Stesen MRT Sri Damansara Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sri Damansara Sentral Rapid KL
Permandangan stesen dari Jalan Kuala Selangor.
LokasiStesen MRT Sri Damansara Sentral, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°11′55″N 101°37′17″E / 3.198610637973347°N 101.62127576306669°E / 3.198610637973347; 101.62127576306669Koordinat: 3°11′55″N 101°37′17″E / 3.198610637973347°N 101.62127576306669°E / 3.198610637973347; 101.62127576306669
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya (Dibuka November 2021)
Platform1
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SSP07 
Sejarah
Dibuka12 November 2021
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sri Damansara Barat
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Sri Damansara Timur
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Sri Damansara Sentral adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia di mana Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) berkhidmat di stesen ini. Stesen ini akan bermula operasi pada November 2021 dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga stesen Kampung Batu.[1] Ia juga merupakan sebahgian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak berhampiran dengan Persiaran Dagam. Ia terletak di dalam kawasan perindustrian Bandar Sri Damansara dan berdekatan dengan Lebuhraya Duta-Ulu Klang E33, Wisma FMM, jalan raya Persiaran Dagang, Persiaran Jati dan Jalan Kual Selangor.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan oleh pihak MRT. Stesen ini juga dilengkapi dengan kawasan parkir Park and Ride.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  2. ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
  3. ^ "Sri Damansara Sentral". Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. Dicapai pada 2021-10-18.