Tunku Puteri Intan Safinaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Puteri Intan Safinaz
Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah
Tunku Temenggong Kedah
Tempoh15 Januari 2017 - kini
Didahului olehTunku Sallehuddin
Tunku Panglima Besar Kedah
Tempoh17 Januari 2009 - 15 Januari 2017
KeputeraanTunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
(1966-07-22) 22 Julai 1966 (umur 57)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nama penuh
Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
KerabatKedah Darul Aman
AyahandaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
BondaSultanah Bahiyah
AgamaIslam

Yang Teramat Mulia Brigadier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (diputerakan pada 22 Julai 1966 di Alor Setar, Kedah) merupakan Tunku Temenggong Kedah dan puteri kepada Tuanku Sultan Kedah ke-28, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Sultanah Bahiyah.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz diputerikan pada 22 Julai 1966 di ibu negeri, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan puteri bongsu Sultan Abdul Halim bersama Sultanah Bahiyah. Beliau juga mempunyai dua adik beradik angkat, iaitu kekandanya Tunku Soraya dan Tunku Sarina (meninggal 1991). Kedua-dua adik beradik angkat Tunku Puteri ini bukanlah siapa-siapa tetapi merupakan sepupu beliau sendiri, iaitu anakanda kepada Tunku Hamidah, kekanda sulung Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tunku Puteri Intan Safinaz menerima pendidikan sekolah rendah di St Nicholas Convent, Alor Star dan pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, beliau meneruskan pendidikan menengah di Cheltenham Ladies College, Gloucestershire, United Kingdom. Beliau memperolehi ijazah dalam bidang Politik dari Universiti Sussex pada tahun 1987.

Keperibadian[sunting | sunting sumber]

Antara aktiviti kesukaan Tunku Puteri pada waktu lapang ialah bermain paintball, mendaki gunung dan berkayak.

Tunku Puteri Intan juga menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) yang merupakan salah satu daripada Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia sehingga dilantik sebagai Brigadier Jeneral.[2][3]

Jika dilihat wajah Tunku Puteri saling tidak tumpah dengan almarhumah bondanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Tunku Puteri mewarisi kecantikkan almarhumah bondanya dan sifat merendah diri yang cukup disegani dan dipuji. Beliau juga mewarisi sifat lemah lembut dan bercakap lemah lembut daripada ayahandanya, Tuanku Abdul Halim.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Menjadi puteri raja di dalam istana tidaklah memberikan keistimewaan kepada Tunku Puteri untuk berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Yang Teramat Mulia Tunku Puteri merupakan salah seorang pencetus penubuhan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah seumur hidup selain memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.

Antara kebanggaan dalam perjalanan hidup Tunku Puteri ialah apabila dilantik menjadi Pro Canselor dua buah Universiti Awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Januari 2011 dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 10 Oktober 2010.[4] Perlantikkan itu ialah keyakinan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas kebolehan Tunku Puteri Intan untuk memberi khidmat sumbangan terutamanya dalam bidang pertahanan negara.[5]

Selain itu juga Tunku Puteri Intan Shafinaz dilantik sebagai Felo Diraja Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 2014, beliau juga telah dilantik sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menggantikan Tuanku Sultan Kedah selama baginda bersemayam dan menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara.[6]

Beliau juga secara tidak rasmi telah dilantik sebagai canselor hadir sebagai tetamu diraja dan penyampai anugerah hampir di setiap konvokesyen tahunan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.[7]

Tunku Puteri Intan Shafinaz telah dilantik sebagai Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada Julai 2018 dan dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Nestlé (Malaysia) Berhad pada 2 Mei 2023.[8][9]

Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2011, Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan. Perlantikkan ini adalah seperti yang termaktub dalam undang-undang Majlis Mengangkat Raja kerana Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah sudah uzur dan tidak mampu menjalankan tugas sehari-harian sebagai Pemangku Raja.[1]

Tuanku Puteri telah dilantik bersama-sama tiga ayahanda saudaranya dari kerabat damping diraja Kedah antaranya ialah Tunku Temenggong Kedah, Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang Dipertua Majlis Jemaah dalam istiadat di hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Haminah yang berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit.[10][11]

Istiadat dimulakan dengan keberangkatan Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Kedah ke Balai Penghadapan dengan diiringi pegawai-pegawai yang membawa Cogan Agama, Cogan Alam, Cokmar Pedang dan Lembing. Turut sama juru iring tentera dan juga polis dengan didahului oleh Ketua Istiadat Dato’ Bijaya Indera Dato’ Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah.

Payung-payung istiadat dikembangkan dan nobat dipalu bagi mengiringi keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah bersemayam di atas singgahsana Balai Penghadapan.

Setelah pembawa alat kebesaran mengambil tempat sekali lagi Ketua Istiadat Dato’ Bijaya Indera menghadap KDYMM Tuanku Sultan memohon limpah perkenan memulakan istiadat dengan perarakan masuk Al-Quran, Titah KDYMM Tuanku Sultan, Warkah Pemasyhuran Perisytiharan Jemaah Pemangku Sultan ke Balai Penghadapan.

Kemudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berkenan bertitah permasyhuran perisytiharan Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Dato’ Azman Hussain dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Yang Ariff Dato’ Yahaya Jusuh yang turut menandatangani surat sumpah itu.

Seterusnya baginda Sultan berkenan menjemput semua Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman mengambil tempat di Astaka Singgahsana. Selepas itu tembakan meriam sebanyak sembilan das dilepaskan bagi menandakan dan memberi tahu kepada rakyat Negeri Kedah akan pemasyhuran Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Istiadat disudahi dengan bacaan doa oleh Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Badaruddin Haji Ahmad.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tunku Puteri Intan Safinaz
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 22 Julai 1966 – 1988 : Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 1988 - 17 Januari 2009 : Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 17 Januari 2009 - 12 Disember 2011 : Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 12 Disember 2011 - 2 Jun 2012  : Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 2 Jun 2012 - 11 Januari 2017 : Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 11 Januari 2017 - 11 September 2017 : Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 11 September 2017 – kini: Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Nama penuh Tunku Puteri Intan Safinaz berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah., DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., HON.PHD.(UUM), HON.PHD.(KUIN)

Penganugerahan Kurniaan Darjah[sunting | sunting sumber]

Tunku Puteri Intan Safinaz telah dianugerahkan:

Ijazah kehormat[sunting | sunting sumber]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tunku Puteri Intan Safinaz
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 22 Julai 1966
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tunku Mahmud Sallehuddin
Tunku Temenggong Kedah
2017 – kini
Pemegang jawatan kini