Sultan Omar 'Ali Saifuddien III
Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien III merupakan Sultan Brunei ke-28,dan memerintah dari 1950 hingga 1967.
Baginda terdidik dalam pelajaran agama, 40 kali khatam Al-Quran.Pada 1932 hingga 1936, baginda menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Pada 1947,baginda diarak menjadi 'Pengiran Bendahara'.Pada tahun 1950,baginda naik takhta.Pada tahun 1951, menunaikan Fardhu Haji kali pertama.
Kemudian, pada 1951,baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei 'Allah Peliharakan Sultan' diakui secara rasmi. Pada 1953,baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Negeri Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan, mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada 1958 dan dinamakan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Selepas itu, pada tahun 1954,baginda mendatangkan dua orang pakar Pengajian Islam ke Brunei. Pada 1955, baginda membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun Pertama.
Pada tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya. Pada 1959, baginda menandatangani Perlembagaan Bertulis bagi Negeri Brunei, Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekan minyak di luar pantai.
Pada 1961, penubuhan Askar Melayu Brunei berlaku dan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada 1962, baginda menunaikan Fardhu Haji kali kedua. Pada 1962, pemberontakan berlaku di Brunei. Pada 1967, Brunei mengeluarkan matawangnya sendiri. Baginda lebih 33 kali berangkat ke luar negeri antara tahun 1951 hingga 1967.
Setelah 17 tahun memerintah, akhirnya pada 4 Oktober 1967, secara sukarela turun takhta dari Takhta Kerajaan, dan digantikan oleh putera sulung baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Baginda yang amat disayangi rakyat kini dikenali sebagai Kebawah Duli (Yang Maha Mulia) Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
Kesusasteraan [sunting]
Sultan Omar 'Ali Saifuddien begitu masyhur dalam bidang kesusasteraan. Antara karya-karya terunggul baginda ialah Syair Perlembagaan Negeri, Syair Nasihat, Syair Asli Rajang Hari dan Rampaian Laila Syair. Minat baginda terhadap sastera amatlah mendalam. Motif dan corak rekaan baginda telah diadun bukan sahaja dalam rekabentuk kain-kainan, malah juga dalam senibina bangunan. Sehingga kini, baginda terkenal dengan nama 'Arkitek Brunei Moden'.
Kemangkatan [sunting]
Tatkala Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, Kebawah Duli (Yang Maha Mulia) Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien menduduki jawatan Menteri Pertahanan sehinggalah baginda mangkat pada 7 September 1986.
| Didahului oleh Ahmad Tajuddin |
Sultan Brunei 1950–1967 |
Diikuti oleh: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah |