging. Antaranya termasuklah burger ayam, burger ayam belanda, burger arnab, burger rusa, burger kerbau dan burger burung unta.

Burger Sayuran[sunting | sunting sumber]

Burger sayuran menggunakan bahan pengganti daging seperti tauhu, protein sayur-sayuran bertekstur, gluten gandum atau beberapa jenis sayur-sayuran yang dikisar bersama dan dibentuk menjadi daging burger. Beberapa tahun yang lalu, restoran Chili's serta beberapa pengejar makanan sejuk beku mencipta burger kacang hitam yang mempunyai rasa seperti daging salai. Tidak lama kemudian, burger sayuran mula popular di restoran makan segera terutamanya di kalangan vegetarian.

Burger Keju[sunting | sunting sumber]

Burger King Quad Stacker
Rencana utama: Burger keju

Burger keju adalah sejenis burger yang ditambah dengan keju sebagai tambahan kepada daging burger. Pada tahun 1924, Lionel Sternberger membuat burger keju pertama di dunia di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Semasa Sternberger meninggal dunia pada tahun 1924, majalah Time memaklumkan di dalam keluaran 7 Februari bahawa:-

...pada umur 16, Lionel Sternberger mengkaji dan menguji dengan meletakkan sekeping keju Amerika pada hamburger ketika membantu ayahnya di kedai sandwic di Pasadena, kemudiannya mencipta burger...

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Hamburger" Oxford English Dictionary Online 2nd ed 1989
  2. "hamburger." Webster's Third New International Dictionary, Unabridged. Merriam-Webster, 2002. http://unabridged.merriam-webster.com
  3. 3.0 3.1 Infiniti (edisi ke-66). Tahukah Anda. November 2014. ms. 9. ISBN 9771985943064 Check |isbn= value (bantuan). 
  4. 4.0 4.1 Cooper, Jeanne (4 Jun 2006). "Did you know?". San Francisc Chronicle. San Francisco. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Barber, Katherine, editor (2004). The Canadian Oxford Dictionary, second edition. Toronto, Oxford University Press. ISBN 0-19-541816-6.
  • Edge, John T. (2005). Hamburgers & Fries : an American Story. G.P. Putnam's Sons. ISBN 0-399-15274-1. - History and origins of the hamburger
  • Trage, (1997). The Food Chronology: A Food Lover's Compendium of Events and Anecdotes, From Prehistory to the Present. Owl Books. ISBN 0-8050-5247-X.
  • Allen, Beth (2004). Great American classics Cookbook. Hearst Books. ISBN 1-58816-280-X.
  • Elliott, Richard Smith (1883). Notes Taken In Sixty Years. R. P. Studley & Co..
  • Riccio, Anthony V. (2006). The Italian Experience In New Haven : Images And Oral Histories. SUNY Press. ISBN 0-7914-6773-2.
  • Romaine, Lawrence B. (1990). A Guide To American Trade Catalogs 1744-1900. Courier Dover Publications. ISBN 0-486-26475-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]