U Thant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
U Thant
U-Thant-10617.jpg

Tempoh jawatan
30 November, 1961 – 31 Disember, 1971
Didahului oleh Dag Hammarskjöld
Diganti oleh Kurt Waldheim

Lahir 22 Januari, 1909
Pantanaw, Burma
Meninggal dunia 25 November, 1974
New York, Amerika Syarikat
Bangsa burmese
Pasangan Daw Thein Tin

U Thant atau nama sebenarnya Maha Thray Sithu U Thant (Januari 22, 1909-November 25, 1974) merupakan bekas diplomat Burma dan juga bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkhidmat daripada 1961 hingga 1971. Beliau telah dipilih menjawat jawatan berkenaan apabila penjawat sebelumnya Dag Hammarskjöld telah terbunuh dalam kemalangan udara pada bulan September 1961.

'U' adalah sebuah gelaran dalam Bahasa Burma, lebih kurang sama seperti 'Tuan'. Thant merupakan namanya yang tunggal. Dalam bahasa Burma beliau dikenali sebagai Pantanaw U Thant, satu rujukan kepada bandar asalnya. "Maha Thray Sithu" merupakan gelaran, serupa seperti darjah kebesaran, yang dianugerahkan oleh kerajaan Burma.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

U Thant lahir di Pantanaw, selatan Myanmar dan bejar di Sekolah Tinggi di Pantanaw dan di Universiti College, Yangon dalam jurusan sejarah. Anak sulung dari empat beradik lelaki. Bapanya tuah tanah yang kaya dan saudagar beras. Bapanya paderi U Po Hnit memiliki latar belakang bercampur antara Muslim dan Buddha. Beliau juga pengasas Burma Reseach Society. Bapanya meninggal dunia ketika U Thant berumur 14 tahun dan ibunya terlibat dalam masalah kewangan.

Selepas universiti, dia kembali ke Pantanaw dan mengajar di sekolah kebangsaan dan menjadi guru besar ketika usia 25 tahun. Ketika ini dia sangat rapat dengan perdana menteri Myanmar, U Nu. Dia menulis artikel untuk surat khabar dan majalah dengan nama pena 'Thilawa'. Beliau juga menterjemah beberapa buah buku termasuk 'League of Nations'.

Perkhidmatan awam[sunting | sunting sumber]

Apabila U Nu menjadi Perdana Menteri baru Myanmar/Burma merdeka, U Nu menjemput U Thant menyertainya di Yangon sebagai Pengarah Penyiaran pada 1948. Kemudian dia menjawat Setiausaha Kerajaan Myanmar dalam Kementerian Penerangan Myanmar. Dari 1951 hingga 1957, U Thant menjadi setiausaha Perdana Menteri Myanmar, menulis ucapan untuk U Nu, mengatur perjalanan ke luar negara dan mesyuarat dengan pelawat asing. Beliau juga ambil bahagian dalam persidangan antarabangsa dan menjadi setiausaha Persidangan Asia-Afrika pertama 1955 di Bandung, Indonesia yang akhirnya tertubuh Pergerakan Berkecuali.

Di akhir tempoh itu, beliau menjadi penasihat dan sangat intim dengan U Nu. Dari 1957 hingga 1961, beliau menjadi perwakilan tetap Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan terlibat dalam perundingan kemerdekaan Algeria. Pada 1960, kerajaan Myanmar telah menganugerah padanya gelaran Maha Thray Sithu iaitu komander dalam Pyidaungsu Sithu Thingaha (= kesatria).

Setiausaha Agung PBB[sunting | sunting sumber]

Bermula 3 November 1961, beliau mula menjadi Setiausaha Agung PBB selepas tamatnya Dag Hammarskjöld. Tempoh beliau dari 30 November 1962 hingga 3 November 1966. Ketika ini beliau berjaya menyelesaikan Krisis Misil Cuba dan Perang Saudara Congo.

U Thant dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PBB oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2 Disember 1966. Oleh itu tempohnya dilanjutkan sehingga 31 Disember 1971, kemudian terus bersara. Ketika ini beliau bersama negara Asia dan Afrika untuk menyelesaikan isu apartheid di Afrika Selatan. Beliau terlibat dalam pelbagai agensi PBB seperti UNDP, Universiti PBB, UNCSTAD, UNITAR dan Program Alam Sekitar PBB.

Beliau juga berjaya mengatasi masalah Yaman 1962 dan Bahrain 1968.

Tidak seperti dua orang Setiausaha Agung PBB sebelum ini, U Thant bersara selepas 10 tahun dan kuasa dan kejayaan besar. Pada 1961 ketika beliau baru dilantik, negara Soviet Union cuba melaksanakan formula troika.

Ketika ini berlaku Perang Enam Hari antara negara Arab dengan Israel , Pusingan Praque dan pencerobohan Soviet Union di Czechoslovakia serta Perang India-Pakistan 1971 serta melahirkan negara Bangladesh telah meminta komitmen daripada U Thant.

Kematian[sunting | sunting sumber]

U Thant meminggal dunia kerana kanser paru-paru di New York pada 25 November 1974. Ketika ini Myanmar ditadbir oleh kerajaan tentera. Presiden Ne Win mengarahkan pengkebumiannya tanpa sebarang upacara rasmi.

Jasadnya diterbangkan dari New York ke Yangon tanpa sebarang penghormatan rasmi di lapangan terbang.

Semasa pengkebumian pada 5 Disember 1974, 10,000 orang hadir di jalan raya Yangon.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

U Thant berkahwin dengan Daw Thein Tin. Mempunyai seorang anak perempuan, 4 cucu dan 3 cicit. Cucu lelakinya, Thant Myint-U seorang sejarawan, pegawai kanan di Jabatan Hal Ehwal Politik PBB telah menulis buku 'The River of Lost Footsteps' mengisahkan biografi U Thant.

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

  • U Thant pernah datang ke Malaysia dan sebatang jalan pelbagai kedutaan di Kuala Lumpur dinamakan Jalan U Thant.
  • Sebuah pulau kecil di Sungai Timur antara Manhattan ke pejabat PBB dinamakan U Thant.
  • Anugerah Keamanan U Thant diberi kepada individu dan organisasi yang memberi sumbangan kepada keamanan dunia.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.