Vokal bundar hampir depan hampir sempit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Depan | Hampir depan | Pusat | Hampir belakang | Belakang | |
| Sempit | |||||
| Hampir sempit | |||||
| Separuh sempit | |||||
| Tengah | |||||
| Separuh luas | |||||
| Hampir luas | |||||
| Luas | |||||
Bagi aksara berpasangan, aksara kanan adalah vokal bundar.
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
| IPA – nombor | 320 |
| IPA – teks | ʏ |
| IPA – imej | |
| Entiti | ʏ |
| X-SAMPA | Y |
| Kirshenbaum | I. |
| Contoh bunyi | |
Vokal bundar hampir depan hampir sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʏ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan Y dalam X-SAMPA. Vokal ini dibahagikan lagi kepada dua, iaitu terjulur (endolabial) dan terketap (eksolabial).
Isi kandungan |
Vokal terjulur hampir depan hampir sempit [sunting]
Ciri-ciri [sunting]
- Ketinggian vokalnya adalah hampir sempit, iaitu lidah terletak hampir sekali dengan kedudukan vokal sempit, cuma kurang terjerut sedikit.
- Kebelakangan vokalnya adalah hampir depan, lidah terletak sedikit di belakang kedudukan vokal depan dalam mulut.
- Kebundaran vokalnya adalah terjulur, iaitu penjuru-penjuru bibir dirapatkan, hingga terdedah permukaan dalamannya.
Penggunaan [sunting]
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Belanda | hut | [hʏ̞t] | 'pondok' | Diturunkan. | |
| Faroe | krúss | [kɹʏsː] | 'kole' | ||
| Inggeris | Sesetengah jenis Inggeris Selatan[1] | book | [bʏk] | 'buku' | Berpadan dengan /ʊ/ dalam loghat-loghat Inggeris yang lain. |
| Iceland | vinur | [vɪnʏr] | 'kawan' | ||
| Jerman | schützen | [ˈʃʏtsˑn] | 'melindungi' | ||
| Limburg | Maastricht | un | [ʏn] | 'kesatuan' | |
| Perancis | Quebec | municipalité | [mʏnɪsɪpalɪte] | 'perbandaran' | |
| Sweden | ut | [ʏβ̞t] | 'luar' | Mungkin berbunyi vokal tengah dalam loghat-loghat lain. | |
Vokal terketap hampir depan hampir sempit [sunting]
Ciri-ciri [sunting]
- Ketinggian vokalnya adalah hampir sempit, iaitu lidah terletak hampir sekali dengan kedudukan vokal sempit, cuma kurang terjerut sedikit.
- Kebelakangan vokalnya adalah hampir depan, lidah terletak sedikit di belakang kedudukan vokal depan dalam mulut.
- Kebundaran vokalnya adalah terketap, iaitu tepi bibir dirapatkan dengan satu sama lain agar tidak terdedah permukaan dalamannya.
Penggunaan [sunting]
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Norway | nytt | [nʏ̫t] | 'baru' | ||
| Sweden | ylle | [ˈʏ̫lːɛ] | 'bulu biri-biri' | ||
Rujukan [sunting]
- ↑ "The dialects in the South of England: phonology", pp. 188, 191-192
Bibliografi [sunting]
- Jones, Daniel & Ward Dennis (1969), The Phonetics of Russian, Cambridge University Press