Syarif Masahor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sayyid Mashhur bin Muhammad Al-Shahab (biasanya dikenali sebagai Syarif Masahor atau Sharif Masahor)[1] (meninggal 1890 di Selangor) merupakan pahlawan Melayu terkenal dari keturunan budaya Hadhrami[2] di Sarikei, Sarawak, Malaysia semasa era Raja Putih Brooke di negeri tersebut.

Latar[sunting | sunting sumber]

Sebelum ketibaan James Brooke, dia merupakan pemerintah tempatan yang berkuasa, dan pada masa lalu, seperti Datu Patinggi Abdul Gapur, amat berpengaruh dan dihormati kerana tarikannya dalam menyatukan penduduk pelbagai kaum dan kepercayaan, dan juga dari keturunannya.

Penentangan dan kematian[sunting | sunting sumber]

Polisi pengembangan James Brooke menimbulkan gangguan di kebanyakan tempat di Borneo. Dalam perjanjian awal antara James Brooke dan Sultan Brunei, Sarawak hanyalan jajahan yang menganjur dari Tanjung Datu ke Sungai Maong. Wilayah Syarif adalah jauh dari kawasan tersebut. Pencerobohan Brooke kewilayah pemimpin tempatan menyebabkan ramai pemimpin tempatan memberontak, termasuk Syarif Masahor.

James Brooke berlepas ke England pada akhir 1857, meninggalkan anak saudaranya Charles di belakang bagi memantau pentadbiran. Ini memberi peluang bagi Masahor untuk melaksanakan rancangannya. Pada Julai 1859, Masahor dan tenteranya menyerang pos luar Brooke berhampiran Bukit Rejang di Kanowit. Semasa serangan ini, pegawai Charles Fox dan Henry Steele dibuhuh oleh orang Melanau yang dipimpin oleh Sawing dan Sakalai. Ini menyebabkan pihak British sepanjang Kuching meradang berikutan dengan pemberontakan oleh kaum Cina.

Pada awal 1860, Masahor memerintah Temenggung Hayim Jalil dari Brunei untuk pergi ke Pontianak, Indonesia bagi berjumpa dengan Abdul Gapur. Pada awal Februari 1860 mereka melancarkan serangan ke atas Kuching (pada masa itu, Sarawak), menurut rancangan Masahor. Masahor dan tenteranya ingin mara ke Kuching melalui Sungai Sarawak. Dalam pertempuran yang berlangsung, pihak British mendapat kejayaan apabila Charles Brooke berjaya menyerang hendap dan memusnahkan kesemua kapal Masahor. Berhadapan dengan kekalahan, Masahor berundur ke Brunei, di mana dia mencari perlindungan dari pihak British.

Bagaimanapun pada tahun 1861, James Brooke pergi ke Brunei, dengan harapan memaksa Sultan Brunei untuk menghalau Syarif Masahor ke Selangor untuk selamanya. Masahor akhirnya tiba ke Klang, Malaysia, di mana dia menjadi penasihat kepada Sultan Abdul Samad.

Bagaimanapun, semasa Perang Klang Syarif Masahor menyokong Raja Mahadi, ketua wilayah Klang yang memberontak yang tidak mengakui pemerintahan Sultan Abdul Samad. Sultan Abdul Samad mencari bantuan British bagi memenangi perperangan, dan Masahor kembali bertempur dengan pihak British buat kali kedua. Bagaimanapun selepas Raja Mahadi dan Syarif Masahor menyerah, mereka berdua diampunkan oleh Sultan Abdul Samad. Syarif Masahor meninggal di Kerling, Selangor pada tahun 1890 dan dikebumikan di situ.


-Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang yang dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein Brunei. -Sharif Masahor sangat berpengaruh di dalam kalangan masyarakat Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Skrang. -Kewibawaan beliau tergugat apabil James Brooke mengambil alih pentadbiran Sungai Rajang daripada Sultan Brunei. -Sharif Masahor menentang tindakan Brooke membina kubu di Kanowit dan melantik Henry Steele sebagai wakil British disana. -Pada tahun 1855,Sharif Masahor memimpin 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke. -James Brooke telah melucutkan jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar di Sarakei,menyebabkan beliau berasa marah. -Sharif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur dari Kuching untuk mengusir James Brooke keluar dari Sarawak. -Pada tahun 1859,Sharif Masahor menyerang kubu Brooke di Konawit. -Pada tahun 1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi Abdul Ghafur dan Temengung Hashim dari Sadong berpakat menyerang Brooke di Kuching. -Pakatan tersebut telah diketahui oleh Charles Brooke. -Dengan bantuan Belanda,Datu Patinggi Abdul Ghafur telah ditahan dan dipenjarakan di Betawi. -Pertempuran sengit antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong. -Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan 64 pengikutnya terbunuh. -Akhirnya, Sharif Masahor tewas dan berundur ke Mukah. -Pada tahun 1861,Sultan Brunei dipaksa menyerahkan Mukah dan Sharif Masahor ditangkap kemudian dibuang ke negara Singapura. -Walaupun perjuangan berjaya dipatahkan,gerakan menentang Brooke tetap di teruskan. -Keluarga Brooke kemudianya menghadapi tentangan Banting pada tahun 1894 dan penghulu Asun pada tahun 1931.

| NAME = Masahor, Syarif | ALTERNATIVE NAMES = | SHORT DESCRIPTION = Malay rebel | DATE OF BIRTH = | PLACE OF BIRTH = | DATE OF DEATH = 1890 | PLACE OF DEATH = }}


>

  1. Ulrike Freitag, W. G. Clarence-Smith (1997). Hadhrami Traders, Scholars, and Statesmen in the Indian Ocean, 1750s-1960s: 1750s- 1960s. 1997. m/s. 92. ISBN 90-04-10771-1. 
  2. John H. Walker (2002). Power and Prowess: The Origins of Brooke Kingship in Sarawak. University of Hawaii Press. m/s. 104. ISBN 0-8248-2500-4.