Jerman

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Germany)
Lompat ke: navigasi, gelintar
Bundesrepublik Deutschland
Republik Persekutuan Jerman
Bendera Jerman Jata Jerman
Bendera Jata
Cogan kata: Einigkeit und Recht und Freiheit
(Perpaduan dan Keadilan dan Kebebasan)
Lagu kebangsaan: Das Lied der Deutschen
Lokasi Jerman
Ibu negara
(dan kota terbesar)
Berlin
Bahasa rasmi Bahasa Jerman
Kerajaan Republik Persekutuan Berparlimen
 - Presiden Horst Köhler
 - Canselor Angela Merkel
Penubuhan  
 - Francia Timur 843 
 - Republik Persekutuan 23 Mei 1949 
 - Penyatuan semula 3 Oktober 1990 
Masuk ke EU 25 Mac 1957
Keluasan
 - Jumlah 357,021 km² (-)
137,858 km persegi 
 - Air (%) 2.416
Penduduk
 - Anggaran 2006 82,314,900 (14)
 - Bancian 2000 82,797,408
 - Kepadatan 230.9/km² (40)
598.5/km persegi
KDNK (KKP) Anggaran 2006
 - Jumlah $2.585 trilion (ke-5)
 - Per kapita $31,400 (ke-17)
IPM  (2004) 0.932 (ke-21) (tinggi)
Mata wang Euro (EUR)
Zon waktu CET (UTC+1)
 - Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Domain Internet .de
Kod panggilan +49

Jerman (bahasa Jerman: Deutschland) merupakan sebuah negara yang terletak tengah-tengah Kesatuan Eropah. Negara ini bersempadankan Laut Utara, Denmark dan Laut Baltik di utara, Poland dan Republik Czech di timur, Austria dan Switzerland di selatan, dan Perancis, Luxembourg, Belgium dan Belanda di barat.

Selepas Perang Dunia Kedua, negara ini telah dipisahkan oleh kuasa-kuasa Barat. Akhirnya pada 1990 Jerman Timur dan Jerman Barat telah disatukan semula.

Kini Jerman merupakan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, NATO dan G8. KDNK Jerman adalah ketiga terbesar di dunia.

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Jerman dan Penyatuan semula Jerman

[sunting] Politik

Rencana utama: Politik di Jerman

Jerman ialah sebuah republik persekutuan yang mengamalkan demokrasi berperwakilan dan berparlimen. Sistem politik di Jerman beroperasi dalam rangka kerja satu dokumen bertaraf perlembagaan yang dipersetujui pada tahun 1949 yang dipanggil Grundgesetz (Hukum Asas). Dengan memanggilnya Grundgesetz dan bukannya Verfassung (perlembagaan), penulis-penulisnya ingin menyampaikan hasrat bahawa dokumen ini akan digantikan dengan sebuah perlembagaan yang lebih elok tatkala seluruh Jerman disatukan dalam sebuah negara. Pindaan-pindaan ke atas Grundgesetz selalunya memerlukan majoriti dua pertiga di dalam parlimen dan juga Majlis Persekutuan. Namun bagi perkara-perkara yang menjamin hak asasi manusia, pengasingan kuasa, rangka persekutuan dan hak menentang usaha menggulingkan perlembagaan adalah kekal dan tidak boleh dipinda.[1] Walaupun penggunaannya hanya dirancang sehingga penyatuan semula, Grundgesetz masih lagi terus digunakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan-pindaan kecil.

Ketua Negara Jerman ialah Bundespräsident (Presiden Persekutuan). Penjawat ke jawatan ini dilantik oleh Bundesversammlung (Majlis Perhimpunan Persekutuan), iaitu sebuah institusi yang mengandungi anggota-anggota parlimen dan perwakilan negeri-negeri. Jawatan kedua tertinggi di Jerman mengikut aturan ialah Bundestagpräsident (Presiden Parlimen) yang dilantik oleh parlimen dan berperanan mengawalselia sesi harian badan itu. Jawatan seterusnya pula ialah canselor yang dicalonkan oleh Presiden Parlimen setelah diundi oleh ahli-ahlinya. Canselor boleh digulingkan melalui satu undian tidak percaya yang membina. Membina di sini bermaksud parlimen boleh melantik penggantinya yang baru dengan serta-merta.

