Transformers: Animated

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Transformers: Animated
203px
Pasukan Autobots
Genre Aksi
Pengembaraan
Cereka sains
Ditulis oleh Todd Casey
Rich Fogel
Henry Gilroy
Steve Granat
Marsha F. Griffin
Kevin Hopps
Marty Isenberg
Andrew Robinson
Michael Ryan
Pengarah Chris Berkeley
Ben Jones
Irineo Maramba
Kintaro Mizuono
Ciro Nieli
Shunji Oga
Keo Thongkham
Matt Youngberg (penyeliaan)
Pelakon suara David Kaye
Corey Burton
Bumper Robinson
Bill Fagerbakke
Jeff Bennett
Tom Kenny
Tara Strong
Cree Summer
Townsend Coleman
Phil LaMarr
Komposer Sebastian Evans
Negara asal Amerika Syatikat
Jepun
Bilangan musim 2
Bilangan episod 29 (Senarai episod)
Penyiaran
Saluran asal US Cartoon Network
UK NickToons
DE Super RTL
BR Cartoon Network
PT TVI
JP TV Tokyo
MY TV3
Siaran asal AS 26 Disember 2007
MY 2 Mac 2008 – kini
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Transformers: Animated ialah sebuah siri animasi televisyen buatan Amerika Syarikat/Jepun yang berdasarkan mainan siri Transformers. Siri ini diterbit di Cartoon Network Studios sementara kerja animasinya dilakukan di studio animasi Jepun MOOK DLE, The Answer Studio dan Studio 4 °C. Mula-mulanya diberi judul Transformers: Heroes, tajuk sekarangnya pula direka khusus untuk membezakannya dari filem live-action yang dikeluarkan pada Julai 2007.[1] Siri ini melakukan penampilan sulung di Cartoon Network pada 26 Disember 2007. Setakat ini, sudah diterbitkan sebuah filem 90 minit dan 26 episod selanjutnya (untuk disiarkan dalam dua musim 13 episod).[1] Episod pertama sepatutnya ditayangkan sepenuhnya di acara ‘’NTFA Mini-Con’’ di Arlöv, Sweden, pada 3 dan 4 November, namun Hasbro Inc (AS) menarik balik kelulusan tayangan episod penuh itu. Akibatnya, episod itu terpaksa dipotong menjadi 11 minit terawal sahaja.[2][3]

Kisah[sunting | sunting sumber]

Pada zaman akan datang, Optimus Prime, Bumblebee, dan pasukan Autobot menentang Megatron dan kumpulan Decepticon di bandar raya Detroit merebut satu benda yang boleh menentukan nasib seluruh alam semesta, iaitu Allspark. Pertempuran ini menyebabkan Allspark berkecai menjadi serpihan permata.

Watak[sunting | sunting sumber]

Autobots[sunting | sunting sumber]

  • Optimus Prime (David Kaye)[4][5]: Ketua Autobots di Bumi, bertukar menjadi kereta bomba, dan bersenjatakan sebilah kapak Energon berkuasa roket, di samping dilengkapi cangkuk besi, sepasang bolas, dan busa pemadam api.
  • Bumblebee (Bumper Robinson) [4][5]: Ahli termuda pasukan Autobots di Bumi yang cergas dan suka ingin tahu. Dia bertukar menjadi sebuah kereta kuning.
  • Ratchet (Corey Burton)[6]: Doktor pasukan Autobot dan veteran perang menentang Decepticon dahulu kala yang bersikap bengis. Dia menyamar sebagai ambulans di Bumi.
  • Bulkhead (Bill Fagerbakke)[4][5]: Bulkhead merupakan Autobot bersaiz paling besar di kalangan pasukannya di Bumi yang bertukar menjadi track SWAT hijau. Sungguhpun gergasi namun dialah yang paling releks dan rendah hati di kalangan pasukannya.
  • Prowl (Jeff Bennett)[4][5]: Autobot bergaya ninja yang tidak gemar berpasukan, sebaliknya lebih rela bertindak sendirian; lambat-laun dia makin menghargai manfaat bekerjasama dalam pasukan Autobot. Dia juga pencinta alam semulajadi. Prowl bertukar menjadi motosikal dan adakalanya memancarkan hologram penunggang agar tidak memeranjatkan orang awam.
  • Ultra Magnus (Jeff Bennett)[4][5]: Komander Agung Autobot dan ahli Pengawal Elit Cybertron, yang tiba di Bumi bersama dua pengawal elit lain untuk mencari Allspark. Dia berubah bentuk menjadi kereta HEMTT dan bersenjatakan tukul yang boleh menyeru kilat.
  • Sentinel Prime[7] (Townsend Coleman): Pegawai Autobot yang panas baran lagi sombong yang juga ahli Pengawal Elit Cybertron, yang tegang hubungannya dengan Optimus Prime akibat kegagalan ekspedisi suatu ketika dahulu. Di Bumi, dia menyamar sebagai lori tenggala salji.
  • Jazz (Phil LaMarr)[4][5]: Seorang penolong Pengawal Elit Cybertron yang bertukar menjadi kereta sport.

Dinobots[sunting | sunting sumber]

Mula-mulanya berbentuk dinosaur animatronik dari taman tema Dino-Drive, mereka dibaiki oleh Profesor Sumdac yang ditawarkan bantuan oleh Megatron dalam cubaan membina tentera baru untuk menghuru-harakan Bumi. Bagaimanapun, kunci Sari menyebabkan Dinobots mampu bertukar menjadi Transformers dengan akal sendiri.

