Pertempuran Bulge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Amerika mengambil kedudukan di Ardennes semasa Pertempuran Bulge
Pertempuran Bulge
Konflik Perang Dunia II
Tarikh 16 Disember 1944 – 15 Januari 1945
Tempat Ardennes
Hasil Kemenangan pihak Berikat
Penempur
US flag 48 stars.svg Amerika Syarikat
Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom
Flag of German Reich (1935–1945).svg Jerman
Komander
US flag 48 stars.svg Dwight Eisenhower
US flag 48 stars.svg George Patton
Flag of the United Kingdom.svg Bernard Montgomery
Flag of German Reich (1935–1945).svg Walther Model
Flag of German Reich (1935–1945).svg Gerd von Rundstedt
Kekuatan
840,000 orang, 400 kereta kebal, 400 meriam (16 Dis - permulaan Pertempuran) 200,000 orang, 600 kereta kebal, 1,900 meriam (16 Dis - permulaan Pertempuran)
Mangsa
Amerika Syarikat Amerika Syarikat:
89,500
(19,000 terbunuh,
47,500 cedera,
23,000 ditahan atau hilang)[1]
~800 kereta kebal[2]

United Kingdom British:
1,408
(200 terbunuh,
1,200 cedera atau hilang)[3][4]

Flag of German Reich (1935–1945).svg 67,200[5] – 100,000 terbunuh, hilang/ditawan, atau cedera[6][1]
~600 kereta kebal dan meriam serang[2][7]

sekitar 3,000 orang awam terbunuh[8]

78,000 mangsa (8,607 mati, 21,144 hilang,23,500 tahanan, 47,139 cedera), 733 kereta kebal musnah 68,000 mangsa (12,652 mati, 14,000 hilang, 2,000 tahanan, 34,439 cedera), 700 kereta kebal musnah

Serangan Ardennes Jerman, lebih dikenali sebagai Pertempuran Bulge, bermula pada akhir Disember 1944 dan merupakan serangan besar-besaran terakhir Nazi Jerman di Perbatasan Barat semasa Perang Dunia II. Tentera Jerman bertujuan untuk memecahkan garis Berikat kepada dua, menawan bandar Antwerp dan kemudian bergerak ke utara untuk mengepong dan memusnahkan empat tentera Berikat, dengan itu sebagaimana dipercayai Hitler, akan memaksa pihak Berikat Barat untuk berunding perjanjian perdamaian memihak kepada pihak Axis.

Walaupun akhirnya gagal, serangan tersebut bagaimanapun mengikat sebahagian besar sumber pihak Berikat, dan tindak balas lembap pihak Berikat kepada ruang antara garis pertahanan mereka menambah berbulan-bulan kepada jadual masa serangan mereka. Bagaimanapun, serangan tersebut membenarkan pihak Berikat untuk memusnahkan sebahagian besar tentera terbaik Jerman di luar Garis pertahanan Siegfried dan meninggalkan tentera Jerman yang tinggal dalam keadaan kekurangan bekalan, dengan itu memudahkan serangan terhadap Jerman selepas itu. Dari segi jumlah, ia merupakan pertempuran terbesar tentera Amerika Syarikat hadapi sehingga kini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Penembusan dari Pertempuran Normandy pada Ogos 1944 membenarkan pihak Berikat untuk meluru merentasi Perancis dengan kelajuan tidak pernah dilihat sebelum ini. Ketika melakukannya, ia menimbulkan masaalah logistik, disebabkan pelabuhan laut dalam tunggal hanyalah di Cherbourg berhampiran pantai penjajahan asal mereka. Walaupun bandar pelabuhan tambahan telah ditawan selepas penjajahan tersebut, pihak Jerman memusnahkannya dengan cermat untuk menghalang penggunaannya. Tambahan lagi adalah kemusnahan menyeluruh sistem landasan Perancis sebelum D-Day, bertujuan untuk menghalang pergerakan tentera Jerman, tetapi sekarang terbukti juga membantutkan pergerakan pihak Berikat. Sebaliknya, sistem lori besar-besaran yang dikenali sebagai Express Bola Merah - (Red Ball Express) telah didirikan, tetapi apabila ia sampai ke perbatasan Belgian ia telah menggunakan lima galen bahan api bagi setiap gelen yang dihantar. Walaupun tentera Jerman berundur secara berterusan, pada awal Oktober keadaan bekalan amat lemah sehinggakan tentera Berikat gagal mencapai kemajuan besar.

Setiap jeneral pihak Berikat mendesak untuk semua bekalan diberikan kepada tentera mereka, agar membekalkan satu pasukan tentera bekalan penuh untuk meneruskan serangan. Eisenhower, bagaimanapun, mengekalkan posisi strategi perbatasan lebar, walaupun dengan kelebihan bagi tentera di Utara disebabkan matlamat jangka pendek mereka termasuk membuka pelabuhan Antwerp penting dan matlamat jangka panjang mereka untuk menawan kawasan Ruhr, pusat pengilangan Jerman. Dengan pihak Berikat berkumpul untuk bekalan, kawasan perbatasan menjadi tenang, dengan itu membenarkan Gerd von Rundstedt untuk mengatur kembali unit Jerman kepada kumpulan lebih kecil tetapi membentuk pasukan yang lebih berkesan.

Operasi Market Garden yang diketuai oleh Bernard Montgomery, serangan yang bertujuan membuka Antwerp, merentasi Rhine dan melintasi Garis Siegfried terbukti gagal pada bulan Oktober, dan meninggalkan pasukan berikat dalam kedudukan sama seperti sebelumnya. Pada November Tentera Pertama Kanada (Canadian First Army) berjaya mendapatkan bekalan secukupnya untuk bergerak kehadapan, membersihkan Westerschelde dengan menawan Walcheren dan membuka pelabuhan besar Antwerp klepada perkapalan. Ia boleh dikatakan bahawa aksi ini adalah lebih penting daripada Market-Garden, tetapi pihak Kanada kurang daya tarikan berbanding Montgomery dan George Patton. Pada penghujung bulan, keadaan masaalah bekalan semakin selesai, walaupun pasukan berikat masih tersebar diseluruh Perancis, Belgium, dan Luxembourg.

