T108 (bas Rapid KL)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T108
MRT Sri Damansara Sentral–Taman Bukit Maluri/Bandar Meanjalara
Bas Rapid KL laluan T108 di Selangor, Malaysia
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Jun 2022; 21 bulan yang lalu (2022-06-16)
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatanBandar Sri Damansara, Taman Bukit Maluri, Bandar Menjalara, Villa Manja Sunway SPK Damansara
Melalui mercu tanda
Senarai mercu tanda
Titik mulaHab Bas MRT Sri Damansara Sentral (Pintu A)
Melalui
Senarai jalan raya
    • Persiaran Dagang
    • Persiaran Cemara
    • Persiaran Jati
    • MRR2 (FT 28)
    • Jalan Taman Bukit Maluri
    • Jalan Burung Jentayu
    • Jalan Burung Kasawari
    • Jalan 7A/62A
    • Jalan 7/62A
    • Jalan 1/62A
    • Persiaran Dato Shamsuddin Naim
    • Jalan Medan Putra 1
    • Jalan 1/62B
    • Jalan Seri Bintang
    • Jalan 3/62B
    • Lebuh Menjalara
Titik tamatHab Bas MRT Sri Damansara Sentral (Pintu A)
Hentian/stesen bas21 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan30–45 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Jalan Ipoh
Pertukaran ke laluan lain
← T107  Laluan bas di Lembah Klang  T109 →

Laluan bas T108 (Laluan MRT Sri Damansara Sentral–Taman Bukit Maluri/Bandar Menjalara) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T108 merupakan sebuah laluan bas perantara dari Stesen MRT Sri Damansara Sentral di Persiaran Dagang, Bandar Sri Damansara menuju ke kawasan kejiranan dalam Bandar Sri Damansara, Taman Bukit Maluri, Bandar Menjalara, dan sebahagian Villa Manja Sunway SPK Damansara.[1][2]

Laluan bas ini berkhidmat di 21 buah hentian bas,[2][3] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu.[4] Laluan bas T108 merupakan satu daripada 14 buah laluan bas perantara MRT Laluan Putrajaya yang memulakan perkhidmatannya serentak dengan MRT Laluan Putrajaya.[5] Laluan bas T108 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral Pintu A (PJ866), titik mula dan tamat bagi servis bas T108.
Pintu keluar A, Stesen MRT Sri Damansara Sentral menuju ke Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral.

Laluan bas T108 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran laluan bas 100–199).[6] T108 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Bandar Menjalara, Taman Bukit Maluri, sebahagian kawasan Bandar Sri Damansara dan Villa Manja Sunway SPK Damansara. Perkhidmatan bas ini menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat di kawasan tersebut ke Stesen MRT Sri Damansara Sentral, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL).[2]

Terdapat sebanyak 21 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T108, dengan tiga hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain seperti laluan T107 dan T109.[2][3] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[7][8] Laluan bas T108 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mengikut pelan asal, perkhidmatan bas laluan T108 hanya melalui kawasan Bandar Menjarala sahaja dan tidak memasuki kawasan perumahan Taman Bukit Maluri, iaitu tidak melalui Jalan Burung Jentayu dan Jalan Burung Kasawari. Pada waktu itu, hanya ada 18 buah hentian bas yang menyediakan perkhidmatan laluan bas T108 di sekitar Bandar Menjalara.[9][10]

