Venus As A Boy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Venus As A Boy"
Single oleh Björk
daripada album Debut
Sisi B"Stígðu Mig"
"I Remember You"
"Violently Happy" (Mix Domestik)
"There's More To Life Than This ("Nyah Tandas")
"Anchor Song" (Mix Black Dog)
"Human Behaviour" (Mix Underworld)
Dilancarkan pada23 Ogos 1993
FormatCD, rekod vinil 7 inci, kaset
GenreAlternatif, new age, pop
Panjang4:07 (Suntingan)
4:02 (Mix Dream 7-inci)
4:50 (Mix Mykaell Riley)
5:03 (Anglo American Extension)2:13 (Versi hapsikord)
SyarikatOne Little Indian
PenulisBjörk
PenerbitNellee Hooper
Kronologi single Björk
""Human Behaviour"
(1993)"
"Venus As A Boy" ""Play Dead"
(1993)
Kulit lain
Cakera padat UK 2
Cakera padat UK 2

"

sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Venus As A Boy" ialah single kedua daripada Björk yang dikeluarkan daripada album studio Bahasa Inggeris pertamanya, Debut. Single ini telah dilancarkan pada 23 Ogos 1993. Lagu tersebut telah dicipta oleh Björk dan diterbitkan oleh Nellee Hooper.

Antara B-side bagi single ini termasuklah "Stígðu Mig", sebuah lagu yang pada asalnya dirakam oleh The Elgar Sisters[1] serta lagu "I Remember You", sebuah lagu cinta klasik.

Maklumat lagu[sunting | sunting sumber]

Björk telah menulis lagu ini semasa berada di dalam ruang tamunya di Iceland dan menyanyikannya pada sebuah diktafon[2]. Pada ketika itu, beliau telah menemui bunyi kaca pecah, dan berasa bunyi tersebut sangat baik, lantas lahirlah lagu tersebut.

"Venus As A Boy" merupakan lagu terakhir yang dirakam bagi album Debut[2].

Lagu "Venus As A Boy" mempunyai ciri-ciri lagu budaya India. Alat tali dalam lagu ini telah digubah oleh Talvin Singh[3]. Di samping itu, lagu ini juga telah dirakam di bandar Bombay[3].

Lirik lagu adalah mengenai seseorang yang Björk amat "jagai", dan beliau tidak pernah memberitahu media tentang orang-orang yang lagu beliau ditujukan[2], seperti yang dikatakan sewaktu temubual bersama Record Collector pada Ogos 2002. Walau bagaimanapun, lagu ini kemudiannya diumumkan bahawa lirik lagu ini merujuk kepada teman lelaki beliau pada waktu tersebut, ahli muzik Dom T[3].

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Vinil 7 inci UK dan cakera padat 1 Eropah[sunting | sunting sumber]

  1. "Venus As A Boy" (Suntingan)
  2. "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)

Cakera padat 1 UK, cakera padat 2 Eropah, serta cakera padat Australia dan Jepun[sunting | sunting sumber]

  1. "Venus As A Boy" (Suntingan)
  2. "Venus As A Boy" (Mix Mykaell Riley)
  3. "There Is More To Life Than This" ("Nyah Tandas")
  4. "Violently Happy" (Mix Domestik)

Cakera padat 2 UK[sunting | sunting sumber]

  1. "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)
  2. "Stígðu Mig"
  3. "Anchor Song" (Mix Black Dog)
  4. "I Remember You"

Kaset UK[sunting | sunting sumber]

  1. "Venus As A Boy" (Suntingan)
  2. "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)
  3. "Venus As A Boy" (Suntingan)
  4. "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)

Kaset Promo UK[sunting | sunting sumber]

Nota: Kaset tersebut hanya mempunyai satu belah (side) sahaja[4].

  1. "Venus As A Boy" (Suntingan)
  2. "Venus As A Boy" (Mix Mykaell Riley)
  3. "There Is More To Life Than This" ("Nyah Tandas")
  4. "Violently Happy" (Mix Domestik)

Cakera padat Digipack Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Venus As A Boy" (Suntingan)
  2. "Stígðu Mig"
  3. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  4. "There Is More To Life Than This" ("Nyah Tandas")
  5. "Venus As A Boy" (Anglo American Extension)
  6. "I Remember You"

Cakera padat promo Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)
  2. "Venus As A Boy" (Suntingan)

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tampilan video muzik "Venus As A Boy".

Video muzik ini telah diarah oleh pengarah video muzik UK, Sophie Muller. Video muzik ini menunjukkan Björk di dalam sebuah dapur, sedang mengusap sebiji telur dan berfikir cara yang paling sesuai untuk memasaknya (antara cara yang difikirkan ialah seperti merebusnya). Akhirnya, beliau menggoreng telur tersebut. Video ini berakhir dengan beliau memegang sebuah cicak peliharaan dan dikelilingi oleh kilauan.

Walau bagaimanapun, Björk telah mengatakan kekecewaannya kerana telur di dalam video tersebut akhirnya digoreng dalam sebuah temubual[5]. Beberapa hari sebelum penggambaran video muzik tersebut, beliau telah memberi sebuah buku yang mengilhamkan "Venus As A Boy" iaitu Story Of The Eye karya Georges Bataille kepada Sophie Muller, namun pengarah tersebut tidak mempunyai masa untuk membaca novel itu. Setelah penggambaran video dan membaca buku tersebut, Sophie Muller akhirnya berpendapat telur goreng bukanlah "telur yang sesuai".