Keadaan bagi Jerman amat teruk. Terdahulu pada Operasi Bagration musim panas lalu —serangan besar-besaran Soviet di Perbatasan Timur—membebaskan diri mereka dari timur Poland dalam apa yang digelar pihak Jerman sebagai Kemusnahan Pusat Kumpulan Tentera -(Army Group Center). Kemaraan Soviet begitu pantas sehinggakan serangan tersebut hanya berhenti disebabkan masalah bekalan dan keletihan. Kini, beberapa bulan kemudian, ia jelas bahawa pihak Soviet bersedia untuk serangan musim sejuk, kemungkinannya pada bulan Disember.

Ketika itu, serangan udara pihak Berikat pada awal 1944 menyebabkan Luftwaffe tidak mampu terbang, meninggalkan mereka tanpa perisikan medan perang dan tiada cara untuk menghalang bekalan pihak Berikat. Yang sebalinya juga teruk; pergerakan siang hari dikesan hampir serta merta, dan penghalangan bekalan digabung dengan pengeboman padang minyak Romania memutuskan Jerman dari minyak dan gasolin.

Satu-satunya berita baik bagi pihak Jerman adalah mereka tidak lagi perlu mempertahankan seluruh barat Eropah. Garis perbatasan di barat semakin pendek dan lebih dekat dengan tanah utama Jerman, secara mengejut memulihkan masalah bekalan mereka walaupun dengan penguasaan uadra oleh pihak Berikat. Tambahan lagi, jaringan telefon dan telegraf bererti radio tidak lagi perlu digunakan untuk berhubung, yang mana melumpuhkan senjata paling berkuasa pihak Berikat, pemintasan Ultra.

Dengan berakhirnya kemaraan Bagration dan Kanada, pertempuran menurun ketika musim luruh melanda Eropah, dengan hanya operasi terhad dalam Kempen Lorraine dan Pertempuran Aachen.

Kerahan untuk serangan[sunting | sunting sumber]

Hitler bukannya berkhayal mengenai keadaan keseluruhan, tetapi merasakan mereka mampu mempertahankan Jerman sekiranya mereka hanya bertempur pada satu perbatasan. Apabila operasi Market-Garden terhenti pada masa yang sama dengan Operasi Bagration, kawalan rentak operasi beralih seketika kepada pihak Jerman. Ia jelas bahawa sekiranya terdapat peluang untuk menyerang, ia adalah masa itu.

Memandangkan keadaan tentera Jerman pada masa itu, hanya terdapat peluang yang tipis untuk berjaya menyerang tentera Soviet yang besar itu. Beberapa rancangan kearah tersebut telah dikemukanan, tetapi tidak mempunyai nilai kesan strategik. Walaupun mengacip dan memusnahkan keseluruhan division tentera masih meninggalkan tentera Soviet dengan kekuatan tentera yang lebih besar berbanding tentera Jerman, dan tidak terdapat sebarang garis pertahanan semulajadi yang berguna bagi mengawal apa yang tidak terdapat dalam kawalan Jerman.

Di perbatasan Barat kemungkinannya lebih menarik. Masalah bekalan jelas mempunyai kesan besar terhadap operasi pihak Berikat, walaupun dengan pembukaan pelabuhan Antwerp keadaan sekali lagi beralih kearah mereka semula. Bagaimanapun, tentera tersebut kini terbahagi sepanjang perbatasan dari selatan Perancis sehingga kepertengahan Belanda, dengan beberapa bahagian dipertahankan dengan lemah. Serangan yang berjaya terhadap tentera mereka berkemungkinan mengucar-kacirkan tentera mereka untuk beberapa lama..

Beberapa rancangan diajukan tetapi mereka mula menumpu kepada dua. Salah satu mencadangkan serangan dua arah sepanjang perbatasan tentera Amerika, dengan harapan untuk mengepong tentera ke 9 dan ke 3 dan meletakkan tentera Jerman balik kembali mengawal tempat pertahanan yang baik yang mana mereka telah bertempur dan membantutkan kemaraan dengan tentera Amerika pada musim panas yang lalu. Rancangan satu lain mencadangkan serangan blitzkrieg klassik menembusi pertahanan lemah Ardennes memecahkan tentera antara garis US-British dan menawan Antwerp.

Kedua rancangan menumpu pada serangan terhadap tentera Amerika, sebahagian besarnya disebabkan pandangan Hitler terhadap tentera Amerika tidak mampu bertempur dengan baik, dan baris perbatasan Amerika berkemungkinan besar bubar dengan serangan besar-besaran. Tidak terdapat bukti bahawa Hitler menyedari, atau sebarang kaki-tangan tenteranya menimbulkan, bahawa berbanding kesemua peserta pertempuran utama, Amerika Syarikat merupakan yang sehingga itu paling kurang mengalami kerosakan dan mempunyai keupayaan pulih paling baik.

Hitler menumpu kepada rancangan kedua semenjak awal. Mengacip tentera Amerika mungkin menyebabkan mereka lemah, tetapi dengan tentera British masih di lapangan dan beberapa tentera Amerika berhampiran, kejayaan dalam pertempuran tidak menukar apa-apa keadaan keseluruhan. Bagaimanapun, peluang bagi memecahkan tentera US-British dianggap lebih menarik. Pertelingkahanan antara Montgomery dan Patton diketahui ramai, dan Hitler percaya bahawa kedua mereka akan mula berbalah dengan cepat apabila keadaan menjadi buruk. Jika serangan tersebut berjaya dan Antwerp ditawan, saluran bekalan mereka yang baru ditawan akan terputus dan empat tentera lengkap akan terperangkap di utara dibelakang garis Jerman. Hitler percaya bahawa sekiranya operasi ini berjaya pasukan Berikat Barat akan meminta perdamaian, meninggalkan Jerman dengan Soviets dalam pertempuran satu perbatasan.

