Sultanah Zanariah
Raja Permaisuri Agong | |
Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad | |
---|---|
Raja Permaisuri Agong ke- | 8 |
Yang di-Pertuan Agong | Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail |
Negeri | Johor |
Kelahiran | Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan | 5 Julai 1940
Kemangkatan | 17 Mac 2019 Johor Bahru, Johor | (umur 78)
Mula jawatan | 26 April 1984 |
Tamat jawatan | 25 April 1989 |
Penyandang terdahulu | Tengku Ampuan Afzan |
Penyandang kemudian | Tuanku Bainun |
Almarhumah Tunku Puan Zanariah Iskandar[1] (Jawi: تونكو ڤوان زانريه إسكندر), dahulunya dikenali sebagai Sultanah Zanariah (lahir Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad; 5 Julai 1940 – 17 Mac 2019) merupakan suri kedua kepada Sultan Johor era moden ke-4, Sultan Iskandar daripada perkahwinan mereka pada tahun 1961 sehingga kemangkatan suami baginda pada tahun 2010.
Baginda berasal daripada keluarga DiRaja Kelantan. Baginda merupakan puteri kepada Almarhum Tengku Panglima Raja Kelantan Long Ahmad bin Almarhum Tengku Temenggung Kelantan Long Abdul Ghaffar Ibni Almarhum Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Ayahanda baginda, Tengku Panglima Raja Long Ahmad adalah individu yang memahkotakan tiga orang Al-Sultan Kelantan. Baginda pernah berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 dan 1989.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Almarhumah Tengku Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad diputerikan pada 5 Julai 1940 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan. Baginda adalah puteri yang ketujuh kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad dan Che Puan Hajah Fatimah Binti Dato' Abdul Hamid di antara sembilan orang adik beradik. Kakanda baginda, Tunku Puan Nora Ismail atau Sultanah Nora ialah suri kepada, Sultan Ismail.[2]
Baginda sentiasa berpegang teguh kepada adat istiadat istana serta ditambah dengan pengetahuan agama yang kuat. Seri Paduka Baginda Sultan Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja sentiasa menitikberatkan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan apabila bergaul dengan setiap masyarakat yang berdamping dengan baginda, walau di mana baginda berada.
Dengan peribadi baginda yang lemah lembut itu, baginda sentiasa dapat menarik perhatian sesiapa juga yang bertemu dengan baginda, lebih-lebih lagi kaum sejenis dengan baginda. Sifat-sifat seumpama ini telah dapat diturunkan oleh baginda kepada Paduka anakanda-anakanda baginda dalam menjalankan tugas baginda sebagai seorang bonda terhadap keluarga.
Setelah mendapat asuhan asas yang begitu mantap dalam istana, baginda mula mendapat didikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada tahun 1946. Kemudian baginda telah melanjutkan pelajaran baginda di Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur dari tahun 1950 hingga 1952 dan telah berangkat kembali ke Kelantan di mana baginda meneruskan pelajaran baginda di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas. Di atas dorongan ayahanda dan disertai pula dengan perasaan untuk melengkapkan diri bagi masa hadapan, baginda telah berangkat ke England dalam tahun 1954 untuk melanjutkan lagi pelajaran baginda di Upper Chime School Isle of Wight.
Semasa berada di England inilah, maka takdir telah menentukan bahawa baginda telah ditemu buat kali pertamanya dengan baginda Sultan Iskandar yang juga pada masa yang sama berada di England bagi melanjutkan pelajaran baginda. Mereka kemudiannya berkahwin pada 20 Ogos 1961 dan dikurniakan dengan seorang putera dan 5 puteri.
Bagi memantapkan lagi pengetahuan agama Islam terhadap Paduka anakanda-anakanda baginda telah menetapkan beberapa orang guru agama yang tertentu untuk memberi bimbingan ajaran agama kepada mereka di istana.
Walaupun baginda sibuk dengan tugas-tugas sebagai seorang suri rumahtangga dan juga sebagai seorang pengasuh kepada Paduka anakanda-anakanda, baginda tidak ketinggalan berangkat mengiringi baginda Sultan dalam acara-acara rasmi sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.
