Tughra
- محمود خان بن عبدالحميد مظفر دائماً
Tughra (Turki Uthmaniyyah: طغراء; Ṭuğrā) adalah sejenis monogram, mohor atau tandatangan khat seorang Sultan Uthmaniyyah yang dibubuh pada kesemua dokumen dan surat-menyurat rasmi. Ia juga diukir pada cop mohor sultan dan dicop pada wang syiling yang dikeluarkan semasa pemerintahan. Lambang yang seringkali berwarna-warni ini menggabungkan nama dan gelaran sultan terbabit.
Tughra telah direka semasa permulaan pemerintahan sultan dan dilukis oleh ahli kaligrafi istana atau nişancı pada dokumen bertulis. Tughra pertama dimiliki oleh Orhan I (1284-1359), pemerintah kedua dari Empayar Uthmaniyyah dan berevolusi sehingga mencapai bentuk klasik tughra Sultan Sulaiman al-Qanuni (1494-1566).[1]
Tughra digunakan bagi tujuan yang sama seperti cartouche semasa zaman Mesir purba atau Cypher Diraja dari raja Britain. Setiap sultan Uthmaniyyah memiliki tughra mereka sendiri.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Tughra of Suleiman the Magnificent". The British Museum. 2010-05-14. 1949,0409,0.86. http://www.britishmuseum.org/explore/highlights/highlight_objects/me/t/tughra_of_suleiman.aspx. Capaian 2010-06-05.
Pautan luar [sunting]
- Ottoman Sultan Tughras
- Tughra of the Ottoman Sultan Mahmud II.
- Tughras of the Ottoman Sultans
- Tughra-like art at King's University College, Western Ontario
- [1] Modern Ceramics with Tughra