Tetapi menjelang bulan Oktober 2022, perkhidmatan laluan bas T108 telah memasuki Taman Bukit Maluri dengan melalui Jalan Burung Jentayu dan Jalan Burung Kasawari sebagai lokasi perkhidmatan.[11] Menurut Hannah Yeoh Tseow Suan selaku Ahli Parlimen kawasan Segambut, terdapat sebanyak tujuh hentian bas di Taman Bukit Maluri yang ditambah dalam perkhidmatan laluan bas T108 untuk memudahkan penduduk ke destinasi masing-masing. Cadangan ini telah diilhamkan oleh penduduk setempat Taman Bukit Maluri lalu dikemukan ke ahli parlimen Segambut ketika itu. Menurut Hannah Yeoh, tindakan susulan yang diambil ialah dia telah menulis surat untuk MRT Corp pada bulan Julai 2022, lalu dimajukan ke Prasarana Malaysia.[12] Tujuh hentian bas baharu yang terbabit ialah Taman Bukit Maluri (Selatan), Komersial Taman Bukit Maluri, SMK Taman Bukit Maluri (Timur), SMK Taman Bukit Maluri (Utara), Taman Bukit Maluri (Utara), Taman Bukit Maluri (Barat) dan SMKA Kuala Lumpur.[2][12]

Laluan bas[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Sri Damansara Sentral pada tahun 2022.

Titik mula laluan bas T107 terletak di Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral Pintu A (kod hentian – PJ866) di susur Persiaran Dagang dekat Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.[13] Perkhidmatan bas T107 pertama kali bakal melalui Persiaran Dagang dengan melewati kawasan perumahan Jati SD 4, lalu berkelok ke selatan dekat Dataran Sri Damansara menuju ke Persiaran Jati, disusuli dengan Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2). Bas akan melalui Jalan Taman Bukit Maluri meninggalkan MRR2 dekat Pusat Kereta Berjaya, kemudian berkelok ke utara untuk menuju ke Jalan Burung Jentayu. Di jalan raya tersebut, terdapat tiga hentian bas bagi perkhidmatan laluan bas T108. Dekat SMK Taman Bukit Maluri, ia akan berkelok ke barat menuju ke Jalan Burung Kasawari, dengan membuat empat buah hentian bas di jalan raya tersebut. Tiba di penamat Jalan Burung Kasawari, laluan bas kembali melalui Jalan Taman Bukit Maluri kemudian menuju ke Jalan 7/62A dan Jalan 7A/62A. Terdapat tiga hentian bas di jalan raya tersebut, masing-masing satu dan dua hentian bas.[2][3]

Lalu, bas akan berkelok ke barat untuk menuju ke Jalan 1/62A, melewati kawasan perdagangan unBandar Menjalara. Dekat Masjid Al-Imam Al-Ghazali dan Taman Tasik Menjalara, laluan bas menuju ke barat daya untuk melewati Persiaran Dato Shamsuddin Naim dalam beberapa meter sebelum membelok ke arah selatan untuk melewati Jalan Medan Putra 1. Tiba di penghujung Jalan Medan Putra 1 dekat bangunan Menara Menjalara, bas bakal berkelok ke timur, melewati Jalan 1/62B. Terdapat dua hentian bas di sepanjang Jalan 1/62B. Kemudian, dekat bangunan Telekom Malaysia cawangan Kepong, bas akan menuju ke tenggara iaitu ke Jalan Seri Bintang dalam beberapa meter sebelum berkelok ke utara, iaitu Jalan 3/62B berhampiran dengan Pusat Perubatan ParkCity. Di kedua-dua jalan raya tersebut, masing-masing terdapat satu hentian bas. Menghampiri Kawasan Perindustrian Taman Bukit Maluri, perkhidmatan bas T108 akan menuju ke Lebuh Menjalara; di jalan raya tersebut hanya terdapat satu sahaja hentian bas bagi perkhidmatan laluan bas ini. Perkhidmatan laluan bas T108 ini bakal dilanjutkan melalui Jalan Taman Bukit Maluri semula, diikuti dengan MRR2 dan Persiaran Jati. Menghampiri titik tamat, bas ini akan berkhidmat di satu hentian bas di Persiaran Cemara dahuli. Bas kembali ke Persiaran Dagang untuk menuju ke titik tamat. Laluan bas T108 bakal tamat di Hab Bas MRT Sri Damansara Sental Pintu A.[2][3]

Hentian bas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 21 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T108.[2][3]

