Aku Bukan Tomboy
| Aku Bukan Tomboy | |
|---|---|
250px |
|
| Pengarah | Syamsul Yusof |
| Penerbit | Dato' Yusof Haslam |
| Pengarang | Syamsul Yusof |
| Lakonan | Syamsul Yusof Scha Salina Saibi Shaheizy Sam Sheera |
| Sinematografi | Omar Ismail |
| Penyuntingan | Syamsul Yusof Hisham Jupri |
| Mula ditayang | 17 November 2011 |
| Tempoh ditayang | 97 minit |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Perbelanjaan | RM 1.51 juta |
| Pulangan kasar | RM 2.55 juta |
Aku Bukan Tomboy merupakan sebuah filem genre komedi drama yang ditayangkan pada 17 November 2011 di Malaysia. Filem yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof dan Salina Saibi menceritakan tentang seorang wanita berpewatakan lelaki dan kaitannya dengan mereka yang ada disekelilingnya.
Isi kandungan |
Plot [sunting]
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam.
Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.
Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam "AKU BUKAN TOMBOY" sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.
Pelakon [sunting]
- Syamsul Yusof sebagai Burn
- Scha sebagai Farisha/Eisha
- Shaheizy Sam sebagai Herry
- Salina Saibi sebagai Sam
- Sheera sebagai Bell
- Harun Salim Bachik sebagai Bapa Farisha
Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Aku Bukan Tomboy di Sinema Malaysia
- Kutipan Filem 2011 di FINAS