Perancangan[sunting | sunting sumber]

Di atas desakan Hitler, ia diputuskan bahawa menjelang pertengahan September tentera Jerman akan menyerang melalui Ardennes, sebagaiman dilakukan mereka empat tahun terdahulu dalam Pertempuran Perancis. Pasukan utama akan bergerak kearah barat sehingga sampai ke Sungai Meuse, dan kemudian belok kebarat laut menghala ke Antwerp dan Brussel. Bahagian paling sukar adalah bahagian permulaan dimana keadaan muka bumi menjadikan pergerakan pantas sukar, tetapi apabila sampai Meuse keadaan berubah menjadi baik, membenarkan pecutan ke arah pantai. Rancangan baru diberinama kod Wacht am Rhein ("Pemerhati di Rhine") agar mengelirukan perisik Berikat agar mempercayai bahawa operasi Jerman merupakan persediaan bagi pertahanan Rheinland penting Jerman.

Perbatasan Barat - 15 Disember 1944
Ardennes - 15 December 1944

Empat division tentera dipulih bagi operasi ini:

  • Tentera Panzer SS ke 6, diketuai oleh Sepp Dietrich. Baru dibentuk pada 26 Oktober 1944, ia menggabungkan sebahagian daripada unit elit Waffen-SS, termasuk 1st SS Panzer Division Leibstandarte Adolf Hitler dan 12th SS Panzer Division Hitlerjugend — satu-satunya division yang menggunakan nama Hitler. Ia ditugaskan sebagai pasukan penyerang utama, mengetuai serangan paling utara dengan matlamat menawan Antwerp.
  • Tentera Panzer ke 5 diketuai oleh Hasso von Manteuffel, ditugaskan untuk menyerang laluan bahagian tengah dengan matlamat menawan Brussel.
  • Tentera Jerman ke 7, diketuai oleh Erich Brandenberger, ditugaskan untuk serangan di selatan , dengan tugasan melindungi bahagian belakang.
  • Turut terbabit, tetapi bukannya dibaris hadapan, adalah Tentera Jerman ke 15, diketuai oleh Gustav-Adolf von Zangen, yang baru dibentuk semula selepas pertempuran sengit ketika Operasi Market Garden, ia diletakkan dibahagian utara medan pertempuran Ardennes dan ditugaskan bagi mengikat tentera Amerika dikawasan tersebut, dengan kemungkinan melancarkan serangan mereka sendiri jika terdapat peluang yang baik.

Menyelia keseluruhan operasi ini adalah Field Marshals Walther Model, komander Tentera Kumpulan B Jerman dan Gerd von Rundstedt, komander keseluruhan tentera Jerman di Barat.

Untuk serangan ini berjaya, tiga perkara dianggap genting bagi perancang.

  • Serangan itu mestilah mengejut sepenuhnya.
  • Cuaca buruk diperlukan bagi mengenepikan kelebihan kuasa udara tentera Berikat Allied dan kerosakan yang mampu dilakukannya pada serangan dan garis bekalan Jerman.
  • Kemajuan perlu pantas tanpa kelewatan. Field Marshal Walther Model telah mengistiharkan bahawa matlamat Sungai Meuse River perlu dicapai pada hari ke 4, agar serangan tersebut berpeluang untuk berjaya.

Rancangan asal memerlukan kurang daripada 45 division, termasuk sedozen division Panzer dan division Panzergrenadier membentuk (armored spearhead) dan pelbagai unit infantari untuk membentuk garis pertahanan apabila pertempuran bermula. Bagaimanapun, pada masa ini tentera Jerman mengalami kekurangan tenaga manusia yang teruk, tentera tersebut terpaksa dikurangkan kepada hanya 30 division. Walaupun ia mengekalkan kebanyakan kenderaan perisainya, tidak terdapat tentera infantari secukupnya akibat keperluan pertahanan di timur. Tiga puluh Division yang baru dibentuk ini merupakan simpanan terakhir tentera Jerman. Antaranya adalah unit Volksgrenadier dibentuk daripada campuran veteran perang dan rekruit yang dahulunya dianggap terlampau muda atau tua untuk bertempur. Semasa persediaan, masa latihan, peralatan dan bekalan tidak mencukupi. Bekalan bahan api Jerman tidak mencukupi - bahan tersebut dan bekalan yang tidak dapat dibekalkan secara langsung melalui landasan perlu diangkut dengan kereta kuda untuk menjimatkan minyak - division Mekanikal dan Panzer perlu bergantung kepada bahan api yang ditawan. Akibat dari itu, permulaan serangan dilewatkan dari pertengahan-November kepada 16 Disember.

Sebelun serangan, pihak Berikat hampir buta sepenuhnya kepada pergerakan tentera Jerman. Semasa pembebasan Perancis, jaringan meluas penentang Perancis telah memberikan maklumat perisikan penting terhadap kedudukan Jerman. Sekarang ini, apabila mereka sampai ke sempadan Jerman, sumber ini kekeringan. Di Perancis, arahan dihantar antara tentera Jerman menggunakan perutusan radio yang dikodkan menggunakan mesin Enigma, dan ia boleh diterima dan dinyah-enkripsi menggunakan Ultra. Di Jerman, arahan sedemikian biasanya dihantar menggunakan telefon dan teleprinter, dan arahan senyap radio dikenakan kepada semua perkara berkenaan serangan yang akan datang. Pembersihan (crackdown) besar-besaran pada Wehrmacht selepas Plot 23 Julai menyebabkan keselamatan yang lebih ketat dan kurang kebocoran. Cuaca berkabus musim luruh turut menghalang kapal terbang peninjau Berikat daripada menilai keadaan di atas tanah dengan berkesan.

Pemerintah Tinggi Berikat menganggap Ardennes sebagai sektor sunyi, bergantung kepada penilaian khidmat perisikan bahawa Jerman tidak berupaya melancarkan operasi serangan besar-besaran sebegini lewat akhir perang. Perisikan yang ada mendorong pihak Berikat mempercayai bahawa apa yang sebenarnya pihak Jerman ingin mereka percayai - bahawa persediaan yang dilaksanakan hanyalan untuk pertahanan, bukannya operasi serangan. Kesemua ini bererti serangan tersebut, apabila berlaku, merupakan kejutan sepenuhnya kepada pasukan Berikat. Unit pihak Berikat yang diletakkan di Ardennes merupakan campuran tentera baru (seperti (rookie) Division US ke 99 dan Division Infantari US ke 106, dan tentera pernah bertempur yang dihantar kek sektor tersebut untuk berehat (Division Infantari US ke 2).