Senarai hentian bas[sunting | sunting sumber]

Hentian bas laluan T108 (Setakat Januari 2024)[2][3]
Kod Nama hentian bas Lokasi Pertukaran/sambungan Nota Gambar
PJ866 MRT Sri Damansara Sentral Pintu A Susur Persiaran Dagang 12 MRT Sri Damansara Sentral
Pengangkutan bas Rapid Bus: T107, T109
Titik mula
KL551 Taman Bukit Maluri (Selatan) Jalan Burung Hantu
KL552 Komersial Taman Bukit Maluri Jalan Burung Hantu
KL553 SMK Taman Bukit Maluri (Timur) Jalan Burung Hantu
KL554 SMK Taman Bukit Maluri (Utara) Jalan Burung Kasawari
KL556 Taman Bukit Maluri (Utara) Jalan Burung Kasawari
KL557 Taman Bukit Maluri (Barat) Jalan Burung Kasawari
KL558 SMKA Kuala Lumpur (Opp) Jalan Burung Kasawari
KL2425 Wisma Fiamma Jalan 7A/62A
KL2426 Kepong Village Mall Jalan 7A/62A
KL2427 Kawasan Pusat Bandar Menjalara Jalan 11 Jalan 7/62A
KL2428 Kawasan Pusat Bandar Menjalara Jalan 1/62A
KL515 Taman Menjalara (Utara) Persiaran Dato Shamsuddin Naim Pengangkutan bas Rapid Bus: T109
KL2429 Pusat Komuniti Menjalara Jalan Medan Putra 1
KL514 Menara Menjalara Jalan 1/62B
KL2430 Villa Manja Jalan 1/62B
KL2431 TM Kepong Menjalara Jalan Seri Bintang
KL1552 Perumahan Menjalara 62B Jalan 3/62B
KL550 SK Menjalara Lebuh Menjalara
PJ871 Komersial Dagang SD 2 Persiaran Cemara
PJ866 MRT Sri Damansara Sentral Pintu A Susur Persiaran Dagang 12 MRT Sri Damansara Sentral
Pengangkutan bas Rapid Bus: T107, T109
Titik mula

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Perbadanan MRT [MRT Corp]. 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i j "MyRapid - Bus Kiosk | T108" [MyRapid - Hentian Bas | T108]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 14 Disember 2023. Dicapai pada 14 Disember 2023.
  3. ^ a b c d e f "Laluan T108 Rapid KL | MRT Sri Damansara Sentral ↺ Taman Bukit Maluri / Bandar Manjalara". moovitapp.com. Moovit. 4 Januari 2024. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  4. ^ a b Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Kuala Lumpur: Pandu Laju. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  5. ^ MRT Laluan Putrajaya: Penghubung Rakyat Malaysia (risalah). Rapid KL (Prasarana Malaysia Berhad). 2022. Diperolehi pada 4 Januari 2024.
  6. ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  8. ^ Hazril Hafiz (17 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac — apa yang perlu anda tahu; soalan lazim, terma & syarat". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ "Laluan T108 Rapid KL | MRT Sri Damansara Sentral ↺ Bandar Manjalara". moovitapp.com. Moovit. 29 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2022. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  10. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T107 (MRT Sri Damansara Sentral – Bandar Menjalara)". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  11. ^ Rapid KL (11 Oktober 2022). "Informasi Perjalanan: Perkhidmatan Bas Pengantara MRT Laluan T108". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2024. Dicapai pada 4 Januari 2024 – melalui Facebook.
  12. ^ a b "往返斯里白沙罗中环站与武吉马鲁里捷运接驳巴士设新路线" [Laluan Bas MRT Baharu di antara MRT Sri Damansara Sentral dan Taman Bukit Maluri]. Sin Chew Daily Malaysia (dalam bahasa Cina). Sin Chew Media Corporation Berhad. 11 Julai 2022. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  13. ^ MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]