The Original Gangster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Original Gangster
PengarahSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan oleh
  • Syamsul Yusof
  • Saniboey Mohd Ismail
  • Nini Yusof (Eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
  • Syamsul Yusof Films
  • Razor's Edge Pictures
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
2024
BajetRM20 juta

The Original Gangster merupakan sebuah filem aksi drama jenayah Malaysia yang akan datang arahan Syamsul Yusof terbitan bersama syarikat produksi miliknya sendiri iaitu Syamsul Yusof Films, Razor's Edge Pictures dan Primeworks Studios. Filem ini dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Yayan Ruhian, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Niezam Zaidi, Nas-T, Pablo Amirul, Ummi Nazeera, Khir Rahman dan Fauzi Nawawi. Filem ini berbajet sebanyak RM20 juta ringgit dan dijangka akan keluar di pawagam seluruh negara pada hujung tahun 2024.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

The Original Gangster ialah filem ke-13 arahan Syamsul Yusof dan juga filem pertama terbitan syarikat produksi miliknya, Syamsul Yusof Films dan diterbitkan tanpa melibatkan syarikat produksi Skop Productions milik bapanya, Datuk Yusof Haslam. Ini merupakan francais terbaru filem Syamsul yang bergenre aksi, drama dan jenayah. Filem ini juga tiada kaitan dengan francais dua filem yang diarahkan oleh Syamsul sebelumnya iaitu KL Gangster dan KL Gangster 2 yang diterbitkan pada tahun 2011 dan 2013. Filem ini diterbitkan dengan berbajet RM20 juta ringgit dan dikatakan filem ini juga merupakan filem aksi yang paling mahal ketiga-tiga syarikat produksi besar dalam industri perfileman Malaysia pernah terbitkan dengan bajet dan skala yang besar untuk menambah baik kualiti filem tersebut daripada filem sebelumnya demi memberi kepuasan kepada penonton yang akan menonton filem itu dipawagam nanti.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 September 2022). "The Original Gangster atau KL Gangster 3?". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (8 Oktober 2022). "'The Original Gangster cerita baharu, tiada kena-mengena dengan KL Gangster 3' - Syamsul Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]