Dua operasi khas utama turut dirancang bagi serangan tersebut. Menjelang Oktober ia diputuskan bahawa Otto Skorzeny, komando Jerman yang menyelamatkan Benito Mussolini, mengetuai pasukan khas tentera Jerman bertutur bahasa Inggeris dalam Operasi Greif. Tentera ini akan mengenakan pakaian uniform Amerika dan British dan mengenakan tag nama -(dog tag) yang diambil daripada mayat dan tahanan perang. Tugas mereka adalah untuk pergi dibelakang garis Amerika dan menukar papan nama jalan, melencungkan trafik, secara keseluruhannya menyebabkan gangguan dan untuk merampas jambatan menyeberangi Sungai Meuse antara Liège dan Namur. Pada akhir November operasi khas bercita-cita tinggi di tambah; Kolonel Friedrich August von der Heydte akan mengetuai Fallschirmjäger (tentera payung terjun) Kampfgruppe dalam Operasi Stösser penerjunan tentera payung terjun dibelakang garia pihak Berikat bertujuan menawan persimpangan jalan penting berhampiran Malmedy.

Pasukan perisikan Jerman meletakkan 20 Disember sebagai tarik dijangka bermulanya serangan Soviet yang akan datang, bertujuan menghancurkan sisa penentangan Jerman di Perbatasan Timur dan dengan itu membuka jalan ke Berlin. Ia diharapkan bahawa Stalin akan melewatkan operasi tersebut apabila serangan pihak Jerman di Ardennes bermula dan menunggu keputusannya sebelum mula.

Dalam persedian akhir, Hitler dan kaki-tangannya meninggalkan ibupejabat (Wolf's Lair) di Prussia Timur, di mana mereka telah mengatur kebanyakan pertempuran di Perbatasan Timur. Selepas lawatan singkat ke Berlin, pada 11 Disember, mereka pergi ke (Eagle's Nest), ibupejabat Hitler diselatan Jerman, tapak di mana dia telan menyelaras kempen 1940 yang berjaya terhadap Perancis dan negara-negara rendah.

Serangan Awal Jerman[sunting | sunting sumber]

Sepp Dietrich mengetuai Tentera Panzer SS ke 6 di laluan utara serangan.
Hasso von Manteuffel mengetuai Tentera Panzer ke 5 di laluan tengah serangan.
Erich Brandenberger mengetuai Tentera Panzer ke 7 di laluan selatan serangan.

Serangan Jerman bermula pada 16 Disember 1944 pada pukul 0530 jam dengan serangan meriam besar-besaran ke atas tentera Amerika yang berhadapan dengan Tentera Panzer ke 6. Pada jam 0800 kesemua tiga Tentera Jerman menyerang menerusi Ardennes. Di sektor utara Tentera Panzer SS ke 6 Dietrich menyerang Losheim Gap dan Elsenborn Ridge dalam usaha memecah keluar ke Liège. Di tengah, Tentera Panzer ke 5 von Manteuffel menyerang kearah Bastogne dan St. Vith, kedua-duanya persimpangan jalan yang penting secara strategik. Dan diselatan Tentera ke 7 Brandenberger bergerak ke arah Luxembourg dalam usaha mereka untuk mempertahankan bahagian belakang dari serangan pihak Berikat.

Meniru taktik yang digunakan Russia terhadap barisan Jerman dengan hasil yang dashyat semasa Operasi Bagration, gelombang Jerman pertama kebanyakannya infantari, yang membersihkan kawasan dan membentuk kacip dihadapan yang boleh digunakan oleh tentera berperisai. Kemaraan pertama mengejutkan tentera Amerika dan kebanyakan unit hadapan menyerah, tetapi tentangan hebat berikutnya melambatkan kemaraan tentera Jerman.

Serangan oleh Tentera Panzer SS unit infantari unit ke 6 di bahagian utara terhalang disebabkan tentangan hebat oleh Division Infantari US ke 2 yang tidak disangka-sangka di Elsborn Ridge mengakibatkan kemaraan mereka terbantut; ini memaksa Dietrich untuk menggunakan pasukan Panzer awal. Bagaimanapun, bermula pada 16 Disember, ribut salji yang teruk melanda kawasan Ardennes. Walaupun ia mengakibatkan tentera udara pihak Berikat di darat seperti yang diiinginkan, keadaan cuaca juga mengganggu pihak Jerman kerana keadaan jalan yang teruk menganggu kemaraan mereka, beribu-ribu kenderaan lekat dalam kesesatan lalu lintas.

Serangan Jerman di bahagian tengah dan selatan berjalan dengan lebih baik ketika mereka bertempur dengan Division Infantari ke 106 Amerika. Sepanjang perbatasan bagaimanapun, ketiadaan pengalaman tentera Jerman juga terserlah. Mereka cenderung menyerang di kawasan terbuka, dan berbaris tanpa perlindungan, menjadukan mereka sasaran utama serang hendap Amerika. Kemajuan peluru meriam fius proximity oleh pihak Berikat melumpuhkan ramai tentera Jerman di kawasan terbuka.

Hitler meramalkan bahawa ia akan mengambil masa selama dua atau tiga hari bagi Eisenhower untuk menyedari bahawa pertempuran di Ardennes merupakan serangan utama dan bukannya serang balas tempatan. Ramalannya ternyata salah sama sekali; sebelum berakhir hari pertama, Eisenhower—mengabaikan nasihat kaki tangannya—telah memerintah sejumlah besar tentera sokongan kekawasan tersebut. Red Ball Express berhenti menghantar bekalan dan mula menghantar tentera. Dalam tempoh seminggu, 250,000 orang tentera telah dihantar. Pada masa yang sama, Division Bawaan Udara ke 101 - (101st Airborne Division), (bersama-sama pasukan tempur dari Division Perisai ke 10 U.S.diperintahkan bergerak dan mempertahankan bandar Bastogne. (Citizen Soldiers, p 201).

Operasi Stösser[sunting | sunting sumber]

Main article: Operation Stösser

Pada asalnya ditetapkan pada awal subuh 16 Disember, tetapi cuaca buruk dan masalah kekurangan bahanapi melewatkan Operasi Stösser selama satu hari dengan masa terjun ditetapkan pada jam 0300 pagi 17 Disember, zon lompatan mereka berada 11 km utara dari Malmedy dan sasaran mereka merupakan persimpangan jalan "Baraque Michel". Von der Heydte dan orang-orangnya dikehendaki menawan dan menguasainya sekitar dua-puluh empat jam sebelum diganti oleh "Hitler Jugend" Division Panzer SS ke 12, dengan itu menganggu aliran bantuan dan tentera sokongan pihak Berikat ke kawasan tersebut.

Sejurus selepas tengah malam 16/17 Disember, 112 kapal terbang pengangkut Ju 52 dengan sekitar 1300 Fallschirmjäger (pasukan payung terjun) bersama, berlepas ditengah-tengah ribut salji yang lebat, dengan angin kencang dan litupan awan rendah yang tebal. Akibatnya, kebanyakan kapal terbang terbabas, dan tentera dilepaskan sejauh sedozen kilometer daripada tempat pendaratan sasaran dengan hanya sebahagian kecil tentera mendarat berhampiran dengannya. Angin kuat juga menghanyutkan tentera payung terjun yang agak dekat dengan sasaran pendaratan dan menjadikan pendaratan mereke lebih sukar.

Menjelang tengahari sekumpulan sekitar 300 orang berjaya berhimpun, tetapi ia terlalu kecil dan lemah untuk menentang pihak Berikat. Kolonel von der Heydte membatalkan rancangan untuk merampas persimpangan tersebut dan sebaliknya mengarahkan orang-orangnya untuk mengacau tentera Berikat dikawasan sekitar dengan serangan cara guerila. Disebabkan terjunan tersebut tersebar luas, dengan Fallschirmjäger dilapurkan seluruh Ardennes, pasukan Berikat percaya bahawa terjunan bersaiz division berlaku dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan mereka meletakkan tentera untuk mengawal belakang mereka dan bukannya kehadapan untuk menghadapi serangan utama Jerman.

Operasi Greif[sunting | sunting sumber]

Otto Skorzeny, selepas Operasi Greif dia dikenali sebgai "orang paling merbahaya di Eropah"
Rencana utama: Operasi Greif

Skorzeny berjaya menyeludup battalion Jerman menyamar yang bertutur dalam bahasa Inggeris dibelakang barisan pihak Berikat. Walaupun mereka gagal merampas jambatan penting yang merentasi sungai Meuse, kehadiran battalion tersebut menyebabkan kekeliruan yang jauh melebihi aktiviti ketenteraan mereka, dan khabar angin merebak seperti kebakaran hutan. Sehinggakan Jeneral Patton menjadi risau dan, pada 17 Disember, menggambarkan keadaan tersebut kepada Jeneral Eisenhower sebagai "Krauts... bertutur bahasa Inggeris sempurna... menimbulkan huru-hara, memotong wayar, memusing tanda jalan, menakutkan seluruh division, dan meletakkan bonggol pada pertahanan kita".

Pusat pemeriksaan dibina diseluruh bahagian belakang pihak Berikat, melambatkan pergerakan tentera dan peralatan. Polis tentera menyoal tentera menyoal setiap tentera mengenai apa yang sepatutnya diketahui oleh setiap rakyat Amerika, seperti nama teman wanita Mickey Mouse, markah bola lisut (baseball), atau ibu negeri Illinois. Soalan akhir ini menyebabkan Jeneral Omar Bradley sendiri ditahan seketika; walaupun dia memberikan jawapan yang betul - "Springfield" - tentera (GI) yang menyoalnya menyangka bahawa ibu negeri tersebut adalah Chicago.

Bagaimanapun, keselamatan yang dipertingkatkan menjadikan sukar bagi tentera Jerman yang menyeludup, dan sebahagian dari mereka ditangkap. Walaupun ketika ditahan mereka tetap melaksanakan matlamat mereka menyebarkan berita palsu; apabila disoal mengenai misi mereka, sebahagian dari mereka mendakwa bahawa mereka telah diarahkan untuk pergi ke Paris bagi membunuh atau menawan Jeneral Eisenhower. Kawalan sekitar jeneral Eisenhower dipertingkatkan lagi, dan dia terkurung diibu pejabatnya. Oleh kerana tahanan tersebut ditawan dalam pakaian seragam tentera Amerika, mereka kemudian ditembak oleh pasukan penembak; ini merupakan langkah biasa bagi setiap tentera pada masa itu, walaupun ia ditinggalkan kabur di bawah Geneva Convention, yang hanya menyatakan bahawa tentera perlu mengenakan pakaian seragam bagi membezakan mereka sebagai tentera. Skorzeny dan orang-orang sedar sepenuhnya mengenai nasib mereka, dan kebanyakannya mengenakan pakaian seragam Jerman di bawah pakaian pihak Berikat sekiranya ditangkap. Skorzeny sendiri mengelak dari ditangkap dan terselamat selepas perang untuk melalui kehidupan yang terkenal.

Penyembelihan Malmédy[sunting | sunting sumber]

Penyembelihan Malmédy
Main article: Malmédy massacre

Di bahagian utara, bahagian hadapan kenderaan berperisai utama Tentera Panzer SS ke 6, Kampfgruppe Peiper, mengandungi 4800 orang dan 600 kenderaan dibawah pemerintahan kolonel Jochen Peiper dari Waffen-SS, bergerak ke barat ke Belgium. Pada pukul 0700 17 Disember mereka menawan depoh minyak US di Büllingen di mana mereka berhenti untuk mengisi minyak sebelum bergerak ke barat. Pada pukul 1230, berhampiran hamlet Baugnez, di pertengahan antara bandar Malmédy dan Ligneuville, mereka bertembung dengan element dari Battalion Pemantau Artileri Lapangan Amerika ke 28. Selepas pertempuran singkat, tentera AMerika menyerah. Mereka dilucutkan senjata dan bersama dengan tentera Amerika yang ditawan lebih awal (sekitar 150 orang), dihantar untuk berdiri di padang berhampiran persimpangan jalan. Sebuah kereta kebal berhenti, dan sebuah trak tidak lama kemudian. Seorang pegawai SS menarik keluar sepucuk pistol dan menembak pegawai perubatan di baris hadapan, dan kemudiannya menembak orang yang berdiri sebelah pegawai perubatan tersebut. Tentera lain turut sama dengan mesingan. Ia tidak diketahui kenapa ia berlaku; tiada terdapat sebarang rekod arahan pegawai SS — bagaimanapun, kejadian menembak tahanan perang (POW) adalah perkara biasa di Perbatasan Timur. Berita pembunuhan tersebut merebak keseluruh baris pihak Berikat. Selepas itu, arahan dikeluarkan: SS dan Fallschirmjäger hendaklah ditembak sebaik sahaja dilihat. Selepas perang, tentera SS Kampfgruppe Peiper yang ditawan dibicarakan dalam Perbicaraan Penyembelihan Malmédy yang kontrovesi.

Pertempuran berlanjutan, dan sehingga petang, Leibstandarte telah bergerak ke utara dan bertempur dengah Division Infantari ke 99 U.S. dan Kampfgruppe Peiper tiba di hadapan Stavelot. Dia telahpun lewat daripada dijadualkan, kerana ia mengambil masa selama 36 jam untuk mara dari Eifel ke Stavelot; ia hanya mengambil masa 9 jam pada tahun 1940. Ketika tentera Amerika berundur, mereka meletupkan jambatan dan tempat simpanan minyak, menghalang Jerman daripada minyak yang amat diperlukan, dan melambatkan lagi kemaraan mereka.

Serangan Kampfgruppe Peiper[sunting | sunting sumber]

Peiper memasuki Stavelot pada 18 Disember tetapi berhadapan dengan tentengan sengit daripada tentera Amerika yang bertahan. Gagal menewaskan tentera AMerika di kawasan itu, dia meninggalkan tentera sokongan kecil di bandar dan bersama sebahagian besar tenteranya dan bergerak ke jambatan di Trois-Ponts tatapi apabila dia sampai, tentera Berikat yang berundur telah pun memusnahkannya. Peiper berundur dan menuju ke perkampungan La Gleize dan dari itu ke Stoumont. Disana, ketika Peiper mara, jurutera Amerika meletupkan jambatan dan tentera Amerika menggali kubu dan bersedia untuk bertempur habis-habisan.

Tenteranya terputus dari bekalan dan tentera Jerman utama apabila Amerika menawan Stavelot yang dipertahankan dengan lemah pada 19 Disember. Ketika keadaan di Stoumont menjadi tidak terurus, Peiper memutuskan untuk berundur ke La Gleize di mana dia menyusun pertahanan menunggu tentera bantuan Jerman. Oleh kerana tiada tentera bantuan mampu menembusi garis pertahanan pihak Berikat, pada 23 Disember Peiper memutuskan untuk menembusi kembali ke baris Jerman. Tentera Kampfgruppe terpaksa meninggalkan kenderaan dan peralatan berat mereka. Walaupun begitu, kebanyakan unit berjaya meloloskan diri.

St. Vith[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pertempuran St. Vith

Di pusat bandar St. Vith, persimpangan jalan penting, merupakan cabaran utama bagi kedua-dua pasukan von Manteuffel dan Dietrich. Pihak bertahan, diketuai oleh Division berPerisai ke 7 U.S., dan juga turut merangkumi Division Infantari ke 106 U.S., dan unsur tambahan Division Infantari ke 28 U.S., kesemuanya di bawah pemerintahan Jeneral Bruce C. Clarke, berjaya mematahkan serangan Jerman, dengan itu melewatkan kemaraan Jerman. Pihak Jerman berjaya menawan St. Vith pada 21 Disember, tetapi tentera U.S. mundur ke kedudukan pertahanan di kawasan sekitar, memberikan halangan penting kepada kejayaan kemaraan tentera Jerman. Pada 23 Disember , ketika Jerman menghancurkan baris belakang mereka, kedudukan pasukan bertahan menjadi lemah dan tentera U.S. diarahkan untuk berundur ke barat sungai Salm. Oleh kerana rancangan Jerman memerlukan penawanan St. Vith pada jam 1800 17 Disember, aksi berpanjangkan di situ dan kawasan sekitar merupakan kegagalan utama kepada jadual masa mereka.


Bastogne[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pertempuran Bastogne
Wacht am Rhein—Serangan Jerman, 16-25 Disember 1944

Pada 19 Disember, komander tinggi pihak Berikat bermesyuarat di bunker di Verdun. Eisenhower, menyedari bahawa pasukan Berikat boleh memusnahkan tentera Jerman dengan lebih mudah apabila mereka berada di tempat terbuka dan sedang menyerang berbanding sekiranya mereka bertahan, memberitahu jeneral-jeneral yang hadir "Keadaan kini mestilah dianggap sebagai peluang dan bukannya bencana. Hanya muka ceria mesti ada di meja ini". Patton, menyedari apa yang di implied Eisenhower, menjawab "Hell, let's have the guts to let the bastards go all the way to Paris. Then, we'll really cut'em off and chew'em up". Eisenhower menyoal jeneral Patton masa yang diperlukannya untuk memusing Tentera Ketiganya (ketika itu terletak di tengah-selatan Perancis) ke utara bagi serangan balas. Patton menyatakan bahawa dia mampu melakukannya dalam tempoh 48 jam, menimbulkan keraguan pada jeneral lain yang hadir. Malah sebenarnya, sebelum dia pergi ke mesyuarat tersebut, Patton mengarahkan kaki-tangannya bersedia untuk bergerak ke utara; pada masa Eisenhower bertanyakannya berapa lama dia perlukan, ia telahpun berlaku separuh jalan. (Citizen Soldiers, p 208)