Canselor Jerman, yang ketika ini dijawat oleh Angela Merkel, adalah ketua kerajaan dan beliau menjalankan kuasa-kuasa eksekutif, sama seperti seorang Perdana Menteri di demokrasi berparlimen yang lain. Kuasa perundangan terletak di bahu Parlimen dan Majlis Persekutuan dan kedua-duanya membentuk satu badan perundangan yang unik. Parlimen dipilih melalui pilihan raya yang mengamalkan sistem perwakilan bercampur yang bernisbah (Inggeris: mixed-member proportional system). Ahli-ahli Majlis Persekutuan pula mewakili kerajaan-kerajaan negeri malah turut menganggotai kabinet negeri. Mereka ini bertugas seperti seorang duta negeri dan boleh dipecat atau digantikan oleh kerajaan negeri pada bila-bila masa.

Sejak tahun 1949 sistem politik di Jerman didominasi oleh Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) dan juga Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD). Namun, terdapat juga beberapa parti kecil seperti Parti Demokratik Bebas yang liberal, Pakatan '90/Hijau dan Parti Kiri yang turut diwakili di parlimen juga memainkan peranan penting.

[sunting] Negeri

Untuk rencana lanjutan, lihat Negeri di Jerman

Terdapat 16 Negeri dibawah Republik Persekutuan Jerman.

No. Negeri Ibu Negeri
1 Baden-Württermberg Stuttgart
2 Bayern Munich
3 Berlin Berlin
4 Brandenburg Potsdam
5 Bremen Bremen
6 Hamburg Hamburg
7 Hessen Wiesbaden
8 Mecklenburg-Vorpommern Schwerin
9 Niedersachsen Hannover
10 Nordrhein-Westfalen Düsseldorf
11 Rheinland-Pfalz Mainz
12 Saarland Saarbrücken
13 Sachsen Dresden
14 Sachsen-Anhalt Magdeburg
15 Schleswig-Holstein Kiel
16 Thüringen Erfurt

[sunting] Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Jerman

[sunting] Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Jerman

[sunting] Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Jerman

[sunting] Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Jerman

[sunting] Pengangkutan

Map of the German autobahn network
Map of the German autobahn network

Untuk rencana lanjutan, lihat Pengangkutan di Jerman

Oleh sebab kedudukan Jerman di Eropah Tengah, terdapat jumlah pergerakan trafik yang amat tinggi di Jerman. Ini termasuk pergerakan trafik darat, udara dan air. Jerman merupakan negara persinggahan penting bagi sektor logistik Eropah dimana majoriti pergerakan trafiknya terdiri daripada pergerakan barang-barang perdagangan. Dalam dekad yang lepas, trafik barang perdagangan sentiasa beralih daripada perkhidmatan rel kepada jalanraya. Justeru itu, Kerajaan Persekutuan Jerman memperkenalkan tol lebuhraya kepada kenderaan berat pada tahun 2005. Disamping itu, trafik awam juga turut meningkat sehingga dalam jaringan jalanraya di Jerman, terdapat kepadatan yang amat tinggi berbanding di peringkat antarabangsa.

Pada masa akan datang dijangka tedapat peningkatan pergerakan trafik penumpang (1997-2015)sekitar 20% dan pergerakan trafik barang perdagangan (1997-2005)meningkat sekitar 64%. Demi memenuhi peningkatan ini, kerajaan persekutuan Jerman telah meluluskan pelaburan sebanyak 150 bilion Euro untuk tempoh 2001 hingga 2015 bagi menambah kapasiti jaringan jalanraya di Jerman.


[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Perkara 79, Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman (dalam bahasa Jerman) Bundesministerium der Justiz. Dicapai pada 10 Jun 2008

[sunting] Pautan luar

Koordinat: 51°00° N 9°00° E

Alatan peribadi
Bahasa lain