Decepticons[sunting | sunting sumber]

  • Megatron (Corey Burton)[4][5]: Ketua Decepticons yang dingin, licik dan manipulatif, yang bertukar menjadi Pesawat Pejuang Campuran Cybertron, sebelum beralih ke bentuk kapal meriam tiltrotor yang menyerupai V-22 Osprey. Dia ditemui oleh Isaac Sumdac sewaktu muda dan disimpan di makmal pencipta tersebut selama 50 tahun sehingga dia diberikan badan baru oleh Sumdac yang tersalah sangka dia di pihak yang benar.
  • Starscream (Tom Kenny)[4][5][8]: Ahli Decepticons yang tajam lidah, khianat dan bertalam dua muka yang ingin merampas kuasa dari Megatron selaku ketua Decepticons. Dai bertukar menjadi pesawat pejuang dan juga telah menghasilkan banyak klon dirinya untuk memperlekehkan Autobots dan Decepticons.
  • Blitzwing (Bumper Robinson)[9]: Pengikut setia Megatron ini merupakan Triple Changer (kereta kebal, pesawat, robot) yang mengalami personaliti bahagi dua dan boleh mengubah muka mengikut personaliti yang ingin ditampilkan.
  • Lugnut (David Kaye)[4][5]: Decepticon gergasi yang kesetiaannya kepada Megatron sama melampaunya dengan kekuatan zahirnya. Lugnut bertangankan misil, dan menyamar sebagai pesawat pengebom.
  • Blackarachnia (Cree Summer)[4][5]: Mula-mulanya merupakan ahli Autobot bernama Elita One, dahulunya berkawan dengan Optimus Prime dan Sentinel Prime sehingga satu peristiwa tragis menyebabkannya menjadi suatu makhluk separa organik dan menyimpan rasa dendam terhadap Optimus. Dia boleh bertukar menjadi labah-labah raksasa hitam ungu.
  • Lockdown (Lance Henriksen)[10]: Sungguhpun bukan Decepticon (kecuali dalam bentuk mainan), namun dialah seorang pemburu kejam yang hanya membantu aids the Decepticon semata-mata demi alat ganti untuk menaik taraf dirinya.

Manusia[sunting | sunting sumber]

  • Sari Sumdac (Tara Strong)[11]: Anak perempuan Dr. Sumdac ini sentiasa hidup terlindung sehingga dia berkawan dengan Autobots yang menyelamatkan mereka di Bumi. Dialah sumber utama maklumat mengenai adat resam Bumi. Kad keselamatan yang dibawanya menjadi kunci penyembuh setelah menemui Allspark, membolehkannya menyembuh Transformers dan mengesan kesusahan yang menghampiri. Sungguhpun pandai dan nakal, namun hatinya murni. Dia memelihara seekor anjing robot bernama Sparkplug, sempena watak manusia dalam kartun G1. Sari menemui sebuah kilang terbiar milik bapanya sebagai markas Autobots. Dia menjadi rapat dengan Bumblebeedan suka mengajaknya agar mencuba benda-benda baru. Pada awal musim kedua, Porter C. Powell mendapati Sari tiada sijil kelahiran atau apa-apa yang membuktikan dialah anak Isaac Sumdac, kewujudan sendiri pun tidak, maka dia terpaksa tinggal bersama Autobots.
  • Professor Isaac Sumdac (Tom Kenny): Bapa kepada Sari Sumdac, seorang saintis yang berhati baik tetapi bercelaru otak yang mereka dan menguji robot di Menara Sumdac. 50 tahun dahulu, Isaac menemui Megatron yang terhempas di Bumi. Dari kajian terhadap Megatronlah timbulnya teknologi Sumdac. Dia dihasut oleh Megatron agar merahsiakan kewujudannya dari "sahabat handainya" (Autobots) sehingga Megatron berbadan baru, tanpa menyedari motif ketua Decepticon tersebut. Pada akhir musim pertama, Megatron menculik Sumdac agar membina sebuah Jambatan Angkasa untuk kembali ke Cybertron.
  • Captain Fanzone (Jeff Bennett): Seorang pegawai polis yang membenci teknologi jentera terbaru dan tercanggih, termasuk sekali Autobots.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Transformer yang muncul dalam rancangan ini termasuk Optimus Prime, Megatron, Bumblebee, Ultra Magnus, Prowl, Bulkhead, Ratchet dan Starscream. Optimus Prime dalam siri ini jauh lebih muda berbanding jelmaan-jelmaan sebelumnya.[12] Pernah diumumkan bahawa David Kaye (yang terkenal kerana menyumbangkan suara Megatron dalam siri Beast Wars dan Trilogi Unicron) menyuarakan Optimus Prime.[4] Sementara itu, Corey Burton (Shockwave, Spike Witwicky, Sunstreaker dan Brawn dari siri asli tahun 1984) menyuarakan Megatron dan Ratchet dalam rancangan ini. Tom Kenny (pelakon suara SpongeBob SquarePants) menyuarakan Starscream sementara Tara Strong memegang peranan seorang kanak-kanak manusia perempuan bernama Sari. [11]

Pengarah penyeliaan rancangan ini ialah Matt Youngberg (Teen Titans, The Batman) [13], diiringi naib presiden Cartoon Network Sam Register sebagai penerbit eksekutif dan Vincent Aniceto sebagai penerbit langsung. Selain itu, penulis Beast Machines iaitu Marty Isenberg kembali ke Transformers sebagai ketua penulis siri ini. [perlu rujukan] Pengarah seni/pereka watak utama Derrick Wyatt (Teen Titans, Foster's Home for Imaginary Friends, Legion of Super Heroes) mereka “wajah serba baru” yang tidak pernah dialami dalam mana-mana siri Transformers sebelum ini. Siri ini diedarkan di peringkat antarabangsa oleh Entertainment Rights. [14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]