The Lion King

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Lion King
Pengarah Roger Allers
Rob Minkoff
Penerbit Don Hahn
Pengarang Irene Mecchi
Jonathan Roberts
Linda Woolverton
Lakonan Matthew Broderick
James Earl Jones
Jonathan Taylor Thomas
Rowan Atkinson
Whoopi Goldberg
Muzik Lagu:
Elton John
Tim Rice
Lebo M
Musik latar:
Hans Zimmer
Pengedar Walt Disney Pictures
Mula ditayang 15 Jun 1994
Tempoh ditayang 88 minit
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan US$ 45, 000, 000
Pulangan kasar $783,841,776

The Lion King (Si Raja Singa) ialah sebuah filem animasi yang dihasilkan Walt Disney Feature Animation dan merupakan filem ke-32 dalam senarai Senarai filem panggung animasi Disney. Awalnya, filem ini hanya ditayangkan di beberapa bandar oleh Walt Disney Pictures dan Buena Vista Distributions pada 15 Jun 1994 sebelum ditayangkan kepada umum pada 24 Jun 1994. Versi baru yang telah diperbagus secara digital dan dibuat dalam format IMAX dikeluarkan pada 25 Disember 2002. Filem ini juga merupakan filem muzikal dengan lagu garapan Elton John dan Tim Rice serta muzik dari Hans Zimmer.

Film ini juga menjadi salah satu filem animasi yang paling berjaya. Di Amerika Syarikat, filem ini maraih USD 328,541,776 untuk Disney dan USD 783,841,776 di seluruh dunia padahal, para penganimasi sebelumnya lebih menumpukan pada Pocahontas kerana mereka mengira bahawa filem itulah yang akan lebih popular sampai saat mereka menegeluarkan teaser dan The Lion King mendapat sambutan yang lebih baik.[1][2][3] The Lion King telah diadaptasikan menjadi teater muzikal Broadway yang berjaya sejak tahun 1997.

Matthew Broderick, Jeremy Irons, James Earl Jones, Jonathan Taylor Thomas, Nathan Lane, Ernie Sabella, Moira Kelly, Robert Guillaume, Rowan Atkinson, Whoopi Goldberg, Cheech Marin, dan Jim Cummings berperanan dalam pengisian suara latar di dalam filem ini. Susulan filem ini, The Lion King II: Simba's Pride, dan The Lion King 1½, dikeluarkan melalui DVD pada tahun 1998 dan 2004. Filem ini berslogan Life's greatest adventure is finding your place in the Circle of Life.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Ayah Simba, Mufasa, ialah seekor singa dan merupakan raja dari seluruh binatang di tempat itu. Scar, adik Mufasa, iri dengan posisi Simba sebagai pewaris tahta dan, dengan bekerja sama bersama hyena, ia berusaha menyingkirkannya.

Scar menjebak Simba dalam kejaran gnu. Walaupun Simba tertolong oleh ayahnya, Mufasa sendiri meninggal karena dijatuhkan oleh Scar dari tebing ke dalam kejaran binatang tersebut. Simba pun kabur karena Scar menyuruh para hyena membunuh dirinya.

Ia kemudian pingsan di gurun dan diselamatkan oleh seekor meerkat bernama Timon dan temannya, Pumbaa, yang merawatnya di hutan tempat mereka tinggal. Simba tumbuh dewasa di tempat itu dan kemudian bertemu dengan seekor singa temannya, Nala, yang memintanya untuk kembali dan mengusir Scar yang memerintah layaknya diktator. Dalam keraguan, ia bertanya pada Rafiki, penasihat ayahnya, dan Rafiki menunjukkan bahwa jiwa Mufasa ada dalam diri Simba. Simba pun kembali ke kerajaanya.

Saat tiba, ia melihat kerajaanya menjadi hancur karena Scar. Para singa pun bertarung melawan Scar dan hyenanya. Dalam pertarungan, Scar mengatakan bahwa dirinyalah penyebab Mufasa terbunuh. Pertarungan sengit pun kembali terjadi di tengah amukan api dari kilat. Scar akhirnya kalah dan diusir serta Simba menjadi raja.

Jalan cerita tamat di sini.

Tokoh-tokoh[sunting | sunting sumber]

Daftar muzik filem[sunting | sunting sumber]

  • Circle of Life
  • I Just Can't Wait to Be King
  • Be Prepared
  • Hakuna Matata
  • Can You Feel the Love Tonight?
  • The Bait Song (Timon dan Pumbaa's Hula)

Referensi[sunting | sunting sumber]

  1. "Pocahontas pendapatan judul". Box Office Mojo. Diperolehi pada 2008-08-11. 
  2. "Rotten Tomatoes - The Lion King". Rotten Tomatoes. Diperolehi pada 2006-09-24. 
  3. "Rotten Tomatoes - Pocahontas". Rotten Tomatoes. Diperolehi pada 2006-09-17. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: