Kuih tepung pelita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tepung pelita)
Lompat ke: pandu arah, cari
Foodlogo.svg  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.


Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.

Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama.

Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.

Kuih Tepung Pelita.

Tepung pelita sejenis kuih lembut dalam bekas daun pisang. Popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.

Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijau di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Ia sejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-Bahan:[sunting | sunting sumber]

(Lapisan Bawah)[sunting | sunting sumber]

  1. 30gm tepung jagung
  2. 1 camca besar jus pandan atau pewarna hijau
  3. 300 ml air
  4. 100gm gula
  5. 10 helai daun pandan besar
  6. secubit kapur makan (dicampur dengan jus pandan)

(Lapisan Atas)[sunting | sunting sumber]

  1. 15gm tepung beras
  2. ½ biji kelapa parut (8 oz santan)
  3. Sedikit garam


Cara membuatnya[sunting | sunting sumber]

  1. Campurkan semua ramuan untuk lapisan bawah dan kacau hingga pekat jernih masakkan di atas api yang sederhana.
  2. Masukkan perwana hijau. Kacau rata.
  3. Masukkan ke dalam daun pandan yang dibentukkan seperti mangkuk separuh penuh.
  4. Masakkan campuran lapisan atas dan kacau sehingga pekat diatas api yang sederhana.
  5. Curahkan ke atas lapisan bawah sehingga penuh
  6. Kukus sebentar 3-5 minit.
Kuih Tepung Pelita.


Asal[sunting | sunting sumber]

Tepung pelita adalah popular di seluruh Malaysia. Ia dihasilkan secara harian dan dijual di pasar malam dan pasar tani.

Nama[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui.


Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Tepung pelita biasanya dihasilkan untuk jualan harian. Ia tidak tahan lama dan tidak boleh disimpan pada suhu bilik, sebaliknya perlu disimpan dalam peti sejuk agar dapat disimpan hingga 2-3 hari. DIsebabkan tepung pelita tidak tahan lama, ia tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit, bukan untuk tujuan borong.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Tepung pelita sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya agak manis dan lembut. Ia dihasilkan secara harian dan tidak sesuai untuk disimpan lama. Tepung pelita agak mudah dihidangkan, dan rasanya juga sedap bagaimanapun ia tidak tahan lama, melekit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]