Sebagai Raja Permaisuri Agong, baginda sangat-sangat menyedari akan tanggungjawab baginda terhadap kebajikan kaum wanita, khususnya dalam Negeri Johor dan menyedari akan hakikat inilah, maka dengan daya usaha baginda sendiri, baginda telah menaja serta menubuhkan sebuah badan yang diberi nama Majlis Wanita Negeri Johor atau ringkasnya ‘MAWAR’ yang telahpun digerakkan dengan mengadakan majlis-majlis Agama seperti Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w. bertempat di ibu pejabatnya di Jalan Sungai Cat, Johor Bahru. MAWAR juga telah dapat mengumpulkan wang dan seterusnya didermakan pula kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Johor ini dan juga kepada rakyat-rakyat yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan bantuan serta pertolongan.
Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail dilantik sebagai Sultan Johor yang baharu. Pada 16 Februari 2011, gelaran Sultanah Zanariah yang dipegang oleh baginda telah diubah kepada Tunku Puan Zanariah Iskandar bersama kekandanya, Sultanah Nora bertukar kepada Tunku Puan Nora Ismail sebagai satu tradisi dalam kerabat Johor apabila Permaisuri baharu dimasyhurkan.
Minat
[sunting | sunting sumber]Sebagai wanita baginda amat cintakan seni dan semua yang indah. Baginda amat gemar memasak serta mengambil berat terhadap segala persiapan setiap hari. Selain dari itu, baginda juga sentiasa mengambil perhatian yang khas dalam hal memilih dan mengatur sendiri segala perhiasan di istana, terutamanya apabila diadakan majlis-majlis santapan rasmi.
Bagi mengisi masa lapang, baginda gemar mengambil bahagian dalam riadah, menunggang kuda, bermain Golf, Tenis dan baginda juga merupakan seorang yang handal dan cekap bermain ‘water ski’. Baginda juga boleh dikatakan Sultanah Johor yang pertama pernah mencatatkan sejarah apabila baginda berangkat mendaki Gunung Ledang, gunung yang tertinggi dan masyhur dalam sejarah Negeri Johor.
Baginda juga gemar membaca dan mengambil tahu tentang kebudayaan, sejarah dan hal ehwal negara jiran.
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Almarhumah Tunku Puan Zanariah telah mangkat pada jam 11:47 malam Isnin, 17 Mac 2019. Kemangkatan baginda diumumkan melalui hantaran laman Facebook dan Instagram Sultan Johor pada pukul 8:10 pagi keesokan harinya.[3][4][5] Jenazah baginda disemayamkan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene dalam suatu upacara penghormatan terakhir. Kemudiannya, jenazah baginda dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah dengan menggunakan ambulans peribadi Sultan Johor sebelum dimakamkan bersebelahan makam bondanya, Che Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid pada pukul 2 petang.[6][7]
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Kurniaan Johor
[sunting | sunting sumber]- Johor :
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK) (28 Oktober 1972).
- Pangkat Pertama Dato’ Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) -- Datin Paduka.
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS).
Kurniaan Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia : Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N., 1987).[8]
- Kelantan : Darjah Kerabat Kelantan (D.K.).
- Kedah : Darjah Kerabat Kedah (D.K.).
Kurniaan Luar Negara
[sunting | sunting sumber]- Brunei : Darjah Kerabat Laila Utama Brunei (D.K., 4 April 1987).
- Korea Selatan : Grand Cross in the Grand Order of Mugunghwa
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "No 'sultanah' title or special perks for 2 Johor consorts". New Straits Times. 17 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2011. Dicapai pada 5 Jun 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Tan Chee Khoon, pg 25
- ^ "Bonda Sultan Johor Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat". Astro Awani. 18 Mac 2019. Dicapai pada 18 Mac 2019. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Sajida Asarulah Khan (18 Mac 2019). "Bonda Sultan Johor mangkat". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2019. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Sharkawi Londing (18 Mac 2019). "Tengku Puan Zanariah mangkat". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-20. Dicapai pada 18 Mac 2019. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Bernama (18 Mac 2019). "Bonda Sultan Johor selamat dimakamkan". Kosmo! Online. Dicapai pada 18 Mac 2019. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Irwan Shafrizan Ismail (18 Mac 2019). "TPM ucap takziah". BH Online. Foto oleh Ghazali Kori. Dicapai pada 18 Mac 2019. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1987" (PDF).
Sultanah Zanariah Tarikh keputeraan: 5 Julai 1940
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tunku Puan Nora Ismail |
Tunku Puan Johor 2011 – 2019 |
Diikuti oleh: Tunku Puan Nora Ismail |
- Orang dari Kelantan
- Raja Permaisuri Agong
- Kerabat diraja Kelantan
- Kelahiran 1940
- Kematian 2019
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Sultanah Johor
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati
- Penerima Darjah Dato’ Sri Setia Sultan Ismail Johor