Tanjung Kupang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanjung Kupang merupakan sebuah kampung berdekatan Nusajaya, Gelang Patah, negeri Johor, Malaysia.

Tugu Peringatan Tanjung Kupang[sunting | sunting sumber]

Sebuah Tugu Peringatan Tanjung Kupang telah dibina di sini bagi memperingati peristiwa terhempasnya kapal terbang MAS Malaysia Airlines Flight 653 (Boeing 737-2H6) di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru pada petang 4 Disember 1977 [1]. Seramai 93 penumpang dan 7 kakitangan terbunuh. Kapal terbang ini dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Singapura. Antara penumpangnya ialah Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Ali Haji Ahmad, Ketua Pengarah JKR, Dato' Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia. Juruterbang ialah Kapten G.K. Ganjoor. Beliau ada melaporkan kepada Menara Subang tentang kehadiran 'perampas kapal terbang' yang tidak dikenali. Penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang ada mendengar bunyi letupan dan kebakaran di udara. Tidak ada yang selamat dan semua tubuh mangsa hancur berkecai dan tidak dapat dikenali.[2]

Sebuah novel berbahasa Melayu dengan tajuk Tragedi Empat Disember ditulis oleh Dzul Karnain Ithnin menceritakan kisah ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]