Saya berkata, 'Mustahil buku itu tentang telur goreng! Maafkan saya. Didih tanpa kulit? Okey. Rebus? Okey. Mentah? Okey. Tapi bukan goreng.

Di samping itu, kebanyakan alatan harian di dalam dapur video "Venus As A Boy" adalah kepunyaan Björk sendiri[6].

Bahagian telur video ini juga telah dimasukkan ke dalam sketsa parodi dalam rancangan French & Saunders, dibintangi oleh Dawn French dan Jennifer Saunders.

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta Kedudukan
tertinggi
Carta Single UK 21
Carta Single Sweden 23

Di dalam media[sunting | sunting sumber]

Filem Léon telah menampilkan lagu ini di dalam satu siri babak-babak tanpa dialog antara dua watak utama.

Nyanyian-nyanyian semula[sunting | sunting sumber]

Lagu ini telah didendang semula oleh kumpulan Sneaker Pimps dalam album ICA Home Taping[7], Corinne Bailey Rae dalam album Corinne Bailey Rae Edisi Istimewa[8] dan sebuah lagu instrumental oleh pemain piano jazz Australia, Barney McAll bagi albumnya, Mother Of Dreams And Secrets[9].

Sebuah versi Bahasa Jepun telah dirakam oleh Zoey[10].

Dalam album Andy McKee, bertajuk Gates Of Gnomeria, terdapat sebuah versi instrumental bertajuk "Venus As A Girl"[11].

Versi-versi rasmi[sunting | sunting sumber]

  • Mix Dream 7-inci (oleh Mick Hucknall)
  • Versi album
  • Extension Anglo American (oleh Mick Hucknall)
  • Suntingan
  • Versi hapsikord (muncul di dalam single "Isobel" sebagai b-side)
  • Mix Mykaell Riley

Senarai kakitangan yang terlibat[sunting | sunting sumber]

  • Nellee Hooper[12] - penerbitan, adunan, penulis lagu ("There Is More To Life Than This", "Violently Happy")
  • Jean-Baptiste Mondino[12] - penggambaran
  • Me Company[12][13] - hasil seni
  • Sophie Muller[12] - pengarah video
  • Underworld[14] - juruadun ("Human Behaviour" mix Underworld)
  • Gota Yashiki[14] - juruadun (Anglo American Extension, mix Dream 7-inci[15])
  • Mick Hucknall[14] - juruadun (Anglo Amrican Extension, mix Dream 7-inci[15])
  • Björk - penulis lagu, penerbitan tambahan "Violently Happy" mix Domestik, "I Remember You" serta "Anchor Song" mix Black Dog, juruadun ("Violently Happy" mix Domestik)[13], penerbit dan penulis "Stígðu Mig"[15]
  • Jim Abbiss[13] - jurutera muzik ("There Is More To Life Than This", "Violently Happy", "Stígðu Mig"[15]), penyunting ("Venus As A Boy" versi suntingan)
  • Jeremy Allum[13] - jurutera muzik (Remix Mykaell Riley)
  • Yoyo[13] - jurutera muzik (Remix Mykaell Riley)
  • Mykaell Riley[13] - juruadun (Remix Mykaell Riley)
  • Roland Herrington[15] - jurutera muzik (Mix Dream 7-inci)
  • Guðlaugur Kristinn Óttarsson - gitar, penerbitan, penulis ("Stígðu Mig")[15]
  • þor Eldon Jonsson[15] - penulis lagu "Stígðu Mig"
  • Black Dog Productions[15] - juruadun, penerbitan tambahan "Anchor Song" mix Black Dog
  • Corki Hale[15] - hap untuk "I Remember You"
  • John H. Mercer[15] - penulis lagu "I Remember You"
  • Victor Schertzinger[15] - penulis lagu "I Remember You"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh Björk dan gitaris, Guðlaugur Kristinn Óttarsson.
  2. ^ a b c http://www.bjork.com/facts/about/right.php?id=725
  3. ^ a b c "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-17. Dicapai pada 2009-02-18.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-06. Dicapai pada 2009-02-14.
  5. ^ http://www.bjork.com/facts/about/right.php?id=206
  6. ^ http://www.bjork.com/facts/about/right.php?id=547
  7. ^ http://www.sneakerpimps.be/icahometaping/icahometaping_project_content.html
  8. ^ http://artists.letssingit.com/corinne-bailey-rae-album-corinne-bailey-rae-special-edition-bm91kh
  9. ^ http://www.cduniverse.com/search/xx/music/pid/7003542/a/Mother+Of+Dreams+&+Secrets.htm
  10. ^ http://www.youtube.com/watch?v=Mm6FzmewXu4
  11. ^ http://www.amazon.com/Gates-Gnomeria-Andy-McKee/dp/B000VZC4NA
  12. ^ a b c d http://www.bjork.fr/Venus-As-A-Boy,202.html?var_recherche=venus%20as%20a%20boy
  13. ^ a b c d e f http://www.discogs.com/release/58409
  14. ^ a b c http://www.discogs.com/release/32558
  15. ^ a b c d e f g h i j k http://www.discogs.com/release/58414

Pautan luar[sunting | sunting sumber]