Pada 21 Disember, tentera Jerman telah mengepung sepenuhnya Bastogne, yang dipertahankan oleh Division Payung Terjjun 101. Keadaan di dalam perimeter amar sukar—kebanyakan kaki-tangan dan bekalan perubatan telah ditawan. Bagaimanapun, walaupun dengan serangan bertubi-tubi pihak Jerman, ia bertahan. Apabila Jeneral Anthony McAuliffe dikejutkan oleh jemputan Jerman untuk menyerah, dia memberikan jawapan satu (syllable) yang dilapurkan secara meluas dan kemungkinannya tidak elok dicetak. Bagaimanapun, tidak terdapat pertelingkahan mengenai apa yang dia tulis di atas kertas yang dihantar kepada pihak Jerman: "NUTS!" (Sesetengah sumber mengejanya sebagai "NUTZ") Jawapan tersebut perlu dijelaskan kepada Jerman dan pihak Berikat bukan Amerika.2

Disebalik melancarkan serangan serentak disekeliling perimeter, tentera Jerman menumpukan serangan mereka pada beberapa lokasi tertentu secara berterusan. Walaupun ini memaksa pasukan bertahan mengalih pasukan sokongan secara berterusan, ia mengurangkan kelebihan bilangan Jerman.

Serangan balas pihak Berikat[sunting | sunting sumber]

Pihak Jerman gagal mencapai matlamat mereka

Pada 23 Disember keadaan cuaca mula baik, membenarkan pasukan udara pihak Berikat untuk menyerang. Mereka melancarkan serangan pengebom yang memusnahkan pusat bekalan Jerman di bahagian belakang dan P-47 mula menghancurkan tentera Jerman di jalan. Tentera udara pihak Berikat juga membantu pertahanan di Bastogne, menghantar bekalan yang diperlukan —ubat-ubatan, makanan, selimut dan peluru. Sekumpulan pakar bedah sukarelawan terbang masuk menggunakan peluncur dan mula beroperasi dalam bilik perkakasan.

Pada 24 Disember, kemaraan Jerman telahpun terbantut di pinggir sungai Meuse. Mereka telah melebihi garis bekalan mereka dan kekurangan peluru dan minyak menjadi kritikal. Sehingga tahap ini kerugian pihak Jerman adalah ringan, terutamanya dari segi kenderaan berperisai yang hampir tidak disentuh kecuali kemusnahan oleh Peiper. Pada petang ke 24, Jeneral Hasso von Manteuffel mencadangkan kepada (Military Adjutant) Hitler agar menghentikan semua operasi serangan dan berundur pada Dinding Barat. Hitler menolaknya.

Tentera Ketiga Patton kini bertempur untuk membebaskan Bastogne. Pada 1650 pada 26 Disember, unsur hadapan Division Berperisai Keempat sampai ke Bastogne, mengakhiri pengepongan tersebut.

Charles Boggess drove the first vehicle from the 4th Armored into the lines of the 101st Airborne. He was followed by Capt. William Dwight. 'How are you, General?' Dwight asked General McAuliffe, who had driven out to the perimeter to greet them. 'Gee, I'm mighty glad to see you', McAuliffe replied'. (Citizen Soldiers, p 248).

Serangan balas Jerman[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari, sebagai usaha meneruskan serangan, pihak Jerman melancarkan dua operasi baru. Pada 0915 Luftwaffe melancarkan Operasi Bodenplatte, kempan utama terhadap lapangan terbang pihak Berikat di Negara-negara Rendah (Low Countries). Beratus-ratus kapal terbang menyerang lapangan terbang pihak Berikat, memusnahkan atau merosakkan dengan teruk hampir 465 kapal terbang. Bagaimanapun, pihak Luftwaffe kehilangan 277 kapal terbang, 62 kepada pejuang pihak Berikat dan 172 kebanyakannya disebabkan sejumlah besar meriam anti pesawat pihak Berikat yang tidak disangka-sangka, dipasang bagi melindungi serangan roket V-1 Jerman, tetapi juga disebabkan oleh tembakan kawan daripada meriam anti pesawat Jerman yang tidak diberitahu mengenai operasi udara besar-besaran Jerman. Sementara pihak Berikat pulih dari kerugian mereka dalam tempoh beberapa hari sahaja, operasi tersebut meninggalkan Luftwaffe "lemah dari sebelumnya dan tidak mampu melancarkan serangan besar-besaran lagi".[9].

Pada hari yang sama, Operasi Nordwind, serangan gangguan di kawasan Alsace, bermula. Pertempuran pelbagai dari 150 kilometer dari Saarbrucken di Utara ke Rhine di Selatan. Selepas dua puluh hari pertempuran sengit, pihak Amerika berundur, setelah mengalami 11,609 mati atau cedera tetapi menyebabkan 23,000 mati atau cedera di pihak Jerman.

Kebanyakan mereka yang terbabit dalam serangan itu terperanjat besar— mereka tidak percaya bahawa selepas dua minggu bertempur hebat, mereka kini terpaksa mengetuai serangan besar-besaran. Bukan hanya faktor keletihan, tetapi cuaca semasa Januari 1945 merupakan paling sejuk dalam rekod; lori terpaksa dihidupkan setiap setengah jam, atau minyak di dalam lori akan beku; senjata akan beku, dengan itu mereka terpaksa kencing keatasnya untuk memanaskannya. Setiap orang biasanya mengenakan beberapa lapis kot luar dan tidur dengan dua hingga empat helai selimut. Serangan diteruskan tanpa menghiraukan moral tentera.

Memadamkan benjolan—Serangan balas pihak Berikat, 26 Disember – 25 Januari.

Walaupun Jeneral Bradley membangkang dengan hebatnya, Eisenhower telah meletakkan tentera Amerika di utara (Tentera Pertama U.S. dan Tentera Kesembilan U.S.), di bawah pemerintahan Kumpulan Tentera ke 21 British, Montgomery. Eisenhower mahukan Montgomery untuk memulakan serangan pada 1 Januari, bertujuan bergabung dengan kemaraan Tentera Ketiga Patton dan mengasingkan kebanyakan tentera Jerman yang menyerang, memerangkap mereka dalam poket kecil. Bagaimanapun, Montgomery tidak melancarkan serangan sehingga 3 Januari, yang mada dalam tempoh tersebut sejumlah besar tentera Jerman sudahpun berjaya berundur, walaupun dengan kehilangan kelengkapan berat mereka.

Pada permulaan serangan, kedua Tentera dipisahkan sekitar 40 kilometer. Pergerakan tentera Amerika di selatan juga perlahan — sekitar satu kilometer sehari. Tentera Jerman melaksanakan pertempuran undur (fighting retreat), melakukan sebaik mereka untuk melewatkan kemaraan Amerika. Sebahagian besar tentera Jerman lolos dari medan pertempuran, walaupun keadaan bahan api menjadi begitu genting sehinggakan kebanyakan kenderaan perisai Jerman terpaksa ditinggalkan.

Pada 7 Januari 1945, Hitler bersetuju mengundurkan kebanyakan tentera dari Ardennes, termasuk Division Panzer SS elite, dengan itu mengakhiri semua operasi serangan. Serangan Ardennes kini berakhir, meninggalkan pasukan Berikat untuk menghapuskan saki-baki tentera Jerman yang tinggal.

Pada hari yang sama Montgomery mengadakan persidangan akhbar dalam mana dia mengakui bertanggungjawab bagi kemenangan tersebut (mendakwa, antara lain tentera Amerika berjuang dengan baik apabila dipimpin dengan baik — kepimpinannya). Dia juga menyatakan bahawa dia merasakan serang balas berjalan dengan baik, sedangkan ia berjalan perlahan; dia tidak menjelaskan sebab kelewatan serangan pada 3 Januari. Kedua-dua Eisenhower dan Churchill tidak terpedaya dengan dakwaan Montgomery.

Walaupun kemaraan Jerman dihentikan, keadaan keseluruhan masih kekal merbahaya. Pada 6 Januari Winston Churchill sekali lagi meminta sokongan Stalin. Pada 12 Januari, Tentera Merah melancarkan Serangan Vistula-Oder di Poland dan Prusia Timur. Sumber Soviet mendakwa bahawa ini dilakukan awal dari dijadualkan, sementara sumber Barat mempertikaikannya, dan sebaliknya mendakwa bahawa serangan Soviet dilewatkan kerana keadaan di Barat, dengan Stalin menunggu sehingga kedua-dua pihak telah melemahkan ketenteraan masing-masing.

Pertempuran Bulge berakhir apabila dua tentera Amerika bersatu pada 15 Januari 1945.

Berikutnya[sunting | sunting sumber]

Tugu Peringatan Pertempuran Bulge di Belgium

Terdapat hurang besar dalam anggaran bilangan mangsa pertempuran tersebut. Mangsa Amerika diberikan antara 70,000 hingga 81,000 (anggaran), British sebagai 1,400; mangsa Jerman dianggarkan sekitar 60,000 dan 104,000.

Pihak Berikat menggunakan kelebihan mereka selepas pertempuran tersebut. Pada permulaan Februari 1945, garis sempadan sama seperti sebelumnya pada Disember 1944 secara kasar. Pada awal Februari, pihak Berikat melancarkan serangan sepanjang perbatasan Barat: di utara dibawah kepimpinan Montgomery bergerak ke Aachen; di tengah, di bawah Courtney Hodges; dan di selatan, di bawah Patton. perangai Montgomery antara bulan Disember dan Januari, termasuk mengadakan sidang akhbar pada 7 Januari di mana dia mengistiharkan bahawa dia secara bersendirian menyelamatkan tentera Amerika, memburukkan hubungannya dengan rakan sejawatan Amerikanya sepanjang akhir perperangan.

Kehilangan Jerman dalam pertempuran adalah gentir dari beberapa segi: simpanan terakhir Jerman kini tiada; Luftwaffe telah hancur; dan tentera Jerman di Barat sedang berundur. Lebih penting lagi, Perbatasan Timur kini ranum untuk dipetik. Di Timur, tentera Jerman gagal menghalang kekuasaan (juggernaut) Soviet. Tentera Jerman diundurkan di semua perbatasan dan tidak pernah pulih.

Pertempuran dalam kebudayaan popular[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Bulge merupakan tema beberapa filem dan novel. Filem panjang, Filem Battle of the Bulge di buat pada 1965, dibintangi oleh Henry Fonda. (IMDB entry) Bagaimanapun ia terkenal kerana tidak tepat.

Stephen Ambrose', Buku Band of Brothers merupakan cerita sebenar yang menggambarkan nasib (Easy Company), Regiment Infantari Payung Terjun ke 506, Bawaan Udara 101. Ia kemudiannya dijadikan siri telivison, juga dikenali sebagai (Band of Brothers), yang merangkumi pengalaman Kompani dalam Pertempuran Bulge, terutamanya berhampiran Bastogne. Siri telivisen episod ke 6, bertajuk "Bastogne", menceritakan pertempuran sekitar Bastogne semasa Pertempuran Bulge.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

¹ Serangan ini mempunyai beberapa nama, termasuk Operasi Nordwind oleh Jerman Nazi, tersalah Von Rundstedt Offensive (sebenarnya von Rundstedt tiada kaitan dengannya) dan, secara rasminya bagi Tentera U.S., sebagai Kempen Ardennes-Alsace.
² Nuts('Nutz') mempunyai beberapa pengertian dalam Inggeris Amerika, tetapi bergantung kepada konteks. Selain dari sabagai makanan, 'nuts' biasanya membawa erti 'gila' seperti, "Awak gila!?". Ia juga merupakan slang bagi kerandut zakar, serupa seperti Inggeris British balls. Dalam konteks ini, ia berkemungkinannya bererti 'pergi jahanam'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan